Tanda-tanda Awal Bil ASTRO Akan Naik!
Baru-baru ini saya ada tonjolkan fasal bajet "beri&ambil". Tatkala sesetengah rakyat seronok mendengar pengumuman Najib, mereka tidak menyedari bahawa ketika Najib mengumumkan untuk "memberi" itu dan ini, Najib juga "mengambil" dari sana dan sini.
Selain kenaikan cukai pendapatan, Najib juga mengumumkan fasal cukai perkhidmatan untuk TV berbayar. hari ini Rais yang tengah bertelagah dengan blogger elit UMCO menyatakan:
[Bernama] KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan membuat kajian terperinci terutamanya dari segi beban yang ditanggung oleh pemilik televisyen dan masyarakat sebelum melaksanakan cukai perkhidmatan terhadap stesen televisyen berbayar.
Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sebuah Jawatankuasa Penilai diwujudkan untuk menilai impak dan kesannya kepada ekonomi rumah tangga serta perkhidmatan yang diberikan oleh Astro dan beberapa stesen televisyen yang lain.
"Kami akan buat kerja rumah ini secepat mungkin supaya penjelasan yang tepat sama ada terbukti jadi atau pun tidak dapat diberikan," katanya selepas merasmikan Malam Inspitari 2010 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di sini Rabu.
Katanya, isu ini perlu juga dilihat dari sudut bebanan yang ditanggung oleh stesen "percuma untuk siarkan" dan pengeluar program dari segi bayaran langganan stesen televisyen berbayar serta tentang cara mengimbangi nisbah ini dengan kenaikan yang difikirkan oleh pihak berkuasa.
"Ia mudah disebut begitu sahaja tetapi barang sesuatu yang hendak kita laksanakan dalam bentuk pencukaian perlu dihalusi terlebih dahulu," kata beliau.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dalam pembentangan Bajet 2011, Jumaat lepas bahawa kerajaan mencadangkan supaya cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar....
Ayat mesra alam Rais di atas bukanlah azimat untuk menghalang kenaikan bil Astro (ada stesen TV berbayar yang lain?) pada tahun depan. Najib sudah umum fasal cukai ini, maka berkemungkinan besar cukai tersebut akan dilaksanakan pada tahun depan. Bersedialah untuk membayar lebih!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.