Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Khamis, 14 Januari 2010

Ah, malangnya!


Berita sebegini berkemungkinan besar tidak akan dibaca oleh Pak Mat atau Mak Joyah di kampung, Muthusamy atau Letchumi di estet, Ah Kau dan isterinya di pendalaman, serta masyarakat peribumi lain di seluruh tanah air. Berita sebegini juga akan dicampak ke tepi oleh segelintir anggota masyarakat di bandar-bandar yang begitu kemaruk dengan BN. Kata mereka berita ini hanya tanggapan, mungkin juga dikatakan sebagai fitnah, paling "mulia" pun berita ini diambil sebagai kesan jangka pendek kepada negara.

Itulah kesannya jika media yang dapat menyalurkan/menyebarkan maklumat sehingga menerobos jauh ke serata ceruk negara tidak memaparkan keadaan sebenar atau menyiarkan berita-berita "gelap" yang menyelubungi pemerintah di negara ini.

Itulah bertuahnya BN kerana media arus perdana di dalam genggamannya. Baik media cetak mahupun media elektronik. Biarlah seteruk mana berita yang dapat dibaca oleh generasi muda dan masyarakat celik IT (celik hati) di bandar-bandar, namum impak berita itu tidak sampai ke ceruk-ceruk kampung.

Kita (celik hati) di bandar duk risau tentang kegawatan yang diceritakan di bawah ini, orang di kampung duk memuji BN dengan program "Juara Rakyat"nya (banyak duit UMNO?). PM dan gerombolannya kini menjadi topik perbualan di warung-warung kopi di ceruk-ceruk kampung. Ada juga menjadikannya sebagai "ikon" yang berwajah rakyat. Ah, malangnya!

Lanjut seperti diberitakan di bawah ini:

[FMT] Kedudukan kewangan Malaysia begitu goyah dengan rizab negara merosot teruk akibat pengaliran keluar modal asing sepanjang 12 bulan lalu, menurut laporan terbaru sebuah kumpulan kewangan berpengaruh.

UBS Investment Research, yang merangkumi kumpulan perbankan antarabangsa berpengkalan di Switzerland menyenaraikan Malaysia sebagai negara paling teruk di Asia yang mengalami penurunan rizab antarabangsa.

Ahli politik tempatan khuatir, keadaan kewangan negara akan bertambah buruk dengan kehilangan lebih banyak pelaburan asing susulan serangan ke atas gereja dan sekolah mubaligh Kristian sejak minggu lalu.

Perbuatan khianat itu dicetuskan oleh petualang yang cuba menimbulkan provokasi berhubung penggunaan kalimah Allah oleh sebuah penerbitan Kristian.

UBS menganggap aliran kewangan kritikal yang dialami kerajaan Umno-Barisan Nasional “amat luar biasa” memandangkan Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa paling besar di Asia iaitu sebanyak 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau kira-kira RM120 bilion.

"Negara lain seperti China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Thailand mencatatkan peningkatan ketara dalam simpanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan lalu tetapi rezab Malaysia hampir pupus sama sekali," kata laporan itu.

Menurut UBS, pengaliran keluar modal secara besar-besaran sepanjang tahun lalu menjejaskan rizab antarabangsa Malaysia dengan amat teruk yang jatuh lebih daripada 25 peratus.

UBS berkata pengaliran keluar modal dari Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada KDNK atau RM355 bilion pada kiraan nilai semasa.

"Angka ini amat mengejutkan. Ia adalah lebih dari dua kali ganda pengaliran keluar modal yang dialami oleh Rusia dan jauh lebih besar berbanding dengan negara membangun yang lain.

Malah pengaliran keluar modal yang dialami oleh Malaysia pada 2009 merupakan fenomena yang jauh lebih besar dan dahsyat daripada pengalaman krisis ekonomi Asia 1997-1998," menurut laporan enam muka surat itu.

Laporan oleh UBS Asia Securities Limited selanjutnya berkata ekonomi negara Rusia, Ukraine dan negara-negara Teluk mengalami pengaliran keluar modal asing akibat krisis ekonomi dunia.

Namun ketika ekonomi negara-negara terbabit kembali pulih, Malaysia masih dicengkam pengaliran keluar modal asing, menurut UBS .

"Modal asing masih keluar dari Malaysia secara berterusan dalam jumlah yang besar walaupun kebanyakan ekonomi negara pasaran membangun menunjukkan tanda kemasukan semula pelaburan asing," menurut laporan itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed sebelum ini berkata Malaysia hanya mencatat pelaburan asing langsung sebanyak RM4.2 bilion sahaja bagi tempoh Januari-Mei 2009 berbanding RM46 bilion bagi 2008. - Dzulkarnain Taib

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH