Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 25 Mei 2009

AKHIL HAYY: DUNIA SENI YANG TIDAK SEINDAH YANG DIKHABARKAN


Maizawati-foto Mstar

BERLUMBA-LUMBA AKHBAR HARIAN DAN TABLOID MENJADIKAN MASALAH RUMAH TANGGA DAN ”CINTA BARU” PENDAKWAH SELEBRITI INI SEBAGAI TAJUK UTAMA. SENSASI, MEMALUKAN, DAN MEMILUKAN. TIADA NIAT UNTUK MENCAMPURI HAL ITU. MASALAH RUMAH TANGGA BERLAKU KEPADA SESIAPA SAHAJA. YANG TIDAK SEDAPNYA APABILA MASALAH YANG TIMBUL ITU DISENSASIKAN DI AKHBAR LALU DIBACA DAN SETERUSNYA DIHAKIMI OLEH MASYARAKAT. KISAH RUMAH TANGGA INI SECARA TIDAK LANGSUNG MENJADI MODAL UNTUK MELAKUKAN JUALAN SURAT KHABAR. SIAPA YANG UNTUNG: MEDIA ATAU PASANGAN SUAMI ISTERI INI?

BAGI PENULIS, AKHIL HAYY MERUPAKAN IKON MASYARAKAT TERUTAMANYA DALAM KALANGAN REMAJA. ADA YANG SANGGUP MENGEMBARA KE SERATA NEGERI SEMATA-MATA UNTUK MENDENGAR CERAMAHNYA YANG MIRIP ATAU MENIRU GAYA DATUK ISMAIL KAMUS. CERAMAH YANG DISAMPAIKAN DENGAN NADA LAWAK ITU BENAR-BENAR MEMBERIKAN KESAN KEPADA AUDIENS. SALAH SEORANGNYA IALAH ADIK PENULIS. BEGITU TERUJA DIA APABILA MENDAPAT TAHU TENTANG PROGRAM CERAMAH USTAZ INI. ”USTAZ ROCK”, ITULAH GELARAN YANG DIBERIKAN OLEH PEMINATNYA. “ROCK” KERANA KISAH SILAMNYA YANG PERNAH MENJADI VOKALIS KUMPULAN D’RIYARD SEKITAR TAHUN 80-AN DAHULU. NAMUN, ITU DAHULU. ZAMAN KETIKA AKHIL MASIH MENGGUNAKAN PLATFORM "UNDERGROUND" UNTUK BERDAKWAH KEPADA MASYARAKAT, ZAMAN KETIKA AKHIL HAYY MASIH KERAP DILIHAT DENGAN SERBANNYA, ZAMAN SEBELUM AKHIL HAYY KERAP DILIHAT MEMAKAI “SNOW CAP”NYA, ZAMAN SEBELUM AKHIL HAYY DENGAN RAMBUT TEKNIK “REBONDING”NYA, ZAMAN AKHIL HAYY BELUM BENAR-BENAR “TERJERUMUS” DALAM DUNIA SENI BUAT KALI KEDUA.

SEKADAR RALAT APABILA DUNIA SENI YANG KUNUN-KUNUNNYA DIJADIKAN MEDIUM UNTUK BERDAKWAH AKHIRNYA MEMALITKAN LUMPUR PADA ”WAJAH” USTAZ YANG BERKARISMA INI. WALAUPUN JODOH PERTEMUAN ITU DI TANGAN TUHAN, NAMUN KISAH INI SEBENARNYA AKAN MENJATUHKAN REPUTASI & KREDIBILITI AKHIL HAYY BUKAN SAHAJA KEPADA ORANG YANG MENJADIKANNYA SEBAGAI SURI TELADAN TETAPI JUGA MASYARAKAT UMUM.ITULAH KEBURUKANNYA JIKA MASALAH DAN AIB KELUARGA DIBINCANGKAN DI MEDIA. BIAR SEBESAR MANA PUN KESALAHAN YANG DIBUAT OLEH SUAMI, TINDAKAN MEMBAWA HAL INI KE MEDIA ADALAH SUATU KESILAPAN YANG TIDAK SEPATUTNYA DIBUAT OLEH SI ISTERI. LANGKAH TERBAIK IALAH BAWALAH HAL ITU KE MAHKAMAH 2 JUN NANTI. CERITALAH, ADULAH PERKARA YANG TERBUKU DI HATI DI DEPAN HAKIM, BUKANNYA DI DEPAN MASYARAKAT YANG AKHIRNYA MEMBUAT PELBAGAI TANGGAPAN DAN PERSEPSI.

SEBAGAI AKIBAT DARIPADA PENDEDAHAN INI, MUNGKIN MAKCIK-MAKCIK YANG DAHULUNYA TERKEKEK-KEKEK KETAWA MENDENGAR CERAMAH PENDAKWAH SELEBRITI INI MULA BEREMOSI APABILA BERCERITA TENTANG MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PENDAKWAH INI. MUNGKIN REMAJA-REMAJA YANG MENJADIKAN PENDAKWAH INI SEBAGAI SURI TELADAN MULA MENJAUHINYA. BUKAN MAHU MENGHUKUM, KERANA ITU BUKAN HAK KITA, CUMA SEKADAR MENGHARAP AKHIL DAN ISTERI MENGHENTIKAN “LANGKAH” SEBENTAR UNTUK MELIHAT-MELIHAT SEMULA KE BELAKANG AGAR SUASANA YANG TIDAK SEDAP DIBACA DAN DIBICARAKAN INI DAPAT DISELESAIKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.

PAUTAN KISAH RUMAH TANGGANYA DI HARIAN METRO SEDIKIT BANYAK MENGIYAKAN GOSIP-GOSIP LIAR TENTANG DIRINYA SELAMA INI:

"KUALA LUMPUR: “Ustaz (Akhil Hayy) pernah buat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi wanita itu dan meminta izin untuk berkahwin dengannya.

“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, mengulas isu hubungan suaminya dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda yang sedang hangat diperkatakan.

Menurut Maizawati, secara peribadi dia tidak mengenali Waheeda, tetapi mengetahui gosip hubungan suaminya dengan penyanyi itu melalui media.

Menurutnya, dia tekadkan hati untuk tidak mempercayai apa yang dipaparkan di media kerana diajar untuk tidak mengambil tahu perkara seumpama itu serta meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami.

“Kesabaran saya sudah sampai ke penghujung apabila ustaz tidak pulang ke rumah dan anak pula terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka mempunyai ibu tiri,” katanya yang mempunyai enam anak hasil perkahwinan dengan Akhil Hayy.

Hati Maizawati terguris apabila Akhil tidak memaklumkan di mana dia tinggal, malah tidak memberitahu apa yang dilakukan menyebabkannya tertanya-tanyakan haknya sebagai isteri.

Menurutnya, kali terakhir suaminya pulang ke rumah Februari lalu dan selepas itu, dia hanya mengetahui perkembangannya melalui media...
". Harian Metro

Berita/Artikel yang Berkaitan:
* Di mana hilangnya malu?
* Dilema antara 'Berbagi Suami' dan amar maaruf!

  1. sendiri makan pengat, sndiri mau ingatlah bro.... jgn cipta fitnah kalau tak nak dipitnah. dh terang2 buat perkara yang timbulkan pitnah, lu pikir la sdri. jgn hanya salahkan bini saje bila bukak pekung sndiri. mungkin pia x mampu lg tanggung bebanan perasaan. sesuatu yg berlaku dengan izin Allah juaaaaa.... Akil Hay.. be a "GENTLEMAN"

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Isnin, Mei 25, 2009 4:49:00 PTG      
  2. asyik menipu je keje ustat ni, mcm mana wartawn x selongkar? naik mual tgk gelagat mrk.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Isnin, Mei 25, 2009 4:54:00 PTG      
  3. Walaupun siapa, sama ada kisah selebriti atau orang biasa, pada asasnya gua tak setuju akhbar publish kisah masalah rumah tangga orang.
    dalam kes ni kesian kat akil

    gravatar Comment by Ziarah76 @ Selasa, Mei 26, 2009 8:15:00 PG      
  4. adat jd artis la.. semua kisah org nak tahu.tak kira la pribadi or kerjaya. artis popular la katakn. bawa imej "ISLAM" berat sebenarnya...bagi motibasi kt masykt psl halal haram, dosa pahala. bila perilaku tk seiring tu yg jd problm. media aku rs x salah.sbb keje dorng cr bahan yg baik or x baik.buat konsert maulidur rasul pn dorang lapor gak.
    tp kalau cite tu x betul aku rasa x jd hal. mudah2 je AH dan WW tu dpt TEPIS. nk salahkn Maiza tu pn x blh gak... dia dh lama menaggung bebanan perasaan... x de prbincgan. anak & isteri adalah AMANAH Allah. kl x mahu isteri brtindak luar batasan, jaga AMANAH itu.... sstu yg brlaku dengna IZIN Allah gak. bukan hy KAWIN DUA(3,4) je yg menjadi KETENTUAN Allah atau Qadak dan Qadarnya..... mungkin hal ni juga utk ALLAH tunjukkan 'color' AH yg sebenrnya.... KAWIN lebih dr satu kn sunnah, Tp ANAK bini AMANAH..

    gravatar Comment by MAMA KAY @ Selasa, Mei 26, 2009 9:26:00 PG      
  5. Ntah laar...act aku rs malas nk komen pd'benda2' mcm ni. Tapi bagi aku inilah 'harga' yg perlu dibayar oleh seseorg selebriti...x kira la dia tu 'ustaz batu' ke, 'wassini' ke, etc.
    Konklusi aku senang jer...Masing-masing (pihak pertama, kedua, n ketiga)BERPELAJARAN (akademik n agama), dah MUMAIYYIZ unt membezakan antara hak dgn batil, serta ada mata, telinga, kpala, dan otak untuk MELIHAT, MENDENGAR, N BERFIKIR... SOooo, x yah la nak lepas geram or tunding jari pada sesapa...lihat diri sendiri dlu...MUHASABAH, OBSERVE, & ASCERTAIN (IDENTIFY) self 100%...then BERDOA & BERTAUBAT kpd ALLAH plus mintak maaf to the INNOCENT (tis is e most important thin to do if you're really2 sinned)A.S.A.P...
    Mudah2an segala kekalutan & kegusaran dapat diatasi tanpa perlu 'MENAMBAH' sebarang dosa yg baru! Waallahua'lam...ADIOUS!

    gravatar Comment by anirun nami @ Rabu, Mei 27, 2009 3:12:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH