DUN Terengganu TOLAK Usul Laksana Hudud, Siapa Dominan dalam DUN Terengganu?
[MK] Dewan Undangan Negeri Terangganu hari ini menolak usul untuk melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan dewan itu pada 7 Julai 2002.
Usul tersebut dibawa oleh Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong,kanan) bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN, laporHarakahdaily.
Speaker Mohd Zubir Embong bagaimanapun dilapor menolak usul tersebut.
Kandungan usul itu antaranya memohon persidangan ditangguh bagi merundingkan pelaksanaan enakmen itu kerana ia diperintahkan oleh Allah, dipersetujui sultan serta diwartakan sejak 14 tahun dulu lagi.
“Isunya mengapakah sehingga kini, kerajaan yang berkuasa melaksanakan enakmen ini gagal untuk melaksanakannya, bahkan tidak mengambil sebarang usaha untuk melaksanakannya.
Menteri besar serta pemimpin kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan kerajaan melaksanakan enakmen ini,” menurut kandungan usul itu yang disiarkan di akhbar web PAS.
Mohd Nor juga berhujah, perkara itu juga melibatkan keamanan negeri ekoran banyaknya kegiatan jenayah di negeri itu.
“Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan,” katanya. -15/4/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.