"Saya memang masuk kemaluan saya ke dalam mulut dia...."
Bilal Mengaku Tidak Bersalah Rogol Pelajar
[UM] KUALA LUMPUR 25 April - Seorang bilal yang tempang kakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan dua dan memaksa mangsa melakukan seks oral, bulan lalu.
Shary A. Rahman, 50, yang juga penjual sate didakwa merogol mangsa yang merupakan anak kepada pembeli tetap sate yang dijualnya di dalam sebuah kereta Proton Wira di depan sebuah klinik di Setapak, di sini kira-kira pukul 11 malam, Mac lalu.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Dia yang akan menjalani pembedahan jantung pada Isnin depan juga mengaku tidak bersalah melakukan seks oral terhadap mangsa yang berusia 14 tahun itu di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Bagi pertuduhan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 377C kanun tersebut yang memperuntukkan hukuman yang sama.
Terdahulu tertuduh yang memakai jubah biru dan kopiah berwarna merah gelap mempertikaikan pertuduhan seks oral yang didakwanya tidak dilakukan di tempat tersebut.
"Saya memang masuk kemaluan saya ke dalam mulut dia tapi saya bukan buat kat tempat itu, tempat kejadian tu salah," katanya.
Ekoran itu, jurubahasa terpaksa membacakan semula pertuduhan berkenaan sebelum tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah.
Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie tidak mencadangkan sebarang ikat jamin kerana tertuduh mengenali mangsa yang pernah membeli sate daripadanya.
Walau bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon jaminan diberikan dengan alasan dia menanggung anak yang masih bersekolah selain mengalami kecacatan lutut dan memakai kaki palsu.
Hakim Dazuki Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.