Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 19 Disember 2011

Anwar Enggan Bersumpah: Dua Isu - Fakta World Bank, Akta Rahsia Rasmi



Saya petik:

[SH] GEORGETOWN - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menyahut cabaran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersumpah laknat di masjid dengan memegang al-Quran berhubung kenyataannya mengenai bantuan kewangan daripada Bank Dunia.

Anwar turut menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkannya itu berdasarkan fakta dan laporan tahunan dikeluarkan Bank Dunia sendiri dan sumpah laknat seperti dicabar Dr Mahathir adalah tidak perlu dilakukan.

“Untuk apa bersumpah laknat? Ini soal rasuah, soal penipuan, soal jenayah, jawapan bukan dengan bersumpah. Kita tahu hukum mufti, ini bukan soal sumpah, soalnya bagi keterangan. Saya sudah keluarkan laporan Bank Dunia yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar PKR untuk tahun 1999 dan 2000. Ini adalah laporan daripada Bank Dunia sendiri yang mengesah­kan kelulusan atas permohonan Kerajaan Malaysia.

Oleh itu, dengan laporan itu dan bukti yang didedah­kan, saya tidak perlu melakukan sumpah laknat sebagaimana yang diminta Dr Mahathir,” katanya di Konvensyen Pembangunan Ummah Pulau Pinang.

Kelmarin, Dr Mahathir meminta Anwar mengemukakan surat yang konon ditulisnya selain menafikan bahawa beliau tidak pernah berbuat demikian serta mencabar melakukan sumpah laknat memegang al-Quran.

Menjawab soalan media berhubung Dr Mahathir ada memintanya menunjukkan surat yang kononnya ditulis Dr Mahathir kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999, Anwar berkata, itu hanya helah semata-mata.

Bukti ada, fakta pun ada. Nak cari surat dihantar kerajaan, ini hanya helah sajalah. Mana saya ada simpan fail atau surat. Kalau saya bawa keluar nanti kena dakwa Akta Rahsia Rasmi (OSA) pula. Sekarang ini, buktinya ialah rekod kenyataan Bank Dunia, segala laporan tahunan, apa bentuk pinjaman kepada kerajaan dari 1999 dan beri­kutnya,” katanya.

Khamis lalu, Anwar mendakwa Dr Mahathir ada menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan dana ketika negara mengalami krisis kewangan 1999.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam satu majlis makan malam bagi membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Dalam ucapannya, Anwar berkata, pada 1993, Dr Mahathir pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

Bagaimanapun, pada 1999, Dr Mahathir dikatakan menulis surat kembali bagi merayu dana dan pinjaman.



P/s: Jika bersumpah itu boleh melepaskan seseorang daripada penipuan dan kesalahan, saya jamin penjara di negara ini akan kosong.

Walaupun Anwar dituduh mahu menerima pakej bantuan IMF, manakala Che Det enggan menerima pakej bantuan IMF yang didakwa boleh menyebabkan negara tergadai, namun saya gerun melihat hutang negara di bawah pentadbiran Najib seperti  tertera pada gambar di bawah ini:




  1. Hanya puak-puak munafik sahaja yang suka bersumpah-sumpah. Bukan aku cakap, Al-Quran dan As-Sunnah yang mencatatkan perkara ini.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Isnin, Disember 19, 2011 2:52:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH