Tidak Tahan Alat Sulit Sakit, Gadis Mengaku Dirogol Lelaki Baru Dikenalinya
Sekadar hiasan. |
[BP] KUCHING: Seorang gadis mengaku dirogol lelaki yang baharu dikenalinya sejak seminggu lalu selepas mengalami kesakitan pada alat sulitnya.
Difahamkan, mangsa yang baharu berusia 15 tahun dan berasal dari Petra Jaya mengadu perkara tersebut kepada guru kaunseling di sekolahnya ekoran tidak tahan dengan kesakitan yang dialaminya.
Menurut sumber, mangsa mengaku telah dirogol oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Amirzul dipercayai berusia 19 tahun melalui seorang daripada rakannya.
“Lelaki (suspek) telah mengambil mangsa di rumahnya sekitar jam 4.30 petang Rabu lepas dengan menaiki sebuah motosikal.
“Mangsa kemudian dibawa oleh lelaki terbabit ke dalam hutan berdekatan dan memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya sebelum dihantar pulang selepas itu,” katanya.
Keluarga mangsa pada mulanya tidak mengetahui insiden tersebut kerana mangsa takut untuk menceritakannya sehingga diberitahu oleh guru kaunseling iaitu sehari selepas kejadian.
Mangsa kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk melaporkan mengenai perkara tersebut.
Ketua Polis daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad semasa dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian dan memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan.
“Mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menjalani pemeriksaan sementara siasatan polis masih diteruskan,” katanya.- 19/4/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.