Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

, , ,

Rabu, 31 Ogos 2011

Siapa Mat Indera? Apa Implikasi Pendedahan Kisahnya dan Serangan UMCO & Utusex terhadap Mat Sabu?



UMCO ternyata silap besar kerana memperbesarkan isu Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong yang diselitkan dalam ceramah Mat Sabu di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu, namun dilaporkan oleh Utusex pada 27 Ogos lalu. Jika tarikh ceramah pun sudah salah, apatah lagi laporan yang ditulis oleh akhbar itu. Mat Sabu dilabel seolah-olah menyokong komunis dan tidak menghormati polis-polis British yang terkorban semasa peristiwa itu.

Saya tidak mahu menulis panjang, maklumlah hari ini baru hari raya kedua.

Siapa Mat Indera yang menyerang rumah pasung British? Kisahnya ada disiarkan di Berita Harian. Jangan terkejut, walaupun dilabelkan sebagai pengganas oleh British kerana menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong, orang yang mengenalinya menganggap beliau sebagai pejuang kemerdekaan negara.

Tidak jelas? Baca di sini.

Dalam berita di atas, Mat Indera Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera dikatakan berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Beliau diangkat sebagai pejuang kemerdekaan yang mengangkat senjata menentang British. Mat Indera ditangkap selepas British mengugut beberapa penduduk kampung yang rapat dengannya.

Apa implikasi isu ini kepada UMCO dan masyarakat? Sebelum melihatnya dengan mendalam. Cuba lihat fakta Peristiwa Bukit Kepong. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1950 dan JELAS bahawa semasa kejadian negara kita masih BELUM MERDEKA. Tanah Melayu pada waktu itu dijajah oleh BRITISH. Seperti yang dibangkitkan oleh TT, mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung itu ialah orang yang berkhidmat dengan penjajah British, bukannya polis diraja Malaysia. Persoalan yang wajib kita fikirkan, adakah mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung Bukit Kepong itu akan diberi penghormatan yang sama jika mereka berkhidmat di bawah pemerintahan Jepun? Jawab!!!

Fakta ini sebenarnya dikaburkan oleh buku sejarah kita dan sudah tentu filem Bukit Kepong yang acap kali disiarkan ketika negara menyambut Hari Kebangsaan. Sehingga kontroversi ini, saya yakin banyak orang yang tidak sedar akan fakta itu. Banyak yang menganggap perisitiwa itu berlaku selepas negara merdeka. Jika selepas negara merdeka, maka tindakan Mat Indera itu sewajarnya dipersoal dan dikecam kerana beliau menentang polis yang berkhidmat dengan YDP Agong. Tuntasnya, sesiapa pun yang berjuang menentang penjajah sebelum 31 Ogos 1957 adalah pejuang kemerdekaan negara termasuklah individu yang dilabel UMCO sebagai pengganas.

Dengan pendedahan ini, banyak orang yang mula membaca untuk mendapatkan info yang tepat dan jelas. Selepas pendedahan isu ini, banyak orang mula mempersoal: Mengapa berkhidmat atau menjadi tali barut penjajah seperti Belanda, Portugis, Jepun dilabel sebagai PENGKHIANAT, KEJI, dll, tetapi mereka yang berkhidmat dengan penjajah British tidak dikenakan label yang sama?

Jawapannya, sila lihat sejarah, cuba lihat pekerjaan dan hubungan pembesar UMCO dengan British. Rata-rata mereka berkhidmat sebagai pegawai dalam sistem pentadbiran British di Tanah Melayu.  Malah banyak juga pemimpin UMCO yang mempunyai hubungan yang baik dengan British.  Jika berkhidmat dengan Jepun dihina, mengapa dengan British tidak dilabel begitu? Walhal dari segi kekejaman, kerakusan, kesialan, kekeparatan, TIADA beza antara Jepun, Belanda, Portugis, dan British!!!- DCM



P/s: Selepas ini mungkin banyak orang akan mempertikaikan penyiaran filem Bukit Kepong menjelang Hari Kebangsaan!


, , ,

Selasa, 30 Ogos 2011

Isu Bukit Kepong-Komunis: Mat Sabu Akan SAMAN Utusex


Saya petik:
[HD] KANGAR, 29 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.

"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.

Mohamad Sabu berkata, beliau mengambil masa untuk menjawab isu itu kerana ingin mengenalpasti apa yang beliau katakan dengan tepat dalam ceramah itu.

"Saya tidak katapun Mat Indera itu Komunis, saya tidak sebut pun nama beberapa-beberapa Cina yang dilaporkan dalam akhbar itu bahkan selepas membaca laporan akhbar Umno itu baru saya tahu nama mereka," jelas Mohamad Sabu yang juga membuat sidang media khas di sini hari ini mengenainya.

Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu.

"Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya mendengarnya," kata Mohamad.

Utusan dan pemimpin Umno menyerang Mohamad Sabu dengan tuduhan kononnya beliau menghina para polis Bukit Kepong dan membela Komunis yang menyerang balai polis itu.

Peristiwa Bukit Kepong terkenal kerana ia telah difilemkan oleh Datuk Jins Samsudin dengan filem berjodol Bukit Kepong.

Rakaman video Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini sampai ke tangan wartawan Harakah Pulau Pinang semalam.

Video itu kemudiannya disampaikan terus kepada Mohamad petang semalam dan ia dilihat beliau pagi tadi.

Rakaman yang diperolehi daripada seorang peminat tokoh nombor dua PAS itu dan diberikan kepada Mohamad yang hadir pada majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng petang semalam.

Mohamad dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan akan meneliti terlebih dahulu ucapannya dalam rakaman berkenaan dan sekiranya didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Saya seolah sokong Komunis

"Berikutan dengan penyiaran berita itu, Radio dan Televisyen Malaysia serta TV3 terus menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu, seolah-olah saya adalah penyokong perjuangan komunis bahkan saya adalah bapa komunis yang sebenar.

"Beberapa akhbar dan laman  blog meminta komen saya terhadap kecaman pelbagai pihak terhadap saya dan saya memberitahu mereka bahawa saya akan membuat pendirian apabila saya mendengar kembali ucapan saya tersebut kerana berita Utusan Malaysia tersebut hanya disiarkan seminggu selepas tarikh ceramah.

"Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan berita muka depan dan muka 5 Utusan Malaysia, serta kecaman-kecaman yang berterusan disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 28 Ogos, maka saya dapati Utusan Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan parti saya (PAS)," jelasnya pada sidang media yang diadakan di Kompleks PAS Perlis hari ini.

Ketika ditanya media tentang ucapannya, Mohamad berkata beliau tidak pernahpun menyebut Mat Indera itu sebagai seorang komunis sepertimana yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia.

"Selepas mendengar balik ucapan saya itu, didapati saya berlaku percanggahan dengan berita yang disiarkan Utusan Malaysia. Malah saya sendiri tak pernah dengarpun nama Goh Pen Tun seperti yang disiarkan.

"Berita itu telah ditokok-tambah sehingga menimbulkan kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah di atas penyiaran berita oleh Utusan Malaysia itu," jelasnya.

Mengulas lanjut isu ini, Mohamad berkata penyiaran berita seumpama ini adalah suatu taktik parti pemerintah dengan menggunakan media arus perdana untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar seperti kepincangan sistem pilihanraya di negara ini.

"Saya tak nampak sangat penyiaran berita ini bertujuan untuk menjatuhkan saya mahupun PAS, tetapi yang lebih besarnya mereka telah digunakan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu Suruhanjaya Pilihanraya, isu pendatang asing sebagai pengundi serta pembongkaran PAS dan Bersih tentang kotornya daftar pemilih di negara ini.

"Ini yang mereka cuba alihkan dari pandangan orang ramai khususnnya sokonganorang-orang Melayu. Jadi mereka guna ucapan saya yang telah diselewengkan itu untuk mengalihkan isu yang lebih besar," jelasnya lagi.

, ,

[Video] Isu Ceramah Mat Sabu yang DIPUTARALAMKAN oleh Utusex dan UMCO

Mat Indera

Saya petik:

[TT] Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu

Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?


Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.

Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Khalas.Perid.End. Fin.

Video:


".....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas...


...padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong...."


Berita Berkaitan:
Mat Sabu Hina Pejuang Negara
[UM] KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.



“Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya. 

P/s: Ulasan yang menarik dan tulisan yang penuh dengan informasi. Melayu kena banyak membaca agar tidak ditipu hidup-hidup oleh UMCO!

Menariknya, kita diajar (oleh buku teks dan pemikiran UMCO) bahawa tali barut Jepun itu pengkhianat dan keji, jahat, hina, dll, namun tidak pula ada provokasi yang mengatakan bahawa menjadi barua/pekerja penjajah British itu wajar digelar seperti tali barut Jepun. Mengapa? Cuba tengok sejarah, pemimpin UMCO sebahagian besarnya dahulu bekerja/berkhidmat atau mempunyai hubungan yang rapat dengan penjajah. Walhal dari segi kekejaman, tiada bezanya antara Portugis, Belanda, Jepun, dan British!

Kita bersimpati dengan polis yang kehilangan nyawa di Bukit Kepong, tetapi mereka berkhidmat untuk siapa? Untuk YDP Agong atau Queen E? Adakah mereka akan diberi penghormatan yang sama oleh UMCO jika mereka berkhidmat untuk Jepun?


,

Ahad, 28 Ogos 2011

Salam Aidilfitri & Selamat Hari Kebangsaan

DUNIACACAMARBA ingin mengucapkan  
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir dan Batin
& SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 
kepada semua pengunjung DCM.


P/s: Mari kita merdekakan negara daripada penyangak dan perompak wang negara!


,

Sabtu, 27 Ogos 2011

Pembantu Rumah Masukkan DARAH HAID dalam MASAKAN



Cerita yang bisa membuatkan anda termuntah. Cerita dari Temasek.

Seorang wanita mewujudkan sebuah laman FB  yang dipanggil "Dangerous Maid" untuk memberikan amaran kepada orang ramai bahawa orang gaji bukan selalu menjadi mangsa dera, malah majikan juga kadang kala "didera" orang gaji, lapor AsiaOne.
 
Pencipta laman itu, Hylda Low, yang mewujudkan laman itu  pada hari Selasa berkata "Saya mahu memberikan amaran kepada orang ramai bahawa pembantu rumah ini (gambar di atas) adalah sangat berbahaya. Kita tidak boleh membiarkan orang jahat ini menggunakan  ilmu hitam kepada orang lain," tulis Low.

Pelajar berusia 20 tahun itu mendakwa pembantu rumahnya, yang berasal dari Jawa Barat, telah memasukkan darah haidnya ke dalam sup untuk dihidangkan kepada keluarganya. Pembantu rumah itu juga didakwa secara sembunyi-sembunyi meletakkan darah haidnya di dalam uncang teh.
  
Menurut Low, keluarganya mendapat tahu perbuatan keji dan kotor pembantu rumah itu  awal Ogos lalu dan pembantu rumah tersebut sudah tiga kali melakukan perbuatan keji itu.

Kakak Low, yang enggan namanya disiarkan, berkata bahawa keluarganya mengupah pembantu rumah tersebut untuk menjaga neneknya. Pembantu rumah itu telah dipindahkan dari  rumah kakak iparnya dan bekerja untuk keluarga Low selama lima bulan sebelum perbuatannya terdedah.

Semuanya terbongkar apabila bapa saudara Low  menemukan sekeping kapas basah yang dipotong dari pad wanita yang tersembunyi di dapur ketika dia membersihkan lantai di kawasan itu.

YARRRRKKKKKK!!!!!

 


, ,

Remaja 15 Tahun Didakwa Guna Pil Khayal untuk Nodai Rakan


Saya petik:
[HM] KAJANG: Seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di daerah ini mendakwa dirogol rakan lelakinya, pelajar tingkatan tiga dari sekolah menengah lain di Cheras pada 16 Ogos lalu dan 

kejadian itu hanya dimaklumkan kepada guru di sekolahnya, kelmarin.

Menurut sumber, mangsa hanya memaklumkan kepada gurunya mengenai kejadian itu berikutan bimbang dimarahi ibunya.

“Mangsa memaklumkan kejadian berlaku 16 Ogos itu ketika dia mengikut rakan lelakinya yang berusia 15 tahun pulang ke rumah ketika ketiadaan kedua ibu bapanya.

“Rakan lelaki mangsa menyuruhnya menelan sebiji pil disyaki pil khayal dan mangsa hanya menurut sebelum berasa pening dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Beliau berkata, apabila tersedar, mangsa mendapati dirinya berada dalam keadaan tidak berpakaian manakala rakan lelakinya sudah tiada.

Mangsa pada mulanya cuba menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan orang lain, namun, akibat tekanan perasaan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada guru sekolahnya.

Guru terbabit kemudian memanggil ibu mangsa untuk memaklumkan perkara itu dan menasihatkan ibu mangsa melaporkan kepada polis.

Ibu mangsa yang terkejut membawa anaknya ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan.


, ,

Jumaat, 26 Ogos 2011

Ingat Kes Wanita Dikerat 15? 2 Lelaki Warga Asing Didakwa


Saya petik:
 
[Bernama] KUALA LUMPUR 26 Ogos - Dua lelaki warga Bangladesh hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini terhadap pertuduhan membunuh seorang wanita warga Indonesia yang mayatnya dikerat-kerat dan anak lelakinya berusia dua tahun di sebuah pangsapuri di Taman Kosas, Ampang, bulan lalu.

Tertuduh, Abd Razak Tofazzalhossain, 29, didakwa membunuh Siti Sando, 35, di no 40, Tingkat 5, Blok Chrsyaa Astaria Apartment, Taman Kosas, Ampang, di sini, pada jam 11 pagi dan 5 petang 29 Julai lalu.

Abd Razak turut didakwa bersama-sama Mmd Ripin Mondal Krndaboss, 28, membunuh anak mangsa, Mohd Shukri, pada masa dan tempat yang sama.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Sejurus dibacakan pertuduhan dalam Bahasa Malaysia, kedua-dua mereka menafikan tuduhan tersebut namun Majistret Wan Karimah Wan Ab. Ghani berkata, mahkamah hanya mahukan jawapan faham atau tidak daripada tertuduh.

Mereka kemudian menjawab, "faham" dalam Bahasa Malaysia tanpa mahkamah merekodkan sebarang pengakuan.

Sementara itu, tertuduh ketiga Mosharof Hossain, 23, pada awal prosidng mengaku salah terhadap pertuduhan melupuskan mayat kedua-dua anak beranak itu, namun selepas dijelaskan mengenai hukuman bagi kesalahan itu, tertuduh dilihat mulai ragu-ragu menyebabkan Wan Karimah bertanya beberapa kali kepada tertuduh sama ada memerlukan bantuan jurubahasa Bangladesh.Tertuduh akhirnya mengaku tidak memahami pertuduhan tersebut dan pengakuan salahnya sebelum itu tidak diterima.

Mosharof didakwa melupuskan kedua-dua mayat itu untuk melindungi pesalah dari tindakan undang-undang yang didakwa dilakukan di tempat yang sama, pada 29 Julai lalu jam 11.20 tengah hari dan 3 Ogos 2011 jam 11 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum, untuk satu tarikh singkat iaitu pada 29 September ini untuk mendapatkan jurubahasa Bangladesh.

Akhbar pada 4 Ogos lalu melaporkan penemuan menggemparkan mayat seorang wanita yang dikerat 15 dengan sebelah kaki dan beberapa bahagian organ dalaman dibuang ke dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Taman Kosas di sini.

Manakala mayat anak lelakinya turut ditemui dalam plastik di rumah yang sama dengan kedua-duanya berbau busuk dan reput dipercayai dibunuh seminggu sebelumnya.

Drama Liwat II: Memalukan...Pakar Bingung Calitan ANUS Saiful Masih Baik Selepas 100 Jam


Saya petik:

dr brian mcdonald sodomy ll
Dr Brian McDonald.
[MK] Bagaimanakah tiga calitan kapas yang diambil dari lubang dubur pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari, tidak menunjukkan sebarang tanda tercemar apabila diuji kira-kira 100 jam kemudiannya?

Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald.

Menyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan
B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai "masih baik," McDonald (kanan) memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia "tidak konsisten dengan sejarahnya".

"Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik," kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 .

Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008.

Pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira - dalam keterangannya sebelum ini - berkata sampel tersebut disimpan dalam sebuah laci di pejabatnya yang berhawa dingin dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun 2008.

Semalam, McDonald, 60, memberitahu mahkamah bahawa sampel tersebut secara idealnya perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu -20 Celsius.

P/s: Hanya di Malaysia!


,

Drama Liwat II: Anwar Berjaya MENJERAT Musuhnya, Bagaimana?

 
Saya petik:
[Peguam Pas] Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk membela dirinya melalui keterangan tidak bersumpah. Saya rasa elok juga saya berkongsi pendapat mengenai pendirian Anwar tersebut.

Saya akui awalnya saya juga agak terkejut dengan pendirian Anwar tersebut. Namun setelah mengikuti keterangannya tersebut saya harus akui bahawa tindakan Anwar amat amat bijak.

Saya percaya pendirian itu dibuat dengan perkiraan yang mendalam dengan mengambil kira sejak awal lagi perbicaraan Anwar dilihat melanggar norma-norma atau piawaian perbicaraan yang adil. Memberi keterangan dengan tidak bersumpah sudah tentu merupakan opsyen yang terbaik untuk Anwar dalam kondisi sebegitu.

Musuh Anwar memulakan serangan di atas pendirian Anwar tersebut. Dengan nada sinis mereka memperli kononnya Anwar takut untuk disoal balas oleh pendakwaraya. Musuh beliau menyatakan Saiful lebih berani dari Anwar kerana beliau memberikan keterangan dengan bersumpah dan rela disoal balas oleh Karpal Singh. Ya, ia satu hujah yang menarik tapi malangnya hujah tersebut bertolak dari qiyas atau analogi yang tidak betul atau dalam bahasa arabnya dipanggil qiyas ma'al fariq. Mengapa?

Isu Saiful berani memberi keterangan bersumpah tidak timbul kerana sebagai saksi pendakwa, undang-undang mewajibkan beliau memberi keterangan bersumpah. Makna mudahnya Saiful tidak ada pilihan kecuali wajib memberi keterangan bersumpah. Terpaksa memberi keterangan secara bersumpah bukan indikator keberanian seseorang.

Kedudukan Anwar sebagai pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful. Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah (yang boleh disoal balas) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah (yang tidak boleh disoal balas) atau hanya berdiam diri. Hatta jika Anwar memilih untuk berdiam diri hakim tidak boleh secara automatik membuat kesimpulan bahawa Anwar bersalah kerana seorang hakim masih perlu meneliti semula keterangan pendakwa sebelum membuat keputusan.

Musuh Anwar juga berhujah bukankah keterangan bersumpah lebih kuat nilainya dan jika Anwar benar-benar tidak bersalah kenapa beliau takut untuk memberi keterangan bersumpah dan boleh disoal balas oleh pendakwa.

Sekali lagi ia hujah yang menarik tetapi malangnya hujah tersebut gagal melihat keseluruhan proses perbicaraan Anwar. Melihat pendirian Anwar yang memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah secara terpisah dengan keseluruhan proses perbicaraan Anwar bukan sahaja tidak wajar malahan secara jelas ia satu hujah yang dangkal.

Hakikatnya bagi saya kerana kepercayaan bahawa dirinya tidak bersalah mendorong Anwar mengambil pendirian tersebut. Mana-mana tertuduh yang tidak bersalah dengan mudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam perbicaraan yang tidak adil.

Jika perbicaraan Anwar memang dari awal mengikut piawaian perbicaraan yang adil hujah musuh Anwar itu mungkin ada keabsahannya. Namun dengan pelbagai perkara pelik dan tidak masuk akal berlaku dalam kes Anwar pendirian Anwar bukan sahaja wajar malahan amat tepat. Mari kita ambil satu contoh kepelikan dari siri-siri kepelikan yang berlaku dalam kes Anwar iaitu isu tawaran saksi-saksi pendakwa kepada pasukan peguambela Anwar.

Bukankah pendakwa raya telah menawarkan kepada pihak peguambela Anwar beberapa orang saksi mereka seperti Najib, Rosmah, Musa Hassan dan beberapa orang lain. Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah dan piawaian perbicaraan yang adil saksi-saksi pendakwa ini sewajarnya bersedia dipanggil oleh pihak pembela dan mereka juga wajar menjawab soalan-soalan peguambela apabila dipanggil untuk temubual.

Peliknya dalam kes Anwar ini saksi saksi yang ditawar oleh pendakwa ini boleh memilih untuk tidak ingin menjadi saksi pihak pembela dan tidak mahu menjawab soalan-soalan peguambela Anwar semasa sessi temubual.

Tindakan pelik saksi-saksi ini malangnya timbul dari keputusan pelik Hakim yang menyatakan bahawa saksi-saksi seperti Najib dan Rosmah ini boleh memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan peguambela Anwar.
.
Keputusan Hakim tersebut menyebabkan tawaran saksi-saksi pendakwa seperti Najib dan Rosmah kepada pasukan peguambela Anwar tidak ada apa apa nilai dan hanya sia-sia dan membuang masa. Apa gunanya pendakwaraya menawar saksi-saksi mereka yang enggan bersuara dan apa gunanya pula untuk peguambela Anwar memanggil saksi-saksi yang enggan bersuara (baca kecut untuk bersuara).

Hakikatnya bukan Anwar yang tidak berani memberi keterangan bersumpah sebaliknya Najib, Rosmah, Musa Hassan dan Rodwan yang takut untuk memberi keterangan sama ada secara tidak bersumpah di luar mahkamah iaitu dalam sessi temubual atau secara bersumpah di dalam kandang saksi di mahkamah. Malangnnya musuh Anwar tidak nampak ironi ini. Mereka tidak habis habis 'menyalak' supaya perbicaraan disegerakan sedangkan tindakan Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Rodwan ini antara penyumbang besar kepada kelengahan perbicaraan
.
Seperkara lagi Anwar sudah punya pengalaman memberi keterangan bersumpah sebanyak dua kali sebelum ini dan beliau amat arif permainan kotor musuhnya. Memberi keterangan bersumpah akan dikawal oleh mantra 'tidak relevan' yang akan kita dengar berulang-ulang kali seperti dua perbicaraan beliau yang terdahulu. Bayangkan jika keluar dari mulut Anwar misalnya 'ada konspirasi nak aibkan saya...tidak relevan..' macam mana TV3 boleh ada siri khas tentang Saiful' ..tidak relevan.. begitulah yang saya percaya ada di dalam pemikiran Anwar.

Memberi keterangan secara tidak bersumpah tidak boleh dikawal oleh mantra 'tidak relevan'. Anwar bebas menentukan rentak dan iramanya tanpa diganggu gendang 'tidak relevan'. Hakikatnya apa yag Anwar katakan tersebut itulah yang paling ditakuti oleh musuh-musuhnya.

Malang sungguh musuh Anwar kerana penantian mereka bahawa Anwar akan terperangkap dalam jerat mereka tidak berlaku. Yang berlaku adalah Anwar yang kini menjerat mereka dan sehingga artikel ini ditulis seluruh manusia di seantero alam kini mula menghakimi sistem kehakiman negara ini dan para aktor-aktor yang terlibat dalam perbicaraan Anwar. Syabas Anwar! - Mohd Hanipa Maidin


,

Gadis Malaysia Ikut Lelaki Nepal Beraya di Kathmandu


 Saya petik:
[Bernama] PADANG SERAI: Seorang gadis berusia 21 tahun dari Taman Kenangan, Sungai Karangan di sini bertindak lari dari rumah keluarganya untuk mengikut kekasihnya seorang lelaki Nepal pulang ke Kathmandu.

Gadis berkenaan Norshahira Mohd. Rasul dipercayai keluar rumah sejak 22 Ogos lalu dengan alasan menemui seorang temannya di Sungai Petani.

Setelah gagal menjejak anaknya, bapa gadis berkenaan Mohd. Rasul Kassim membuat laporan di Balai Polis Sungai Karangan sehari selepas itu.

Ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini, Mohd. Rasul yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, berkata mereka amat risau kerana menurut maklumat daripada polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Norshahira mengikut lelaki Nepal itu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang, transit di Bangkok dan terus ke Kathmandu pada 23 Ogos lepas.

Mohd. Rasul berkata, sejak Aidilfitri tahun lalu setelah dia mengetahui Norshahira, yang pernah bekerja di sebuah kilang membuat sarung tangan getah di Kawasan Industri Padang Meha di sini, menjalin perhubungan dengan lelaki Nepal, juga pekerja di kilang yang sama, dia telah menasihat dan menghalang anaknya daripada meneruskan perhubungan itu.


P/s: Alahai! Ada lagi perempuan yang tidak serik-serik!


Adegan yang Ingin Kita Tengok: Jurublog Kebanggaan UMCO dan Pencacai

Sumber: Perisik Rakyat
Aduhai, jurublog ini kalau menulis, merekalah pejuang agama, bangsa nombor 1 di Malaysia, kalau menulis merekalah terlebih Islam daripada orang lain, kalau menulis merekalah insan yang paling mulia di sisi Allah.

Realitinya...tengok betul-betul gambar di atas.


[Paling PANAS] Dr Brian McDonald: Sperma Sayfool di dalam ANUS Sendiri!!!


Ada beberapa tweet yang memaparkan perkara yang sama. Saya salin tweet Yusmadi.

Kalau ada perasan, sebelum ini heboh diperkatakan bahawa terdapat lebih daripada satu DNA yang ditemukan di dalam anus Sayfool, namun orang Jabatan Kimia meminggirkannya dan hanya mahu menyentuh tentang DNA yang dikatakan milik DSAI.


P/s: Macam mana sekalipun perancangan manusia, Allah itu Maha Besar!


Kemas Kini:
[KD] KUALA LUMPUR: Hari ini masuk hari ke-5 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil membela diri dalam perbicaraan Fitnah II yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Hari ini, pakar DNA, Dr Brian Mc Donald menyambung keterangannya di Mahkamah bahawa ada kemungkinan sperma pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ditemui pada duburnya sendiri.
Beliau menjelaskan perkara itu kerana Ahli Kimia yang menjalankan analisa pada sampel, Dr Seah Lay Hong, tidak menjalankan analisanya dengan betul.
Menurutnya, Dr Seah tidak mengasingkan sel-sel sperma daripada sel bukan sperma yang ditemui pada rektal pengadu, dengan mengandaikan adanya sel-sel ‘epithelial’ pada pecahan (sperma).
Semalam saksi ke empat pembela itu mempersoalkan prosedur yang dijalankan untuk menganalisa sampel DNA yang diambil dari tubuh Mohd Saiful.
Menurutnya, sampel yang sudah tercemar tidak boleh diterima sebagai bukti.
Beliau mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisa Jabatan Kimia Malaysia.
Ini kerana menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot.
Turut dibangkitkan adalah mengenai kelayakan makmal ujikaji DNA Jabatan Kimia yang tidak diakreditasi dengan pensijilan ISO17025. Sijil itu dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

,

Ingat Kes Budak Mati Selepas Berbuka Puasa? Puncanya Telah Dikenal Pasti


Saya petik:
[Bernama] PUTRAJAYA, 25 Ogos (Bernama) -- Laporan awal mendapati kiub ais merupakan punca keracunan makanan yang menyebabkan seorang pelajar berusia 11 tahun meninggal dunia selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di Klang awal bulan ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ujian dilakukan ke atas sampel sisa muntah dan najis untuk mengenal pasti punca keracunan makanan yang menyebabkan pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai di Klang meninggal dunia dan lapan ahli keluarganya yang lain mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.

"Berdasarkan laporan awal, kiub ais merupakan punca keracunan makanan. Kita masih menjalani siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca dan sumber sebenar yang menyebabkan mangsa dan ahli keluarga lain mengalami keracunan makanan," katanya kepada pemberita di Hospital Putrajaya di sini Khamis.

Pada 9 Ogos, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas menikmati juadah berbuka puasa manakala ahli keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.

Semua mereka didapati makan juadah otak-otak dan air batu campur (ABC) dibeli daripada bazar Ramadan sama.

Liow menasihatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom keracunan makanan.

"Jangan tangguh untuk mendapatkan rawatan sekiranya mengalami keracunan makanan. Kita mempunyai pakar dan kalau mendapatkan rawatan awal, kita boleh selamatkan," katanya.


,

Lelaki Ikat Anak dengan Tali Rafia Sebelum Merogolnya Kena 20 Tahun Penjara


Saya petik:
Buruh mengaku salah laku perbuatan keji, ikat mangsa dipenjara 20 tahun

[BH] TELUK INTAN: Seorang buruh dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 14 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku salah atas tuduhan merogol anak kandungnya selepas mengikat mangsa berusia 10 tahun dengan tali rafia, bulan lalu.
Hakim Adli Abd Ghalib menjatuhi hukuman penjara maksimum terhadap tertuduh berusia 45 tahun dari Tanjung Malim, Perak, selepas mendengar hujah dan fakta kes dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Suffian Jaafar serta rayuan tertuduh.

Dalam rayuannya, tertuduh berharap mahkamah meringankan hukuman ke atasnya dengan alasan dia perlu menjaga anaknya yang lain serta keluarga mereka juga miskin.

Bagaimanapun, Mohammad Suffian memohon mahkamah supaya tidak menimbang rayuan itu kerana perbuatan tertuduh disifatkan lebih buruk daripada haiwan.

“Mahkamah harus menjatuhkan hukuman berat dan setimpal dengan apa yang dilakukan tertuduh terhadap mangsa yang juga anak kandung sendiri.

“Hukuman berat ini perlu dijadikan pengajaran bukan saja kepada tertuduh, malah kepada masyarakat pada umumnya. Tertuduh sepatutnya menjadi pelindung kepada anaknya dan bukannya melakukan perkara yang terkutuk dan menjijikkan seperti ini,” katanya.

Dia didakwa merogol anaknya itu di dalam sebuah bilik di rumahnya, kira-kira jam 9 malam pada 20 Julai lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut akta yang sama. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian hanya tertuduh dan anaknya yang berada di dalam rumah dan tertuduh mengajak mangsa ke dalam bilik tidur. Tanpa syak mangsa mengikut arahan dan sebaik masuk ke dalam bilik, tertuduh terus menerkam mangsa sambil meraba-raba seluruh badan mangsa.

Mangsa yang terkejut dengan tindakan bapanya itu meronta dan cuba melepaskan diri, namun mangsa takut selepas diugut akan dicederakan.

Selepas membogelkan mangsa, tertuduh kemudian bertindak mengikat tangan serta kaki anaknya itu dengan tali rafia sebelum merogolnya.

Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada ibunya selepas pulang daripada kerja sebelum membuat laporan di Balai Polis Tanjung Malim. Tertuduh ditahan dua hari selepas kejadian itu.

P/s: Lahanat!


, ,

Drama Liwat II: Blog Pro-UMCO Palsukan Sijil ASCLD


Saya petik:
[Islam Inside] Kalau tak menipu bukan amenolah namanya. Perkara ini memang dah jadi sinonim untuk sesetengah blog-blog pro Umno. Semasa prosiding kes liwat II di makhamah dikejutkan dengan pendedahan yang Jabatan Kimia tidak mempunyai tauliah daripada ASCLD maka kemudian tersiarlah gambar sijil yang menggunakan sistem PDF di sesetengah blog pro umno....kononnya nak menunjukkan FAKTA di makhamah itu satu penipuan.

Diatas adalah gambar yang aku ambil dari dalam blog-blog pro umno yang kononnya menunjukkan Sijil yang diperolehi oleh Jabatan Kimia Malaysia. Kalau kita lihat di sesetengah blog gambar tersebut menggunakan program PDF. Kenapa menggunakan PDF sebab ..............Hu hu hu ?

Aku akan bongkarkan kenapa gambar ini gambar photoshop. Tapi perkara ini hanya dapat dilihat apabila kita membuka gambar asal yang dipaparkan di sesetengah blog pro umno yang menggunakan program PDF sahaja. Aku akan gambarkan melalui print screen seperti dibawah.

Ini adalah seperti gambar yg tertera apabila kita membuka menggunakan PDF

Kalau kita lihat secara mata kasar kita tak akan dapat tahu yang sijil ini adalah sijil photoshop....kalau pun ada perbezaannya adalah dari sudut format tulisan. Kita terus ke langkah seterusnya. Naikkan mouse ke atas ( bahagian antara nama & logo). Klik kan disitu dan paparan akan menunjukkan tanda kotak. Ini menunjukkan teknik tampalan.

Selepas di klik akan keluar seperti ini.

Seterusnya klik pula dibahagian tandatangan....di sini tandatangan terbahagi kepada dua bahagian. Ini menunjukkan bahagian tandatangan ditampal 2 kali...




Dan yang terakhir sekali shiftkan semua bahagian.....





Hu hu hu wahai blog-blog penjilat umno.....agak kurang bijak bila convertkan sesuatu program itu kepada sesuatu program yang lain kerana ia tidak akan mengubah dasar program yang asal cuma ia hanya mengubah paparan sahaja. Aku tak pastilah program apa yang digunapakai untuk membuat sijil ini sebelum di convertkan ke program PDF tetapi convert file tidak akan merubah dasar sesuatu file tu. Jika ianya gambar dan diconvertkan ia tak akan terpecah kepada beberapa bahagian dan bila ia terpecah-pecah ini menunjukkan sijil diatas ini dibuat bukanlah gambar atau sijil yang asal.....

Haram Bekal, Jual Bebola Agar-agar (Tanaman), Mengapa?


Saya petik:
Budak anggap sebagai makanan

[BH] PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.
 
Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.
 
Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.

"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus.

"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam.
Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini.

Drama Liwat II: Mustahil Sperma Dikesan Selepas 8 Jam, Bagaimana Selepas Lebih 56 Jam?


Saya petik:
[TVS] KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Adalah mustahil sperma yang banyak dapat dikesan selepas terdedah lebih daripada lapan jam menurut konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald.

Beliau yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes fitnah liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim hari in berkata jumlah sperma akan merosot selepas dibiarkan terdedah.

Justeru pasukan peguambela meragui sekiranya pakar DNA Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong menjalankan ujian keatas spesimen sperma yang sama diperolehi dari dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan.

"Sekiranya sperma diuji selepas 100 jam (tanpa simpanan betul), adakah kemungkinan ujian akan mencatatkan bacaan negatif?" tanya Ram.

"Benar. Kemungkinan bukan sampel yang sama berdasarkan sejarah kajian," jawab Brian.

Pada sebelah pagi, mahkamah dikejutkan dengan penemuan makmal di Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

Perkara yang didedahkan Brian itu menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa.

Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005.

Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir Oktober nanti.

Sankara yang ditemui media selepas hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menangguhkan sesi perbicaraan hari ini menyanggah keterangan Seah sebelum ini yang menyatakan jumlah sperma yang banyak berjaya dikesan walaupun telah melebihi 90 jam.

"90 jam masih kata ada banyak. (Seah) perlu jelaskan bagaimana beliau dapat. Ianya mungkin tiada sperma langsung. Itu sebab saya suruh tunjukkan foto (sperma) di mahkamah tapi mereka kata tiada," katanya.

Sesi perbicaraan hari ini turut menyentuh kelalaian Seah memperbetulkan kesilapan tarikh yang dicatatkan pada dua botol spesimen yang mengandungi DNA.

Botol-botol itu dilabel dengan tarikh 26 Jun 2008 sedangkan Saiful membuat aduan di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun tahun yang sama.

Menurut Brian, sebagai pakar DNA, Seah peka terhadap sebarang kecacatan sebelum mengetengahkan kepada umum dengan hasil ujian.

Brian menyifatkan kemungkinan sampel diambil pada 28 Jun atau ianya telah disalah label.

Katanya perbuatan Seah mampu merisikokan nyawa seseorang dan akan dibuang kerja sekiranya ianya berlaku di negara Australia.

Mahkamah bersambung jam 9 pagi esok di mana Ram Karpal akan meneruskan sesi menyoal pakar dari Australia itu.


P/s:Terburai habis!

Khamis, 25 Ogos 2011

[Wajib Baca] Peguam: Bukti Pendakwa Raya Tidak Lengkap, Diubah Suai, Apa Kata Pakar DNA?


Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa bukti yang dibawa ke mahkamah oleh pendakwa dalam kes Fitnah II sebenarnya tidak lengkap dan diubah suai, lapor KD.

Hal ini diketahui melalui saksi kelima peguam bela, iaitu pakar molekul genetik, Dr Brian McDonalds dari Australia.

Dr McDonalds dalam keterangannya memberitahu mahkamah, calitan kapas yang diambil dari tubuh pengadu, Sayfool sepatutnya terus diletakkan di atas slaid kaca dan diteliti di bawah mikroskop selain disimpan di dalam botol plastik oleh pegawai penyiasat.

Penelitian di bawah mikroskop itu menurut Dr McDonalds, membolehkan doktor atau saintis mengetahui terus sama ada calitan yang diambil itu merupakan calitan air mani atau pun tidak.

Tindakan pegawai penyiasat, Jude Pereira menyimpan sampel itu di pejabatnya selama dua hari pada suhu bilik juga menimbulkan keraguan kerana bukti mungkin diubah suai dan tercemar.

Peguam kepada Anwar, Sankara Nair ketika mengulas berkata, langkah itu sepatutnya dilakukan kerana langkah itu adalah prosedur biasa dalam mana-mana kes serangan seksual.

Namun, katanya, dalam kes Fitnah II ini langkah itu tidak pula dibuat.

“(Sepatutnya) boleh tengok terus, untuk tahu samada (sampel) mengandungi air mani atau tidak.

“Pada peringkat itu, ia kepunyaan siapa tidak penting kerana ia boleh diketahui kemudian.

“Di Malaysia, kita tidak lakukan perkara ini tetapi di Australia mereka buat,” kata Sankara ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kenyataannya pada sebelah petang, Dr Brian MacDonalds mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisis Jabatan Kimia Malaysia.

Menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot.

(Saiful diperiksa pada 28 Jun, 2008 – selepas lebih dua hari dari masa kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun 2008).

Ditambah pula bukti disimpan selama lebih dua hari oleh pegawai penyiasat Jude Pereira di pejabatnya pada suhu bilik dan tidak disejukbekukan, sampel itu sepatutnya sudah tidak boleh digunakan kerana terdapat kemungkinan bukti sudah dicemari bakteria lain yang tumbuh, kata Dr MacDonalds.

Hal ini berlawanan dengan laporan Ahli Kimia, Dr Seah Lay Hong yang mendapati terdapat banyak DNA ‘segar’ sewaktu beliau menganalisis sampel dari HKL yang diserahkan Jude Pereira.

Perkara ini, kata Sankara Nair, adalah tidak tepat dan tidak masuk akal.


Hal ini meyakinkan Sankara dan pasukannya bahawa bukti itu diubah suai sebelum bukti tersebut sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Kerana itu kami katakan ia (mungkin) diubah suai. Bagaimana ia diubah suai, kami tidak tahu tetapi kami yakin ia diubah suai.

“(Lebih meragukan), Dr Seah sendiri sewaktu memberikan keterangan dahulu enggan memberikan penjelasan terperinci bagaimana beliau menganalisa sampel itu.

“Beliau juga enggan menerangkan bagaimana kit ujian yang digunakan,” kata Sankara.

, , ,

[Wajib Baca] Tolak Hukum Allah dan Menghalalkan yang Haram Pun MURTAD, "Tumbukan" Padu Kena Muka UMCO!

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan umat Islam perlu diberi penjelasan mengenai pengertian murtad kerana ramai yang tidak faham, tetapi mendakwa murtad hanya apabila menganuti Kristian lapor TMI.

Katanya, pengertian murtad bukan hanya melibatkan pertukaran agama umat Islam kepada agama lain tetapi perkara-perkara lain.

“Murtad ini bukan orang Islam masuk Kristian sahaja tetapi mereka yang menolak hukum Allah, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal dan lain-lain,” katanya dipetik Harakahdaily.

Jelas Tuan Ibrahim, perbuatan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya juga boleh menyebabkan seseorang umat Islam murtad.

Beliau menambah, undang-undang sahaja tidak mampu untuk mencegah kegiatan murtad tetapi memerlukan ilmu kerana ia berkait dengan iman seseorang.

“Undang-undang tak boleh kawal kerana murtad boleh disembunyikan,” ujarnya.

Justeru, kata beliau, proses untuk mendapatkan ilmu ke arah itu hendaklah disuburkan di kalangan umat Islam.

Beliau juga menggesa ulama supaya memainkan peranan bagi memberi kefahaman kepada umat Islam mengenai perkara itu.

“Kita perlu memahami gejala murtad ini dalam skop yang sebenar, jangan dalam skop yang sempit,” ujarnya.

Tambah Tuan Ibrahim, ulama juga seharusnya berperanan dalam perkara-perkara yang melibatkan perbuatan diharamkan oleh Allah.

“Mufti jangan hanya menyatakan berjudi itu haram tetapi meluluskan lesen judi adalah haram,” ujarnya.



P/s: Orang UMCO jangan buat-buat lupa bagaimana pemimpin dan ahli parti anda mempersenda hukum hudud dan menyokong judi di Malaysia. Jangan lupa bekas Presdien anda juga pernah menghina nabi.





Drama Liwat II: Makmal DNA Jabatan Kimia TIADA Kelayakan Antarabangsa

 
Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya hari ini didapati tidak mempunyai akreditasi antarabangsa sewaktu menganalisa sampel kes Fitnah II.

Ia sekaligus menambahkan keraguan yang sedia ada terhadap laporan dari Jabatan Kimia yang digunakan pendakwa raya dalam pendakwaan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu didedahkan konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian McDonalds sewaktu memberi keterangan dari kandang saksi.

Menurutnya, mana-mana makmal yang menjalankan ujikaji ke atas DNA akan diakreditasi dengan sijil ISO17025 yang diperakui di peringkat antarabangsa.

Pensijilan ISO17025 itu pula dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

Walau bagaimanapun, kata Dr McDonalds, pemeriksaan beliau dengan ASCLD mendapati Jabatan Kimia Malaysia pernah memohon sijil itu dari ASCLD pada Oktober 2005 kerana sijil akreditasi dahulu telah tamat.

Makmal Jabatan Kimia kemudian diberikan masa lima tahun untuk memenuhi piawaian yang perlu dipenuhi untuk mendapat akreditasi tersebut.

Namun, selepas lima tahun, Jabatan Kimia masih gagal memperolehi sijil itu dan mereka diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir bulan Oktober ini.

Peguam Anwar, Sankara Nair sewaktu masa rehat mahkamah memberitahu wartawan bahawa pendedahan ini berlawanan dengan pengakuan ahli kimia, Dr Seah Lay Hong yang mengaku makmal DNA Jabatan Kimia mempunyai akreditasi antarabangsa.

“Sekarang kita periksa, makmal ini tidak pernah mempunyai ISO17025. Sedangkan, masa kita soal balas dahulu, beliau mengaku ada,” kata Sankara Nair.

“Jadi, adakah ujian yang dijalankan menepati piawaian antarabangsa. Tentunya tidak,” kata Sankara.

Sebelum ini, mahkamah turut digemparkan bagaimana sampel DNA Anwar diambil secara tipu helah dari tubuh beliau sewaktu direman selama satu hari di Bukit Aman.

Polis pada waktu itu sengaja menahan Anwar untuk mendapatkan sampel rambut, DNA beliau dari botol minuman, berus gigi dan juga tuala muka.

Tidak cukup dengan itu, calitan dari tubuh pengadu, Saiful Bukhari juga tidak dikendalikan mengikut prosedur standard operasi (SOP) apabila pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira menyimpan sampel calitan itu di pejabatnya selama dua hari pada suhu bilik sebelum menyerahkannya ke Jabatan Kimia Malaysia.

Beliau juga didapati membuka botol sampel dan menandakannya semula sebelum dihantar ke makmal untuk dianalisa.

, , ,

[PANAS] Khalid Samad CABAR Pope Gomo. Mari Tengok Kejantanannya!


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sudah memulakan langkah untuk menyaman pemblog pro-Umno Papa Gomo berhubung isu kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama-Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) lapor TMI.

Sehubungan itu Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor mencabar Papa Gomo agar mendedahkan butiran penuh tentang dirinya untuk meneruskan “perjuangan.”

“... bagi memulakan ‘perjuangan’ ini, saya ingin memohon supaya Papa Gomo menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat penuhnya supaya dapat saya minta peguam saya untuk menyaman beliau dalam isu ini.

“Maka saya berharap agar rakannya yang membaca blog saya boleh menyampaikan permohonan saya ini kepadanya,” kata Khalid dalam entri terbaru blognya.

Khalid menambah, sekiranya tiada jawapan daripada Papa Gomo, maka semakin jelas “bravadonya juga merupakan satu pembohongan.”

“Namun, ia tidak bererti bahawa saya tidak boleh dapatkan segala maklumat yang saya perlukan daripada sumber lain dan oleh itu, tidak bererti bahawa dia akan semestinya terlepas.

“Hanya saya ingin memberinya peluang untuk dirinya membuktikan ‘keberaniannya’; itupun kalau beranilah,” kata Khalid lagi.

Dalam entrinya, Khalid juga menulis, sepertimana kebanyakkan persoalan lain berhubung dengan isu Gereja Methodist Damansara Utama, dakwaan Papa Gomo bahawa “saya menghalang gereja berkenaan disita oleh MBPJ merupakan satu pembohongan.”

“Dia mendakwa bahawa saya pada 11 Ogos telah menghubungi MBPJ dan menghalang operasi menyita gereja tersebut sejurus sebelum pihak penguat kuasa MBPJ dan polis bersiap sedia untuk melakukannya.

“Walau bagaimanapun, pembohongan semasa bulan Ramadan yang mulia tidak merupakan masalah bagi pihak Umno dan budak suruhan mereka. Mereka menganggap ke-Melayuan mereka adalah perisai yang menjadikan mereka kebal terhadap kemurkaan Allah! Apalah hendak dibandingkan satu pembohongan berbanding hadiah mangkuk tandas? Akhlak mereka amat membinggungkan,” katanya lagi.

Katanya, laporan polis 16 Ogos oleh Fauzi jelas mendedahkan sifat pembohong golongan terbabit terutamanya Papa Gomo.

“Saya difahamkan bahawa walaupun pembohongannya telah terdedah, Papa Gomo tetap mempertahankan kenyataannya dan menyatakan kesanggupan dirinya untuk berjuang habis-habisan. Baguslah jika begitu, kerana saya pun berpendirian sedemikian,” katanya lagi.

Sebelum ini Pope Gomo dengan bongkaknya menulis:

P/s: Sekarang kita lihat Pope Gomo ini anak jantan, betina, atau bapok, auww! Kalau dia gagal menyahut cabaran YB Khalid, maka anda boleh gelarkan pencacai UMCO ini betina atau bapok!

Pope ingat kata-kata YB Khalid ini: saya ingin memberinya peluang untuk dirinya membuktikan ‘keberaniannya’; itupun kalau beranilah."


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH