Saya petik:
[Bernama] KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tidak bercadang menghebahkan premis perniagaan yang gagal dalam Laporan Ketidakakuran (NCR) Pensijilan Halal Malaysia.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, keputusan dibuat bagi mengelak orang ramai daripada keliru terhadap status halal premis itu.
“NCR dikeluarkan setelah Jakim melakukan pemeriksaan dan mendapati premis berkenaan tidak memenuhi syarat dalam beberapa perkara,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini semalam, ketika menjawab soalan Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah.
Mashitah berkata, Jakim akan mengadakan perbincangan dengan premis berkenaan dan memberi tempoh supaya tindakan pembetulan boleh dilakukan.
Menurutnya, langkah juga diambil dengan meluluskan pelantikan 45 jawatan secara kontrak untuk menambah kepakaran Jakim dalam membuat analisis produk halal dan dalam pelbagai bidang lain seperti farmaseutikal, kosmetik dan juga bioteknologi.
P/s: Saya rasa banyak orang yang tidak bersetuju dengan tindakan JAKIM kerana dalam hal maklumat halal dan haram, pengguna harus diutamakan. Mengapa JAKIM tidak mahu menyiarkan premis yang gagal mematuhi kriteria yang ditetapkan untuk memperoleh sijil halal? Adakah JAKIM bertindak begitu kerana mahu melindungi kredibiliti dan kerugian premis perniagaan yang terbabit?
Apabila JAKIM bertindak sedemikian, samalah juga langkah yang diambil oleh JAKIM dan pihak berkaitan ketika membuat serbuan ke kilang atau ke premis pengeluaran makanan. Walaupun disahkan premis itu tidak ada sijil halal dan makanan yang dikeluarkan mengandungi bahan kimia terlarang, namun nama syarikat dan kilang dirahsiakan daripada masyarakat umum. Mengapa kita perlu melindungi nama premis yang mengkhianati kepercayaan masyarakat? Malangnya, itulah polisi yang diambil sejak dahulu lagi.
Dalam soal halal atau haram, pensijilan halal dan tanda halal perlu juga dikuatkuasakan untuk produk/barangan bukan makanan. Hal ini berdasarkan kes pengunaan bahan berasaskan babi/haiwan yang membabitkan produk seperti kosmetik, kasut, beg tangan, berus cat, dan sebagainya. Bukankah lebih baik jika pihak berkenaan mewajibkan semua produk diletakkan tanda halal. Hal ini penting kerana soal haram bukan sahaja membabitkan makanan, dan bukan sahaja membabitkan babi.
Jab Kekeliruan Islam Malaysia (JAKIM), sapa kat dlm tu....yg pastinya puak2 munafiq yg lebih pentingkan keduniaan drp Islam, dia peduli apa rakyat nak melantak apa2 pun kerana mereka pun sama2 melantak benda haram. cakap bergegar-gegar tentang Islam, kemungkaran depan mata pun tak sanggup nak halang. Inilah dia puak2 banjingan melayu.
Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Disember 21, 2011 2:29:00 PTG