Budak 15 Tahun Serah Segalanya Setelah Dipujuk
[BP] MIRI: Seorang gadis berusia 15 tahun yang bekerja di sebuah salun rambut di sini, petang kelmarin, membuat laporan polis bahawa dia ditipu oleh seorang lelaki yang memaksanya untuk menyerahkan tubuhnya.
Pengadu dari Sungai Dalam di sini, dalam laporannya memberitahu, pada 23 April lalu, jam 11 pagi dia telah melakukan hubungan seks dengan lelaki berkenaan tanpa pengetahuan sesiapa.
Katanya kejadian itu berlaku di bilik tidur suspek di kediamannya di kawasan perindustrian Piasau Utara di sini.
Pengadu pada awalnya enggan berbuat demikian, namun telah dipujuk rayu oleh suspek yang berjanji mahu mengahwininya setelah dia cukup umur.
Pengadu merasakan dirinya tertipu selepas suspek tidak mahu bersamanya lagi, lalu membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri di sini, kelmarin.
Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis kemudian menahan suspek pada hari yang sama untuk siasatan lanjut berhubung kes tersebut.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee berkata siasatan awal polis mendedahkan bahawa suspek dan pengadu merupakan pasangan kekasih sejak hampir dua bulan lalu dan ia merupakan kali pertama mereka mengadakan hubungan seks.
Sementara itu, suspek yang berusia 22 tahun, disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol gadis bawah umur. -28/4/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.