Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Khamis, 21 Januari 2010

Hanya 20 Lori Bawa Pasir Silika, Selebihnya?


Berita tentang Kerajaan Malaysia menjual pasir kepada Temasek memang telah disahkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Ada diberitakan di bawah ini.

Yang timbul persoalan ialah jumlah/kuantiti pasir yang dieskport ke Temasek. Kata Exco Johor, Datuk Ahmad Zahri, Johor hanya mengeksport kira-kira 8 hingga 20 lori pasir silika ke Temasek sehari.

Yang peliknya, Datuk Shaziman mengesahkan bahawa beliau diberitahu bahawa 500 pasir dieksport ke Temasek, manakala Che Det mengatakan 700 lori mengangkut pasir setiap hari ke Temasek.

Kalau hanya 20 lori membawa pasir silika ke Temasek, selebihnya pasir apa? Untuk apa? Untuk mendaulatkan kerajaan Temasek? Syabas Kerajaan Ketuanan Melayu!

Berita 1:
Kurang 20 lori bawa silika – Ahmad Zahri

JOHOR BAHRU 20 Jan. – Kerajaan negeri Johor menafikan dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang beratus buah lori memasuki Singapura pada setiap hari bagi menghantar pasir silika ke negara jiran itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, statistik Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor dari 1 Januari hingga semalam menunjukkan hanya 149 lori membawa pasir silika ke Singapura atau kurang daripada 20 lori pada setiap hari.

Sebagai contoh katanya, pada 2 Januari lalu, hanya lima lori yang membawa pasir silika ke Singapura manakala pada 4 dan 5 Januari, masing-masing 14 dan 11 lori.

“Semalam pula hanya lapan lori yang membawa pasir silika ke negara berkenaan. Jadi saya ingin tegaskan di sini bahawa jumlah lori yang membawa pasir silika ke Singapura adalah jauh lebih kecil daripada yang didakwa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini....

Berita 2:
500 lori ke Singapura – Shaziman

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor (gambar) berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa jumlah lori pasir dari Johor yang memasuki Singapura setiap hari adalah sebanyak 500 buah.

Beliau berkata, perkara itu diberitahu kepadanya dalam satu taklimat yang dihadiri semasa melawat Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Kastam Tanjung Puteri, Johor pada November tahun lalu.

“Saya menerima maklumat itu ketika diberi taklimat semasa melawat kawasan itu tahun lalu dan saya hanya menyatakan apa yang diberitahu itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Shaziman bagaimanapun tidak mengulas lanjut sama ada pasir yang dijual ke Singapura itu adalah pasir biasa atau silika kerana perkara tersebut bukan di bawah bidang kuasa pihaknya.

Kebenaran atau permit mengambil pasir dikeluarkan oleh Pejabat Tanah di negeri berkenaan manakala urusan pergerakan lori yang mengangkut pasir ke Singapura dipantau oleh Kastam Diraja Malaysia (KDRM)....

  1. lorrr...

    hairan kan? adesss...anak sape lah tue kan?

    gravatar Comment by ..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. @ Khamis, Januari 21, 2010 10:38:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH