Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 27 Disember 2011

[Wajib Baca] Kajian: Pil Suplemen Boleh Menyebabkan KANSER dan SERANGAN JANTUNG



Pil suplemen merupakan salah satu keperluan harian masyarakat di seluruh dunia. Dengan mengambilnya, mereka berharap untuk memperoleh kesihatan yang lebih baik dan dalam masa yang sama menghindari pelbagai penyakit. Walaupun berjuta-juta wang dibelanjakan untuk pil suplemen, namun pil tersebut didakwa tidak mendatangkan apa-apa untuk kesihatan penggunanya. Hal ini dedahkan berdasarkan dapatan beberapa kajian utama.

Penyelidik menghabiskan lebih daripada enam tahun menemu bual dan mengkaji 8 000 orang dan mendapati bahawa mereka yang mengambil pil suplemen berhadapan dengan kemungkinan diserang kanser atau penyakit jantung.

Apabila ditanyakan tahap kesihatan mereka, kajian itu mendapati hampir tidak ada perbezaan antara kumpulan yang mengambil pil suplemen dengan kumpulan yang tidak mengambil pil tersebut. Pakar berkata kajian itu menyatakan bahawa berjuta-juta pengguna hanya membazirkan wang mereka terhadap pil suplemen.

Banyak pengguna pil ini beranggapan bahawa pil tersebut dapat mengelakkan mereka daripada menghidap penyakit yang boleh membawa maut. Hal ini didedahkan oleh Catherine Collins, Ketua Pakar Pemakanan di Hospital St George di London.

Kata Catherine: "Golongan ini mengambil pil untuk melindungi diri mereka daripada penyakit Alzheimer serangan jantung, dan strok.

'Tetapi mereka hanya membazirkan wang. Kajian yang dijalankan merupakan kajian berskala besar yang mengikuti perkembangan responden untuk tempoh masa yang panjang serta menilai segala-galanya dari segi mobiliti, tekanan darah, sama ada mereka gembira atau berasa sakit."

Kajian ini merupakan antara yang paling terperinci dilakukan terhadap pil suplemen.

Berdasarkan trend semasa, multivitamin tambahan kian popular sebagai cara yang pantas dan mudah untuk menambah nutrien di dalam badan. Namun, banyak penggunanya tidak menyedari bahawa pengambilan pil-pil tersebut sebenarnya boleh mendatangkan mudarat kepada sesetengah orang. 

Dua kajian yang diterbitkan tahun lepas menyatakan bahawa pil suplemen boleh meningkatkan risiko kanser.

Salah satu kajian itu menyebut bahawa pil yang mengandungi vitamin E, asid askorbik, beta-karoten, selenium dan zink dapat meningkatkan risiko sebanyak empat kali ganda pengguna untuk menghidap melanoma malignan, iaitu sejenis kanser kulit yang sangat berbahaya.

Kajian lain pula menyebut bahawa wanita yang mengambil pil multivitamin setiap hari meningkatkan risiko diserang kanser payu dara sehingga 20 peratus.

Artikel ini dikutip dan diubahsuaikan dari DM. Sambung baca di sini.



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH