Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Sabtu, 5 April 2014

Hudud TIDAK Wajib terhadap Bukan Islam, Mengapa Mahu Bantah?



Bukan Islam Diberi Pilihan Jika Kelantan Laksana Hudud - Timbalan MB

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob akan menggunakan ahli Parlimen Kelantan untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hudud dipraktikkan, dan sementara itu, umat bukan Islam diberi pilihan sama ada hendak patuh kepada hukum tersebut. – Gambar fail.
[TMI] Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberi pilihan kepada penganut bukan Islam di negeri itu sama ada untuk patuh kepada hukum hudud atau sebaliknya, sekiranya ia berjaya dilaksanakan di negeri berkenaan tahun hadapan.

Beliau berkata pendekatan hudud yang akan dilaksanakan di negeri itu tidak mengambil model mana-mana negara, sebaliknya berteraskan kepada prinsip Islam sebenar.

“Kelantan tidak mengikut mana-mana negara, kita hanya mengikut agama.

“Pendekatan kita juga adalah terbuka, iaitu terpulang kepada orang bukan Islam hendak ikut ataupun tidak," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob akan menggunakan ahli Parlimen di negeri itu untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hudud dipraktikkan di negeri serambi Mekah itu.

Katanya, sekiranya usul berkenaan mendapat perkenan Parlimen, maka Kelantan akan mengguna pakai hukum hudud paling awal pada tahun hadapan.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam kenyataan Biro Perundangan MCA, Choo Wei Sern yang mendesak kerajaan Kelantan supaya tidak membawa usul rang undang-undang Jenayah Syariah II Kelantan 1993 ke Parlimen.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Shamsuddin Moner berkata, tindakan tersebut merupakan cubaan mencampuri hal ehwal Islam di negara ini serta menunjukkan pendirian berat sebelah MCA.

“Kenapa sebelum ini MCA tidak membantah tindakan gereja Katolik yang bertindak secara biadab mencabar Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada kerajaan Persekutuan dan negeri mengawal pengembangan apa-apa agama dalam kalangan umat Islam?

“Perkasa memberi amaran kepada Biro Undang-Undang Pemuda MCA supaya jangan bermain api dan tidak cuba memperlekeh cadangan Kelantan untuk membentangkan draf enakmen jenayah syariah itu di Parlimen," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Shamsuddin turut menggesa kerajaan negeri agar menubuhkan sebuah panel bebas yang terdiri daripada ahli akademik serta pakar undang-undang untuk mengkaji draf usul tersebut terlebih dahulu serta memastikan kesesuaiannya sebelum dibawa ke Parlimen.

Draf itu perlu diteliti oleh pakar terlebih dahulu agar menepati kehendak syariat dan memenuhi peruntukan dan bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan serta negeri," katanya menurut akhbar itu. –HASBULLAH AWANG CHIK/ 5 April, 2014.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH