"Hasan Ali, We know what you did last puasa"
Katanya, beliau ingin bertanya kepada Hasan, apa yang beliau buat selepas solat terawih di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur, yang turut dihadiri bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan tiga orang lagi.
"Saya mahu tahu apa yang telah dibincangkan? Projek ekonomi atau projek politik," soal Mustafa.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai mesyuarat tersebut walaupun berulang kali ditanya oleh pemberita.
Sebaliknya Mustafa secara berseloroh berkata beliau bersedia tarik ballik soalan mengenai perkara itu jika "ia akan menyebabkan lebih banyak masalah".
Ini, katanya, adalah untuk menjawab tuntutan Hasan supaya Mustafa membuktikan bahawa yang mereka kedua (Hasan dan Nasharuddin) telah jatuh ke dalam perangkap Umno kerana terus menerus menyerang parti Islam itu.
wah hebat rangkaian 'sb' stopa. kerja 'sb' bukan calang2, banyak fulus kena pakai. jika 'sb' stop jejak hassan dan nasha ke hotel le meridien, singgah sembang kat cofee house pun bukan sepuluh dua cajnya!
aku salut la kat cikgu pa, manyak ongkos wo, boleh wujud 'sb' sendiri! cuma aku terfikir, yang dok suap maklumat kat stopa ni betul2 dari sb. maknanya semua dah diatur.
harap2 pas tak cirit birit selepas dari ini...
wallahu'alam
wow hebat lu hussin, marah nampak... heheh! lu pakai baju pas tp jiwa umno... tak cukup dgn penarik beca, sini pun lu tambah. wei... usahla jadi batu api