Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Khamis, 7 Januari 2010

[KEMAS KINI] Kenapa saya menolak kalimah Allah digunakan oleh Kristian?- AB Albanjari


Sila baca lanjut hujah siri ke-6, 4, 3, 2, 1 dan hujah Tulang Besi pada pautan "Berkaitan" di bawah ini.

Tajuk Asal: (7) Isu Nama Allah: Kilasan Hujah AB ALbanjari Menolak hujah Tulang Besi

Saya melihat dari apa yang didiskusikan, jelaslah bahawa TB menegakkan suatu fakta yang bercanggah dengan pendiriannya. jika dilihat dari disiplin ilmu mantiq, menegakkan hujah bukti sesuatu kekotoran untuk meletakkan suatu yang suci adalah perkara pelik dan aneh. Saya tertarik dengan komen seorang sahabat yg saya mohon izin quotekan di sini yang menyatakan "TB, dia pertahankan prinsip boleh dan layak, tapi peliknya, layak bagi mereka yang sesat. lagi pelik!!!" Saya sokong 100% !

Seterusnya kerana apa saya memberi komen soal wujud unity dan trinity dalam kristian, sebab saya sendiri mahu melihat, sejauh manakah TB meletakkan pendiriannya tentang konsep ketuhanan kristian, nyata dia mempertahankan trinity dan menolak unity, ini bermaksud "tiada apa yang betul dan semuanya dalam kristian adalah aqidah yang batil dan sesat" namun persoalannya ? Mengapa perlu beri kebenaran menggunakan kalimah allah, zat yang maha suci, bebas dari sebarang kesyirikan, sempurna sifatnya yang qadim lagi azali itu diberikan kepada mereka yang sesat konsep ketuhanannya.

Sekadar saya coret di sini persoalan utamanya ialah, apakah layak pihak kristian katholic menggunakan kalimah allah bagi menggantikan perkataan god utk versi melayu dan allah pula merujuk kepada konsep ketuhanan sesat kristian?

Saya bersetuju dengan kenyataan rasmi PAS soal isu kalimah allah, "jangan salah guna" kalimah allah, soalnya..apa maksud salah guna? salah guna disisi siapa? Di sisi islam atau di sisi kristian? Jika disisi islam tidak layak allah itu bersifat tidak esa, mengharap pada yg lain, tidak berdiri pada dirinya sendiri seperti yang termaktub dalam 20 sifat mustahil bagi allah. Manakala bagi pihak kristian pula mereka tetap dengan konsep ketuhanan trinity(tuhan bapa-tuhan anak-ruhulqudus) atau unity (nabi isa bukan tuhan, tapi anak kepada tuhan bapa) dan konsep ini dikira betul bagi mereka. makanya betul disisi siapa?

Sebagai muslim saya melihat apa sahaja konsep kristian dia tetap tidak akan betul selama-lamanya, dan nyatalah kristian tidak akan menggunakan kalimah allah dengan betul buat selama-lamanya berdasarkan kaedah tauhid kita.

Soal UMNO yang berdemo menolak kristian guna nama allah, mudah saja, dalam islam ada mukmin dan ada munafiq, bagi saya hanya mereka kenal allah sahaja yang dikira benar2 mempertahan kalimah allah ini. Kenal allah bukan setakat tahu allah itu tuhan bagi umat islam. Kalau macam itu kristian pun tahu ! Tapi tak mesti kenal sepenuhnya allah, paling asas kenal allah dari segi sifat kesempurnaannya, zat allah yang qadim lagi azali, sifat yang wajib pada aqal kita bagi-Nya, mustahil bagi aqak kita bagi-Nya dan harus pada aqal kita bagi-Nya.

Kerana itulah bila ada apa-apa perkara melibatkan Allah, perlu kita lihat kepada qaedah tauhid dahulu, bukannya melihat kepada pengundi kristian katholic dahulu !

Maka yang demikian, suasana rakyat Malaysia pun kena tengok jugak, sampai mana tahap pengetahuan dan penguasaan majoriti rakyat malaysia dalam nak bahaskan isu ketuhanan inter-agama ni,mampukah mereka mencapai tahap suasana di Mesir?

Suka juga saya nak petik beberapa kenyataan Tulang Besi yang saya kira tidak menepati kehendak dia yang mahukan kristian katholik boleh guna nama allah antaranya:

Ertinya, bagi St Arius, Jesus masih Tuhan tapi kewujudan Jesus sebagai Tuhan adalah KEMUDIAN dari KEWUJUDAN TUHAN." dan "Maka, apabila fahaman menyembah berhala semakin lemah, pemerintah Rom mengambil keputusan untuk mencampur aduk ajaran nabi Isa dengan ajaran kuno roma dan mesir dan lahirlah apa yang kita kenali sebagai Kristianity"
TB memberikan hujah betapa "memang" dlm kristian tak ada yg kata nabi isa bukan tuhan, ini menunjukkan dalam apa pun konsep ketuhanan, di dalamnya ada nabi isa, tuhan itu nabi isa, nabi isa itu jugak tuhan. persoalannya, jika sudah begitu, apa relevennya memberikan kebenaran kepada kristian untuk guna kalimah allah merujuk kepada tuhan mereka yang nyata sesat itu? Apa kata kalau kita mengiyakan penggunaan kalimah allah kepada kristian, tidakkah kita telah menolak pendirian kristian bahawa nabi isa itu bukan tuhan dan dia adalah rasul dan nabi?

"Soalnya adalah di Sabah dan Sarawak yang mereka telah menggunakan kalimah ini semenjak sebelum mereka masuk Malaysia lagi. Sekarang saya nak tanya, berapa ramaikah orang Islam di Sabah dan Sarawak telah murtad sejak Merdeka kerana orang Kristian menggunakan kalimah Allah? Boleh jawab tak sheikh?"

Maka saya pun memang suka nak menjawab soalan ini, untuk pengetahuan TB, belum pun ada dibenarkan guna kalimah allah dalam mana-mana penulisan khatholik weekly. Anda tidak mendengarkah ? Berapa banyak kes murtad yang melanda negara kita ini? Apa jaminan anda jika kristian katholik guna istilah allah menggantikan god, selepas ini umat islam di Malaysia makin lebih faham tentang islam dan mengenal allah??

Anda juga bertanya berapa ramaikah yang murtad, untuk pengetahuan TB, isu murtad ini, bukan nak tunggu sejuta orang baru dikira serius, seorang sahaja yang murtad pun sudah dikira amat serius dalam islam kerana ia berkaitan dengan aqidah!! Apakah soal aqidah ini perkara main-main? Menjaga aqidah umat islam tidak pentingkah? Soalnya di sini nak memelihara aqidah umat islam, saudara mara kita, anak-anak kita, jiran-jiran kita, org2 taman kita, org2 kampung kita, rakyat negara kita dari menjadi keliru dan akhirnya konsep syirik terpahat dalam otak mereka, itu yg saya amat-amat risaukan.

Kalau kristian katholic nak marah, marahlah, tapi dengan keadaan masyarakat kita kini boleh dikatakan jahil aqidah, sekadar tahu allah setakat nama dan sebutannya saja, hakikatnya dia tak tau!!!

Saya pernah menjadi guru dan pernah diminta buat tuisyen tentang pengajian islam di sekolah menengah, majoriti anak-anak kita langsung tidak kenal sifat2 Allah! Bahkan ada yang kata, allah itu tuhan bagi ugama islam. Orang kristian pulak tuhannya Jesus, orang Buddha itulah Gautama buddha ! Hah..!! Besok kalau katholic dah claim tuhan bagi kristian juga adalah ALLAH..cuba bayangkan jawapan yang dia akan bagi..!!!
Saya kira itu dah cukup untuk jawab persoalan ini sebagaimana yang diminta oleh Tulang Besi.

"Tiada aliran Kristian yang tidak mempercayai Trinity" dan kemudian "Walaupun perbezaan berlaku selepas itu, ianya adalah antara NICEAN dan ARIAN yang keduanya mengatakan NAbi Isa adalah TUHAN" dan kemudian"Kristian tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan akidah yang tulin kerana KRISTIANITY adalah CIPTAAN MANUSIA."


Maka daripada apa yang anda nyatakan, apakah masih layak kalimah allah itu dinisbahkan kepada konsep ketuhanan mereka yang memang sesat?? Kerana anda menyebut "Kristian tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan akidah yang tulin " soalnya bagaimanakah allah dengan sifat esanya itu boleh kita benarkan nisbahnya kepada aqidah yang tidak tulin ?

Dan semua mazhab dalam kristian menganggap nabi isa adalah tuhan, bagaimana pula nanti apabila katholik di malaysia menggunakan kalimah allah merujuk kepada tuhannya nabi isa?

Katalah kita berbual dengan sahabat kristian, kita tanya, apa tuhan kamu, dia jawab allah. apa dia sifat allah,..kalau kita tanya lagi, dah tu, nabi isa (jesus) itu siapa, nabikah,kalau dia kata, "tidak ! Isa itu tuhan, tuhan itu isa, allah itu isa, isa itu allah" Apakah itu dikira "menggunakan kalimah allah dengan betul ??

"Ertinya, walaupun Mesir mahupun Barat, kedua-duanya MEMPERCAYAI TRINITY. Dan, konsep UNITY yang AB sebut ni TIDAK WUJUD sama sekali. Dan, Ulama Azhar tetap tidak bersuara menentang orang2 Kristian Koptik menggunakan nama Allah."


Maka persoalannya di sini, apakah itu bermaksud 'ulamak al-azhar jugak mengakui bahawa boleh menggunakan kalimah allah merujuk kepada ketuhanan trinity...? Sekian banyak buku karangan perbandingan agama yg dikarang oleh ulamak al-azhar semuanya menolak pandangan kristian tentang allah dalam ketuhanan mereka kerana jelas ianya mensekutukan allah.

Apakah itu maknanya ulamak al-azhar redho dengan apa yang digunakan oleh kristian tentang kalimah allah? Betul pada asasnya semua agama samawi menggunakan kalimah allah sebagai tuhan, tetapi tuhan yang bagaimana?? Mudahkah kita nak menjelaskan kepada anak-anak kita nanti tentang ke-esaan Allah dalam masa yang sama agama lain terus melaungkan propaganda aqidah sesat melalui penulisan, blog, filem, dan entah-entah apa lagi, tak mustahil tidak lama lagi pihak kristian buat pula movie bahasa melayu, tetiba ada pulak orang berlakon jadi nabi Isa, tup tup ada orang panggil, wahai allah? Hah..! Nak jawab apa pada anak-anak kita nanti ? Seterusnya:

"Empayar Rom pada masa itu sedang menghadapi krisis agama kerana agama asal mereka, yakni agama “pagan” atau jahiliyyah sudah semakin ditolak oleh rakyat dalam Empayar Rom. Maka, Rom telah mengambil keputusan untuk mencampur adukan ajaran Nabi Isa bersama dengan kefahaman2 karut dan kuno Rom sebelum ini.."


Seperti jawapan saya yg lepas2, sudah nyata lagi terang dan bersuluh betapa aqidah ketuhanan kristian sudah dicemari dengan kefahaman karut Rom, falsafah dan lain-lain, ini menunjukkan betapa, kalau dah aqidah pun salah, apa jaminan anda kristian katholic di Malaysia akan menggunakan kalimah allah dengan betul?

Boleh diterima akalkah bahawa "menggunakan dengan betul dengan kaedah yang tidak betul"..macam mana tu?? seterusnya:

"Dan, walaupun begitu, ulama Azhar tetap mengizinkan orang Kristian Koptik Mesir menggunakan kalimah Allah dalam upacara ibadah mereka.."

Jika merujuk kepada struktur ayat anda, bahawa"ulama Azhar tetap mengizinkan orang Kristian", mestilah di sana jika al-Azhar "mengizin"kan, maka pihak kristianlah yang mesti "minta izin" bolehkah anda sebut disini, bila dan dimanakah berlakunya "permohonan izin" dari kristian dan bila dan dimanakah pula pihak al-Azhar"memberi izin" kepada kristian..?? Kalau dah ada yang mengizinkan, bermakna mestilah ada yang meminta izin itu. Soalnya bila dan dimana..??? Namun apakah di lubuk hati para ulamak al-Azhar bersetuju dengan penggunaan kalimah allah merujuk kepada tuhan bapa, anak dan ruhulqudus???

Kebetulan pula saya terjumpa nota-nota kuliyah saya tentang perbandingan agama, (maqarinah al-adyaan) atau (milal wan nihal) sekadar berkongsi ilmu dgn pembaca; harap pembaca sudi membaca, dan mohon perbetulkan jika saya tersilap atau salah. Berkaitan Sejarah penulisan Perjanjian Baru (tarikh at-tadwin 'ahduljadid)

Tarikh at-Tadwin 'ahduljadid
Nota :
Kitab ditulis dalam bahasa Greek(bukan bahasa inggeris) lokasinya diluar Palestin. Asalnya adalah catitan2 dalam bahasa yunani dan aramiya dan ada banyak percanggahan(dari segi fakta dan cerita) contohnya:
(1) Beberapa pucuk surat Paulus yg ditulis antara tahun 50-54 Masihi, dari Chorinthians dan Efhasian kepada org2 Thessalonian, org2 Korintus, org2 Galatians dan juga org2 Rom. Tahun 58M surat dihantar pula kepada Philipians dari Rom dan jugak Clossians. 7 tahun lepas tu send pulak kepada Hebrews.

(2) Tahun 75M, sudah mula terbentuk Injil terlatest(masa tu la)karangan Markus. Selepas itu tahun 79 Masihi pula, keluar pulak Injil karangan mettews, tahun 105M pengarang injil namanya Lukas, dia karang "kisah-kisah rasul)

(3) Pada tahun 115M, surat yg 1st. dan yg 2nd. di send kpd Tomothy dan Titus(bukan Titus James Palani) itu jenama jam, dan surat tu atas nama Paulus. Tahun 135M Injil ke-4 karangan Yohannas atau John disebarkan. Dan dalam tahun 145-155M, ada banyak sangat "tulisan suci" yg entah sapa yg tulis pun tersebar. Dia tulis dengan banyak bahasa, terutamanya dalam bahasa yunani dan ramiya(bukan bahasa inggeris seperti didakwa oleh TB) inilah antara sebab awal timbul perbezaan tafsiran, fahaman dan keyakinan antara para bisho dan paderi timur dan barat.

Oleh sebab perbezaan tafsiran dan keyakinan inilah, jadinya permusuhan antara timur dan barat. Oleh sebab itu Kaisar Kostantin 1 rasa kena selaraskan satu keputusan iaitu melalui Ecumenical Council atau Council of Nacaea @ Majmak Niqqiyyah yang nama tempat tu,Isnik, sekarang Istanbul. Dan lepas tu bannyak la persidangan seperti yang saya ceritakan sebelum ini. Kesimpulannya: dalam siri-siri persidangan itu, beberapa keputusan telah dibuat:
1- Gereja Ortodox Yunani hanya akui 7 ecumeni cauncil yg pertama tahun 325M.
2- Gereja Roman Katholic mengakui 14 ecumenical council yg pertama
3- Council Nicasa yg dihadiri 220 bishop dari timur dan barat yang hanya bincang pasal keimanan,kebangkitan dll.

Dan semua itu, perkara asas yang dibincangkan ialah pasal ke-esaan tuhan menurut kefahaman masing-masing dan jugak mengikut fahaman trinity. Paul berbangsa yunani dan tak reti pun bahasa armiya mencipta satu model baru pada ajaran nabi isa a.s yang dikatakan mudah dan indah (suhulah wal jamilah) serta menerapkan ajaran agama yunani kuno (hellenisme), sebagai contoh "pembebasan penebusan dosa" ini menyebabkan berlakunya pertengkaran di antara bishop2 di mana semua gereja (kanaais) (paulinsme) menang dalam perdebatan tersebut.

Bangsa Rom tak suka kepada Paulus sebab bagi mereka, dia adalah pengkhianat. Dan sebab tu lah org tak percaya kat dia lagi dan dipercayai mereka adalah pengikut nabi isa seperti yg termaktub dlm surat Paulus kepada Galatians dlm sifr 2. Paulus ni jugak bertindak mengekang dan kontrol perkembangan dan aktiviti gereja.

Kalau ikut nota saya ini, fakta sejarah menyatakan bahawa, angota2 council dari negara timur lebih ramai dari barat. Tapi lama lepas tu, barat pulak lebih ramai dari timur.
Namun dalam kebanyakan persidangan, pakat tak setuju belaka.

Tahun 341M, dlm satu majma' di antacia (antioch) "monotheisme"(uluhiyyah) telah diputuskan dah diterima menjadi ajaran rasmi yang benar dari keimanan nasrani.pendapat ini diperkukuhkan oleh Paus (sekarang POPE) St. Julius dlm satu persidangan yang dibuat pada tahun 351M dan seterusnya dia jadi Paus bermula tahun 337 sampai lah 352 masihi.

Tetapi, pada tahun 625M sampai 638M, Pope Honorius pulak jadi paus/pope, dan dia terang2 menolak kefahaman trinty. Selepas dia mati tahun 680M, dia kena kutuk(walaupun dah mati) dalam satu persidangan. Siapa yang tolak ketuhanan nabi Isa akan dibuang daerah bahkan ada yang dibunuh, dan ini berlaku ketika majmak Qistintiniyyah ke-4 pada tahun 869M.

Kenapa saya yakin bahawa fakta ini betul, sebab saya merujuk kepada perbahasan yang dibuat oleh 'ulamak2 al-azhar tentang sejarah ajaran kristian. Dan saya sekali lagi tidak dapat nafikan betapa memang wujud fahaman monotheisme/unity yang bertentangan dengan kumpulan trinty.

Kenapa saya tidak ambil rujukan inggeris hatta dalam internet..? Sebab berasaskan pandangan kristian yang menuduh bahawa islam sengaja mencipta injil barnaba untuk "menyokong" kaeslian kisah dalam al-quran, dan mereka menuduh islamlah yg mereka-reka sejarah kononnya ada injil nama barnaba, walaupun jelas ahli sejarah kristian sendiri mengakui memang wujud injil barnaba.

Apa kaitannya? Kaitannya ialah, jika fakta sejarah Injil Barnaba yg banyak menyentuh tentang berita muhammad rasul akhir zaman dan ke-esaan allah tidak dihapuskan, pihak kristian cukup takut kalau ia menggoncang aqidah trinity kristian. Dan mereka palsukan sejarah. Bahkan banyak fakta sejarah mereka sendiri dipinda dan diubah agar "tidak ada bukti bahawa ada konsep monotheisa/unity dlm kristian, sebab itu sumber2 inggeris saya amat2 ragui.
Dalam sejarah kristian sebenarnya ada yg tidak menyebut tentang Persidangan2 dan Pope2 yg beraliran unity/monoteisme dan sejarah itu sedang dan telah dihapuskan. Malangnya ulamak2 dan pakar2 perbandingan uagama islam zaman dahulu mendapat fakta yang jelas menerusi penyelidikan mereka. Boleh rujuk dalam kitab milal wan nihak karangan sheikh syahrastani, halaman 178, bab (an-nasraniyyah) tentang injil barnaba dan sejarahnya serta wujudnya fahaman trinity boleh rujuk kitab nazhoroot fi injil barnaba al-mubasyiru bi nubuwwatin nabiyy muhammad s.a.w karangan sheikh muhammad ali qutub, cetakan maktabah al-Quran,Cairo.

TB boleh minta ustaz wanjie bacakan. Tapi apakah maknanya di situ unity kristian dikira aqidah yg betul atau tulin seperti yg didakwa oleh TB kepada saya? sudah tentu tidak..!! Sebab..kerana walaupun mereka berkata tuhan itu esa,tetapi dia menjadi bapa kepada nabi isa, sebab itu ada pope yg menyatakan bahawa allah itu qadim dan isa itu makhluk. Ini soal perbezaan tafsiran dan keyakinan kristian saja yang pastinya semua ajaran mereka sesat belaka.

Dan kita perlu berhati-hati kalau nak "kopi pes" sebab banyak sejarah kristian diubah mengikut selera mereka, sebab permusuhan antara fahaman kristian ini amat ketara sampai sekarang , tapi dia tak tunjuk la..tapi bukti ada, contohnya Irish Republikan Army (IRA) yang menuntut penyatuan ireland dari U.K., Kristian tak sebut langsung pasal isu mazhab Ortodox dan Katholic, yg diterangkan hanyalah menuntut penyatuan.

Bukti lain ialah pada zaman dulu, Belanda serang Portugis, pun sebab beza mazhab Proteston dengan Katholic. Tetapi ada pihak kristian berani sebut benda ni? Melainkan mereka2 yg belajar secara formal bidang maqarinah adyan dan falsafah, dia akan jumpa rujukan ini, itu sebab saya tak yakin dgn sumber inggeris itu sendiri. Kalau injil, kitab allah pun dia berani ubah..apatah lagi sejarah yg dia sendiri lalui..lagi la berani dia ubah!! Tak tau la pandangan Tulang Besi mcm mana ?

Setelah apa yg saya tulis tadi, maklumlah kita betapa memang wujud di kalangan paus/pope dan kaisar yang menganut fahaman unity dan ada yang menganut fahaman trinity. Sebab itulah bishop yg menolak kefahaman trinity akan dianiaya, tulisan dan kitab mereka dibuang, kene penjara, kena buang negeri, kena bunuh dan mcm2.

Perpustakaan dan bahan tulisan puak unity ini dibakar walaupun dalam bahasa aramiya, tak ubah mcm kristian Sepanyol bakar kitab2 arab masa islam berkuasa di Andalusia.

Dan untuk pengetahuan TB, dalam disiplin pengajian perbandingan agama khususnya dalam bab sejarah dan asas ajaran kristian, dia sebut satu2 sejarahnya dan hampir tidak mungkin ada di dunia luar. Sebab apa, sebab lepas majma' qistantiniyyahlah, berlakunya "penghapusan etnik" pengikut ajaran unity/monotheisme dan mereka ini antara pengikut setia St. Honorius, lepas mati saja Honorius, tu dia..semua kitab2 asli Septuaginta, Kitab ezar, Talmud dan apa-apa tulisan tentang monothesime/unity dibakar dan abunya dibuang ke laut.

Tetapi kenapa kristian tak cerita pasal benda ni.? Pasal kalau cerita, malu la dia nanti, terkantoi dengan sejarah dia sendiri, yang kita pulak dok syok copy-paste itu ini. Mujor jugaklah saya masih ada kitab masa mengaji di Insaniah dan al-Azhar dulu, nota pun ada, search internet, lain ceritanya, dalam fakta kajian lain pulak faktanya. Kena pikir jugak, apa ingat senang2 ke kristian nak ceritakan keburukan sejarah dia..???

Tetapi geng unity ni pun ganaz2 jugak, pasal masa Pope mereka berkuasa,, mereka pulak musnahkan semua kitab2 trinity dan halau golongan trinty dari gereja dan keluar negeri. Adakah kristian nak cerita benda2 ni???

Sebab itulah kitab2 yg tak selaras dgn ajaran mazhab mereka, mereka bakar dan hapuskan, cuma dengan taqdir Allah, ada satu kitab yang terselamat dari kejahatan trinity, iaitu Injil Barnaba.

Cerita sikit pasal Injil Barnaba ni, dia milik seorang pengikut nabi Isa a.s yang menothesme. Tulang Besi, anda kena tau bahawa bukan semua pengikut nabi isa a.s setia dengan ajaran dia, yang mengaku rasul lepas nabi isa pun ada, antaranya ialah St. Paul.

Mengenai Injil Barnaba ini, dlm tahun 383M, St. Damasus I yg jadi Pope tahun 366-384M simpan injil barnaba dlm personal librarynya. Dalam tahun 496M.., Glasian (gladian)Decree menjadikan evangelium Barnabe sebahagian buku-buku yang haram membacanya. Tetapi sebelum tu Pope Innovent dah haramkan barnaba pada tahun465M.

Manakala semua gereja-gereja barat mengharamkannya mula tahun 382 lagi. Dan fakta inilah yg dikatakan oleh pihak kristian seabagi "sejarah yg direka2 oleh orang islam semata2 untuk menyokong kisah dlm al-quran" sedangkan kristian sendiri cukup takut dengan isi kandungan injil barnaba tentang kerasulah nabi muammad s.a.w dan ke-esaan allah. inilah yg allah bongkarkan pembohongan diorang dalam surah as-saff ayat 6 (rujuk sendiri)jadi apa lagi hujah kita nak nafi tentang wujud nya monothesme dan trinisme dlm kristian?

Jangan ghairah search dlm internet kemudian terus kopi dan paste. Memang betul apa yg disampaikan oleh tulang besi, tapi malangnya tidak tepat, betul bagi pihak kristian tapi tidak tepat fakktanya dari pihak kita, inilah yg dikatakan kajian ilmiah. dan banyak fakta yg digelapkan leh kristian dan saya dapatnya dlm pengajian saya sahulu.

Rumusan
Untuk penutup bicara diskusi ini, saya menyebutkan lagi disini bahawa, apa yang saya tulis adalah cetusan hati dan pendirian peribadi saya yang terpulang kepada anda (TB) dan anda-anda semua menilainya. UMNO berdemo pon saya tak pecaya soal keikhlasan mereka berdemo konon menentang keputusan mahkamah, dalam masa yg sama menolak autority agama dalam dasar parti dan amalan pentadbiran negara.

Sebab bagi saya yang benar2 ikhlas mempertahankannya ialah mereka2 yang kenal allah dari segala kesempurnaan sifat2-Nya yang qadim lagi azali dan saya amat bersetuju dengan kenyataan rasmi PAS tentang isu kalimah allah ini tetapi mesti kita halusi kandungan nya dengan teliti dan faham dengan betul.

Saya amat yakin bahawa dengan segala apa yg saya tulis ini tidak satu pun yang bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh PAS, bahkan itulah sebaik kenyataan yang dikeluarkan dan kita semua harus faham dengan kefahaman yang jelas.

Kerana apa saya sanggup luang sedikit masa untuk diskusi ini, tidak lain saya tidak mahu melihat adik2 saya, sudara-mara saya, anak-anak saya dan masyarakat disekeliling saya menjadi mangsa kekeliruan terhadap "kegopohan" kita dalam menolak atau menyokong apa-apa isu.

Saya amat risau dan bimbang sebab ia isu akidah, rosak aqidah maka terputus hbungan kita dengan allah, bila putus hubungan dengan allah, seluruh amalan kita menjadi sia-sia. Dan sebab utama saya menulis dan mempertahankan hujah ini berdasarkan sedikit ilmu yg ada pada saya, tidak lain hanya untuk memastikan diri saya dan pembaca jauh dari perkara yang boleh membawa kufur kepada allah ta'ala, Amin !
* Sila baca komen Tulang Besi dan orang ramai pada ruangan komen artikel ini di blog Albanjari

Tajuk Asal: (5) Isu Nama Allah: Pendirian AB Albanjari libas hujah Tulang Besi

Saya amat bersetuju dengan kenyataan tuan dan saya jugak amat bersetuju juga dengan teguran tuan kepada saya bahawa; "Apa yang dijelaskan oleh al-Banjari itu bukan Kristian tetapi Nasrani.", mengikut dasar pemahaman tuan. Namun pada saya tetap berpendirian bahawa nasara/nasrani atau kristian tiada bezanya.

Kenapa saya menolak kalimah Allah digunakan oleh Kristian ? dan kenapa sebelum ini saya menulis bahawa memang wujud perbalahan soal ketuhanan unity, trinity dan lain..? Ia tidak lain hanya hendak menjawab soalan Tulang Besi bahawa memang wujud soal perbalahan sesama Kristian berkaitan soal tuhan dan nyata mereka semua tetap kafir.

Sekadar mengingatkan semula sejarah, bagaimana ajaran nabi Isa a.s menjadi rosak dan akhirnya mereka menyatakan nabi Isa itu tuhan dan nyata bercanggah dengan sifat Allah yang qadim lagi azali. Perlu dijelaskan disini bahawa perbalahan di kalangan paderi Kristian tentang soal unity, trinity, tuhan anak,bapa dan ruhul qudus adalah keputusan2 yang dicapai oleh mereka dalam sekian siri persidangan (majmak) yg mereka adakan.

Bermula dengan majmak niqqiyyah (ini dalam bahasa arab) atau Council of Nicaea dalam tahun 325M dan dipengaruhi oleh kerajaan Rom. Qastintiniy adalah salah se-orang yang antara mencetuskan isu banyak tuhan sebab pahaman dia yang paganisme. Undi majoriti sebenarnya memihak kepada mereka yg berpendapat bahawa nabi Isa bukan tuhan, tetapi Rom menggunakan kuasa kerajaan untuk hanya menerima undi minoriti bahawa nabi Isa atau Jesus itu sebagai tuhan. Belum wujud lagi trinity ketika ini.

Berikutan itu paderi2 yang kata nabi Isa bukan tuhan dihalau keluar dari gereja bahkan ada yang dibunuh dan dibuang negeri. Dan antara yg jadi mangsa jugak adalah paderi2 dari Iskandariyah walaupun yang mempeloporinya ialah St. Athansius yg berasal dari Iskandariah. Yang mengatakan nabi Isa bukan tuhan pulak adaah St. Arius, saya memperbetulkan kenyataan TB di sini, St. Arius juga berasal dari Iskandariah, Mesir, kira sekampung lah dengan St. Athanasius. Jelas disini bahawa kenapa wujud di Mesir ada yang paham atau apa saja (unity tak sama dgn makna tauhid ) sebab kedua2 pelopor adalah berasal dari Iskandriyah, TB kena baca sejarah ini, buleh rujuk dalam buku2 perbandingan agama, buku saya pula dalam bahasa arab, kot payah nak baca, tapi TB kata dia kerja kat Mesir dulu, lagipun katanya budak al-Azhar tak padai Arab..?? suka hati dialah !

Lepas tu berlaku pulak Majmak Suri ( Counsil of Sur) lebih kurang 9 tahun lepas Majmak Niqqiyyah. Ha..yang ini menolak keputusan Council of Nicaea, paderi dalam persidangan ini buat keputusan bahawa nabi Isa bukan tuhan, tapi kerajaan Rom tolak dan pertahankan nabi Isa adalah tuhan.

Lebih kurang 40 tahun lebih, selepas itu barulah ada Majmak al-Qistintiniyyah al-‘ula (1st. Council of Costantinapol) Dalam majmak ini baru mereka bincang pasal konsep tuhan trinity. Dalam persidangan inilah yg mereka isytiharkan kenyataan rasmi yang dipanggil Nicene Creed. Untuk pengetahuan TB, pernyatan Nicene Creed yang diterjemah dalam bahasa arab di panggil QANUN AL-IMAN AN-NIQAWIYA (betulkan kalau salah)

Lafaz dalam terjemahan arab seperti dalam kitab pengajian saya seperti ini;

Nu'minu bi ilahu wahid, Aab dhabithulkulliy, Khaliqussamaa’I wal ard,wa kullu ma yara yama la yara,

Wa Bi Rabbi wahid yasuu’u al-masih, ibnullah (anak tuhan/anak allah?) al-wahid,al-maulud minalab qobla kulladduhur, nurun minannur, ilahun haqqi min ilahi haq, mauludun ghairu makhluq,musawin lil’ab filjauhar alladzi bihi kana kulla syai/in, alladzi min ajlina nahnulbasyar wa min ajli kholasina nazala minassama’I w tajsudu birroohilqudus minal maryama al-ghazara’,
wa soora insaanan wa solban ‘anna ‘ala yadin bilathis al-al-binthiy, taallama wa maata wa dafana, wa qaama filyaum athalis hasibal kutub, wa so’ada ilasamaa’I, wahua jaalisun ‘an yaminil’ab wa saya’ti aidhan bimajdi ‘azhim liyainal ahya’ wal amwaati alladzi la fana’ limulkahu.

Wa (nukminu) brruhuilqudus ar-robbilmahya al-munbathiqu minal’ab,alladzi hua ma’a ‘ab walibnu yasjudu lahu wa yamjudu an-nathiq bil-anbiya’ warrusul, wabikanisati wahidah muqaddasah jaami’ah rusuliyyah wana’tarifu bima’judiyyah wahidah limaghfiratil khothoyaa wa
nantazhiru qiamatilamwaat wal hayaatilukhra, amin.
Jelas kat situ ada didalamnya yang guna kalimah Allah dan ada kalimah rabb dan kalimah ilah, so yg mana satu..? yang buat Nicene Creed ini geng-geng 3 dlm 1, dan penggunaannya tetap merujuk kepada tuhan bapa anak dan ruhhul qudus, sebab itulah saya menentang mereka gunakannya sebab selama2nya mereka akan nisbahkan tuhan kepada apa yg mereka imani.

Dan soal koptik di Mesir, ada yg menolak Nicene Creed ini, dan dalam pergaulan arab, memang kalimah allah biasa digunakan kerana faktor sejarah yang sama, di Malaysia macam mana pulak waqi’nya..? Itulah sebab dalam komen saya yang lepas2 hanya nak cerita wujudnya puak2 dalam kristian saja. Yang nyata semuanya kufur.

Di Mesir, islam dan kristian sentiasa berintraksi dalam banyak cara, dan kebanyakkannya adalah perbahasan soal allah, rakyat di Malaysia ni apakah tahap intelek aqidah mereka sampai boleh bahas ke tahap ini? Yang nyata ia boleh keruhkan lagi suasana dengan menimbukan kekliruan sebab pengajian aqidah/ilmu tauhid amat sikit dan pemahaman soal sifat2 allah jugak amat lemah! Itu sebab adalah lebih baik dihalang pengunnaan kalimah allah bagi selain islam di Malaysia?

Berhubung Nicene Creed ini jugak, untuk makuman TB, ia dikeluarkan di Kostantinapole bagi menyatakan pendirian tentang keputusan di Naqaea, dan bukan dibuat di Naqaea.

Dan dalam Persidangan Kostantinapol ke-4 ini juga, keputusan dibuat bahawa semua isu berkaitan Kristian(Nasrani dalam bahasa arab) mesti dirujuk kepada Gereja Besar Rom (Kanisah al-azhim ar-Rumawi) atau Church of Rome. Sebab itulah macam yang saya sebut sebelum ini, yg lepas-lepas (respon kepada tulang besi) bahawa bermula di sinilah jawatan POPE diadakan dan kuasa pope mengatasi gereja-gereja besar yang lainnya termasuklah di Mesir.

Maka dengan itu bermula disinilah berlaku perpecahan besar soal unity atau trinity. Trinty lebih kepada tuhan anak manakala unity lebih kepada tuhan bapa. Dan disinilah mulanya gereja timur dan barat. Timur kata - terpancar dari tuhan bapa yang mereka sebut Allah kat Mesir, Syria, Lubnan, Iraq dan yang sewaktu dengannya.

Yang kata terpancar dari tuhan anak dia tak sebut allah, dia sebut lain, sebab itu penterjemahan Injil pun beza, yg barat guna God, Lord, Jesus dll. Dalam bahasa hebre dia panggil elahom atau eli, sepertimana yang disebutkan oleh bahlontong@lutong dimana dalam mettews 47, “eli eli lima scabacthani”, dalam Injil bahasa arab dan buku pengajian saya (juga dalam bahasa arab) dia sebut “ ilahi lahi, lima taraktani” yang bermaksud “tuhanku tuhanku kenapa engkau tinggalkan aku” taraktani itu berasal dari perkataan taraka berbeza dgn bahasa Hebrew “scabact”, untuk pengetahuan bahlontong, walaupun bahasa arab dekat dengan ibrani (kerana berasal dari bahasa samiah atau sematik “sam merujuk kepada anak nabi nuh : sam bi nuh) tetapi dia berdiri dengan entity sendirinya, adapun yg mengatakan bahasa bahasa arab hasil dari percambahan bahasa Hebrew, itu adalah propaganda orientalis untuk menafikan mukjizat al-Quran kononnya Rasulullah bukan terima wahyu dari Allah, tapi cerita dongeng ahli kitab’ na’uzubillah !

Dan di dalam Inji bahasa arab pun ada kalimah guna allah ada yang ilah, ada yang guna rabb sebab dia ikut mazhab yang menentang keputusan Majmak Qistantiniyyah ke-4 itulah ! Itu sebab 100 tahun lepas Counsil of Costantinapole-4, ada pula yang kelima (Majmak Qistintiniyyah al-Khomisaho) yg menyatakan roh qudus terpancar dari tuhan anak bukan bapa.

Manakala pada tahun 1215M diadakan pula Counsil of Rome bahawa pope boleh ampunkan dosa dan boleh bagi kuasa itu pada sapa yg dikehendaki kemudian Council of Rome 1869, memutuskan di persidangan itu bahawa pope dianggap maksum.

*Berdasarkan fakta sejarah inilah saya secara peribadi TIDAK bersetuju kristian tak layak guna kalimah allah disebabkan konsep ketuhanan mereka yang nyata berasaskan nafsu saja. Sedangkan begitu punya panjangnya sejarah, mereka tetap mahu tentukan konsep ketuhanan, saya yakin sampai bila-bila pun itulah pendirian kristian, dan hati saya kuat menyatakan bahawa ada yg tak kena bila kristian mintak nak guna nama allah.
____
Pembetulan fakta : *"Berdasarkan fakta sejarah inilah saya secara peribadi tidak bersetuju bahawa kristian tak layak guna kalimah allah disebabkan konsep ketuhanan mereka yang nyata berasaskan nafsu saja"

yang betul ialah:"Berdasarkan fakta sejarah inilah saya secara peribadi bersetuju bahawa kristian tak layak gua kalimah allah disebabkan konsep ketuhanan mereka yang nyata berasaskan nafsu saja". Harap tulang besi baca pendirian saya ini.
* Sila baca hujah Tulang Besi dan orang ramai pada ruangan komen artikel ini di blog Albanjari

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH