[Video + Gambar] Yang Mana Perbuatan Jenayah: Turun Bendera Najib atau Ugutan dan Cubaan Mencederakan Orang?
Untuk mengetahui lanjut tentang ugutan dan serangan fizikal yang diterima oleh salah seorang mahasiswa UPSI, Adam Adli, saya olah berita yang disalin dan ditampal dari blog Edyes/AntaraPos dan Malaysia Kini
Menurut AntaraPos, ekoran kejadian menurun bendera Najib di PWTC Sabtu lalu, Adam Adli yang dikatakan menurunkan bendera tersebut kini menjadi sasaran ugutan dan hampir menjadi mangsa serangan fizikal penyokong tegar/ macai UMCO. Adam yang turut mengetuai Legasi Mahasiswa Progresif dilaporkan menurunkan bendera itu seketika sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meminda dan bukan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Selain keluarganya di PP menerima ugutan daripada pihak yang mendakwa sebagai ahli sebuah pertubuhan Melayu, kekecohan turut berlaku petang tadi apabila Adam diiringi oleh wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, membuat laporan polis di Bukit Aman tiba-tiba diserbu oleh seorang yang tidak dikenali. Adam ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis selepas mendakwa beliau menerima ugutan daripada pihak tertentu.
Lelaki itu cuba menumbuk Adam tetapi dia berjaya diselamatkan oleh rakan-rakan mahasiswa. Lelaki itu kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Ruslan Mokhtar kepada antarapos.com berkata beliau kesal dengan keangkuhan Adam dan pelajar yang berarak ke ibu pejabat Umno.
"Saya rasa dia (Adam Adli) kurang ajar sangat, kalau dia betul-betul anak Melayu. Dia sudah masuk ke bangunan UMNO, pergi ke bangunan UMNO perlu beradaplah... Jangan sampai hendak turunkan bendera Presiden UMNO.
"Lepas tu naikkan bendera dia. Ini sudah kurang ajar...bagi saya dia dah kurang ajar... saya seorang-orang cari dia, saya bukannya upahan samseng UMNO, semua itu tidak, sebab dia kurang ajar, kita akan cari dia, kata beliau.
"Dia tidak hendak minta maaf, kalau orang tua dia, kita buat macam itu, marah tak dia? Jadi bagi saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, saya cukup marah dengan apa yang dia buat tu," katanya.
Sumber Gambar: Twitter MahasiswaMsia |
Sementara itu, penganjur perhimpunan Sabtu lalu dalam suatu kenyataan tidak akan memohon maaf kerana beranggapan tindakan itu merupakan hak mereka untuk bersuara. Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab menjelaskan, tindakan itu merupakan lambang hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan Najib.
Jadi penyokong UMCO, janganlah emosi sangat. Kepada kerajaan, dengarlah kehendak rasional mahasiswa agar kejadian yang dilihat oleh orang UMCO ini sebagai perbuatan yang menjatuhkan maruah Najib tidak berulang pada hadapan. Cerita ketidakpuasan hati mahasiswa terhadap AUKU bukanlah perkara baru, malah sejak dahulu lagi mahasiswa telah menyatakan bantahan terhadap akta yang diperkenalkan oleh Che Det ini. Janganlah menjerit demokrasi dan kebebasan di peringkat antarabangsa, namun rakyat sendiri dibelenggu dengan pelbagai akta dan undang-undang yang menyekat demokrasi dan kebebasan.
Apa yg perlu di ketahui oleh puak2 pencacai UMNO ni ialah,Gaddafi sblum jatuh di kelilingi oleh mereka2 yg cukup setia kpd ny.Yg sanggup melaku kn apa saja yg di perintah.Tatkala Gaddafi jatuh dr tampuk pmrintahan Libya dn di buru oleh rakyat ny,kemana kh pergi ny mereka2 ini?Jgn lh ingat UMNO ni tk kn jtuh2.
Comment by zalee,ipoh @ Selasa, Disember 20, 2011 2:12:00 PG