Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Khamis, 14 Januari 2010

KELANTAN Tidak Larang Guna Kalimah ALLAH


SEBELUM:
Sebelum ini, Kerajaan Selangor berdasarkan titah Sultan Selangor telah melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam. Rujuk sini.


[SH] - Kerajaan Kelantan mengambil pendirian yang sama dengan Selangor dengan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam di negeri ini bagi mengelakkan timbulnya ketegangan di kalangan masyarakat di negeri ini.

Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, walau bagaimanapun Kerajaan Negeri tidak akan mengeluarkan arahan rasmi seperti yang dilaksanakan di Selangor memandangkan tidak ada lagi insiden yang memburukkan keadaan berlaku di negeri ini.

“Pada asasnya memang boleh guna. Tetapi oleh sebab ada mainan di belakang untuk menimbulkan dan menyekat perkara yang tidak betul ini maka usul fekah kita menyebut benda harus kalau bahaya boleh sekat, kalau benda harus ada manfaat wajib.

“Jadi untuk menyekat daripada timbul celaru ke atas orang berniat tidak baik menggunakan kalimah Allah ini maka kita boleh terima bahawa sekatan ini boleh dibuat. Tapi di Kelantan saya berharap tidak akan berlaku.

“Walaupun penggunaan kalimah Allah ini dibenarkan (Di luar negara), tetapi kita mengikut pengajian Usul Fiqh, iaitu berdasarkan keadaan yang sekarang ini menimbulkan kekeliruan, jadi kita tidak benarkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu semua pihak akur dengan penggunaan kalimah Allah hanya untuk agama Islam sahaja.

Titah itu dibuat ekoran kontroversi tercetus akibat penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah mingguan Herald-The Catholic Weekly sehingga berlaku insiden membakar gereja di Selangor dan ibu negara.

Beberapa hari lalu, sebilangan pemimpin Kristian sudah pun meluahkan permintaan agar Gereja Roman Katolik itu menggugurkan tuntutan berkenaan.

Nik Abdul Aziz berkata kekeliruan yang timbul berikutan penggunaan kalimah Allah kini adalah berpunca daripada masyarakat Melayu Islam sendiri yang telah lama membezakan agama dengan amalan harian kehidupan mereka, sedangkan kedua-dua aspek itu berkait rapat.

“Antara yang disebut oleh mereka yang tidak faham hakikat Islam secara langsung menjatuhkan Islam misalnya politik suku, agama suku, Islam pemecah belah masyarakat, undang-undang Islam hanya layak pada zaman unta (zaman dulu),” katanya.

Sehubungan itu, bagi menunjukkan keharmonian antara agama, kerajaan negeri akan mengadakan satu majlis makan tengah hari dengan ulama, paderi Kristian dan sami Buddha pada 28 Januari di Kota Darulnaim di sini.


TERKINI:
Kemas Kini 22/1:

* Kelantan Tidak Larang Penggunaan Kalimah Allah

[FMT] - Kerajaan Kelantan tiada halangan bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah ‘Allah’, baik dalam pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka.

Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, kerajaan negeri tidak bercadang mengikut jejak negeri-negeri lain melarang kalimah ‘Allah’ digunakan orang bukan Islam.

“Keputusan ini diambil memandangkan keadaan di negeri ini memperlihatkan keharmonian antara kaum yang terjalin erat,” katanya, dipetik dari keluaran terbaru, Harakah.

Nik Aziz berkata, “pada asasnya saya sudah jawab, memang boleh guna kalimah ‘Allah’. Bagaimanapun kerana ada mainan di belakang, jadi untuk menyekat perkara yang tidak betul maka menurut usul fiqh ia harus disekat.

“Benda harus kalau bahaya perlu disekat, tetapi kalau benda harus ada manfaat wajib dilakukan, macam air kalau minum air sejuk sebab baik maka wajib dilakukan. Tetapi kalau doktor kata minum air sejuk tak baik kepada kesihatan maka wajib kita minum air
panas,” terang beliau.

Baru-baru ini beberapa negeri melarang penggunaan kalimah Allah dan beberapa perkataan lain di kalangan orang bukan Islam.

Misalnya Selangor tidak membenarkan kalimah ‘Allah’ digunakan orang bukan Islam. Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, bagi mengelakkan niat tidak baik terhadap kalimah ‘Allah’ sekatan boleh dibuat...

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH