Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 19 Oktober 2010

Apa Sudah Jadi dengan Jabatan Imigresen Malaysia? Dari Atas ke Bawah Terpalit Rasuah!


Akhbar melaporkan bahawa bekas Ketua Pengarah, Timbalan KP, termasuk pegawai-pegawai bawahan Jabatan Imigresen telah didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan berkaitan dengan rasuah. Bayangkan! Daripada bos hinggalah kepada kuli bawahan telah didakwa dan disabitkan dengan kesalahan rasuah.

Kita berasa hairan dan takut kerana jabatan penting seperti Imigresen terpalit dengan pelbagai macam kes rasuah. Lebih menakutkan apabila jabatan ini memainkan peranan penting dalam hal berkaitan dengan kemasukan warga asing ke negara ini.

Baru-baru ini, Berita Harian melaporkan bahawa  Jabatan Imigresen menukarkan 20 anggota dan pegawainya di Pelabuhan Klang ke beberapa cawangan negeri kerana disyaki terbabit dengan rasuah dan salah guna kuasa hingga boleh menggugat keselamatan negara. Pertukaran 20 kakitangan di Pelabuhan Klang yang membabitkan Pelabuhan Barat, Utara, dan Selatan, termasuk di Jeti Penumpang Pulau Ketam itu berkuat kuasa 27 September lalu

Pegawai-pegawai ini disyaki menerima rasuah, tetapi tindakan yang diambil sekadar menukarkan mereka ke cawangan lain. Siapa punya idea bangang ini? Jika inilah tindakan yang diambil, maka bermaharajalelalah rasuah dalam jabatan tersebut.

Sementara itu, laman portal KL Today yang mengulas laporan media perdana melaporkan bahawa tujuh pegawai Jabatan Imigresen dan dua rakyat asing telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam jenayah pemerdagangan manusia. Mengapa mereka ditahan di bawah ISA, walhal pengkhianat negara ini perlu didakwa di mahkamah awam agar semua yang terlibat dapat didakwa dan dihukum. 1Malaysia ingin tahu gerangan orang di balik agenda pengkhianatan ini!

Teka teki tentang sebab tindakan itu diambil telah mencetuskan tanda tanya dan mencetuskan  intepretasi bahawa tindakan tersebut hanyalah untuk melindungi jerung besar yang menjadi dalang dalam kes tersebut. Suara Keadilan memetik kata-kata pemimpin PKR yang menegaskan bahawa "Ini adalah masalah yang serius kerana itulah ia perlu siasatan terbuka dan pendakwaan di mahkamah. Tindakan meletakkan mereka di bawah ISA dilihat lebih kepada melindungi 'jerung besar' apabila pegawai biasa ditahan. Jika disiasat terbuka dan didakwa sudah pasti banyak lagi akan 'terlambak dan terdedah' di depan rakyat."

Semalam, media melaporkan bahawa bekas KP Imigeresen, Datuk Wahid Md Don dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas tuduhan rasuah. Wahid, 58, didakwa menerima suapan sebanyak RM60,000 pada tahun 2008 daripada ahli perniagaan, Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran meluluskan permohonan visa 4 337 pekerja Bangladesh.Wahid didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Jalan Duta, pada jam 10.15 malam 10 Julai 2008. Beliau dituduh mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.

Satu Malaysia terkejut apabila kes yang membabitkan bekas bos Jabatan Imigresen berakhir dengan keputusan tidak bersalah. Orang ramai menuding jari kepada pihak pendakwaan kerana gagal membuat pendakwaan  yang mantap dan persediaan yang teliti apabila mengendalikan kes ini. Hari ini Berita Harian melaporkan bahawa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) menyifatkan pembebasan bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don daripada pertuduhan rasuah, Jumaat lalu sebagai sesuatu yang boleh memalukan pejabat Peguam Negara sebagai pendakwa raya. Berikutan itu, ahli Exconya yang juga anggota Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan bagi mengenal pasti punca kekalahan banyak kes membabitkan rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah.

Menurut Phang, "Dalam kes berkenaan, Wahid dituduh menerima suapan sebanyak RM60,000 bagi mempercepatkan kelulusan visa kepada pekerja asing. Oleh itu, Peguam Negara perlu memberi penjelasan terhadap kegagalan pihaknya supaya rakyat tidak terkeliru dan kita juga berharap Peguam Negara memandang serius perkara ini. Rakyat hendak tahu sama ada Peguam Negara sudah melakukan siasatan menyeluruh dengan memastikan segala bukti lengkap dikumpul dan diletakkan di hadapan sebelum dibawa ke mahkamah. Saya harap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang dipertanggungjawabkan bagi tujuan itu mencari jalan penyelesaian segera bagi masalah ini.”

Sementara itu, pihak SPRM mengesahkan bahawa suruhanjaya itu akan memfailkan rayuan terhadap pembebasan Wahid. Ketua Pendakwa SPRM, Datuk Abdul Razak Musa ketika dihubungi BERNAMA, mengesahkan bahawa rayuan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi, pagi semalam.  Siapa Abdul Razak Musa? Bagi pembaca yang sudah lupa, anda boleh membaca tentangnya di sini.  Alahai!

Selain itu, Bernama melaporkan bahawa Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan bekas Timbalan Ketua Pengarah 1 Jabatan Imigresen Yusof Abu Bakar membela diri terhadap 14 tuduhan menerima rasuah bagi meluluskan lanjutan pas warganegara China. Hakim Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Yusof, 56.

Jadi salahkah jika orang ramai mempersoalkan intergriti, kredibiliti, akauntabiliti, dan segala macam istilah yang berkaitan terhadap jabatan kerajaan, pihak berkuasa, dan pihak pendakwaan jika kes seperti ini berleluasa dan gagal dibendung, manakala pesalah yang terlibat pula gagal dikenakan hukuman yang berat. Rakyat wajar berasa takut kerana bilangan warga asing kian bertambah dan masalah yang membabitkan  mereka kian meningkat. Tambahan pula banyak kes jenayah rompak, bunuh, rogol, samun, ragut, dan segala macam jenayah lain dikaitkan dengan pendatang asing sering dilaporkan oleh media sejak belakangan ini.

Semua itu berlaku, salah satunya berpunca daripada tindakan pegawai yang diamanahkan untuk memantau kemasukan warga asing ke negara ini mengkhianati amanah yang telah diberikan kepada mereka. Apabila ditangkap dan didakwa, pihak yang diberi tugas gagal pula menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya sehingga ada pengkhianat tersebut dibebaskan daripada tuduhan atau dikenakan hukuman yang ringan. Pengkhianat-pengkhianat ini bertuah kerana melakukan kesalahan di bumi Malaysia, nasib mereka mungkin berbeza jika melakukan kesalahan tersebut di China kerana salah satu hukuman bagi kesalahan rasuah di sana ialah Hukuman Mati.

Tidak percaya? Baca pautan ini. 







  1. Jangan dok salahkan penerima sahaja.klu xde yg memberi,xde la perilaku rasuah.cuba tgk sape yg menyogok?

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, April 12, 2012 7:27:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH