Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 26 Oktober 2010

[Kemas Kini] Tsunami Landa Indonesia


Saya petik:
[BH] JAKARTA: Gempa bumi kuat yang mengakibatkan tsunami di kawasan perkampungan pedalaman kepulauan barat Indonesia meragut 23 nyawa dan lebih 160 mangsa hilang.

Angka kematian susulan gempa bermagnitud 7.7 yang dikesan 20 kilometer di dasar laut, lewat semalam dijangka meningkat dalam tempoh beberapa hari serta kerosakan harta benda.

Ketua pusat krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Mujiharto, berkata ombak setinggi tiga meter memusnah ratusan rumah di Pagai dan Silabu, iaitu sebahagian daripada kawasan yang didiami pengududuk di rantaian kepulauan Mentawai. - AP 

Maklumat lanjut:
* 300 Warga Pulau Surat Aban Belum Diketahui Nasibnya
* Tsunami di Mentawai Setinggi 2 Meter
* Pusat Gempa Dekat Kawasan Berselancar 



Kemas Kini:

27 Oktober
113 Maut, 502 Hilang di Sumatera
[Kosmo] JAKARTA - Kira-kira 113 orang maut dan ratusan lagi termasuk sekumpulan peluncur ombak Australia hilang kelmarin setelah ombak besar tsunami yang dicetuskan satu gempa bumi kuat melanda Kepulauan Mentawai di perairan Sumatera dengan memusnahkan perkampungan dan rumah.

Ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Mujiarto berkata, menurut maklumat terkini seramai 113 ornag terbunuh.

Menurut Pertubuhan Palang Merah Indonesia, bilangan mereka yang masih hilang ialah 502 orang.
Agensi Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan, gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Mentawai, barat pulau Sumatera pada pukul 9.42 malam kelmarin waktu tempatan.

Gempa itu berpusat pada kedalaman 20.6 kilometer, 280 kilometer ke selatan bandar Padang.
Beberapa pegawai berkata, bencana itu mencetuskan tsunami setinggi tiga meter yang menghanyutkan 10 buah kampung.

Sekumpulan pelancong Australia melaporkan bahawa bot mereka yang dinaiki 15 orang musnah dipukul ombak yang kelihatan seperti tembok air menghempas sebuah teluk selepas gempa bumi bawah laut itu berlaku.

Sebahagian mereka terpaksa berpaut pada pokok-pokok untuk terus hidup.

Agensi Kaji Selidik Geologi AS menyatakan, gempa bumi itu berlaku pada pukul 9.42 malam (waktu tempatan) pada kedalaman 20.6 kilometer, dan berpusat 280 kilometer ke selatan bandar Padang.

Mudjiharto berkata, tsunami di Mentawai melanda sejauh 600 meter ke darat di Pulau Pagai Selatan, lokasi paling teruk terjejas.

Sementara itu, seorang warga Australia, Rick Hallet menyatakan, dia bersama 15 yang lain melihat seolah-olah satu tembok air bergerak ke arah botnya yang dinaiki mereka di sebuah teluk di kepulauan Mentawai.

"Kami mendengar bunyi ngauman yang amat kuat," kata Hallet yang menguruskan perniagaan sewa bot di Sumatera.

"Saya terus melihat ke laut dan kami melihat tembok air itu menuju ke arah kami. Tsunami itu melambungkan sebuah bot ke arah kami dan bot kami meletup akibat rempuhan," tambahnya.

Kumpulan itu termasuk sembilan warga Australia itu kemudian bertindak pantas dengan terjun ke dalam air ketika bot mereka meletup.

Beberapa orang daripada mereka dihanyutkan sejauh 200 meter ke darat.- Agensi

28 Oktober

Korban tsunami Sumatera 282 orang


[Kosmo] JAKARTA – Angka kematian akibat tsunami yang melanda Kepulauan Mentawai dekat Pulau Sumatera meningkat kepada 282 orang manakala 411 lagi masih hilang, kata pihak berkuasa semalam.

Tsunami itu berlaku akibat gempa bumi bawah laut yang kuat pada Isnin lalu di Kepulauan Mentawai dengan kekuatan 7.7 pada skala Richter.

Pihak berkuasa menyatakan beberapa bekalan seperti makanan, selimut dan khemah telah dihantar ke kawasan bencana.

Bagaimanapun, air minuman bersih masih sukar untuk diperoleh dan risiko untuk mendapat penyakit kian tinggi.

Beberapa buah helikopter yang menghantar bekalan kecemasan mendarat di Kepulauan Mentawai semalam.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono memendekkan lawatan ke Vietnam ekoran bencana tsunami dan Gunung Merapi di Pulau Jawa.

Tinjauan udara yang dibuat di Kepulauan Mentawai yang dilanda tsunami setinggi tiga meter menunjukkan beberapa kawasanditenggelami air.

Dalam tinjauan itu, sejumlah rumah musnah akibat ombak tsunami.

Sebuah rumah kelihatan senget selepas kejadian ombak tsunami itu berlaku.

Kepulauan Mentawai terletak berdekatan dengan pusat gempa bumi itu.

Menurut seorang pegawai bencana, Ade Edward, sebuah pesawat kargo pertama yang membawa 16 tan khemah, bekalan perubatan dan pakaian tiba pada tengah hari semalam.

Empat buah helikopter mendarat di Sikakap, sebuah bandar di Pulau Pagai Utara di Kepulauan Mentawai.
Ade berharap, operasi menyelamat dan mencari akan ditingkatkan.

“Kami mempunyai peluang kini untuk mencari mangsa yang hilang dengan menggunakan pesawat dan meninjau skala kemusnahan,” katanya.

Seorang mangsa yang terselamat, Borinte, 32, petani dari Kampung Detumonga di pantai Pagai Utara, berkata, dia terselamat selepas berpaut pada sebatang kayu.

Namun, isteri dan tiga anaknya meninggal dunia.

“Kira-kira 10 minit selepas gempa bumi itu, kami mendengar bunyi yang kuat, bunyi seperti guruh. Kami keluar dari rumah dan melihat ombak datang. Kami cuba berlari ke tempat lebih tinggi tetapi ombak itu lebih pantas daripada kami,” katanya.

Beberapa pelancong Australia turut terperangkap dalam bencana itu.

Sebuah bot pelancong dibadai dengan satu tembok air dan mangsa-mangsa yang menaikinya dibawa arus ke dalam hutan tetapi mereka selamat.

Satu lagi kumpulan sembilan peluncur ombak ditemui hidup selepas dilaporkan hilang.

Menurut beberapa pegawai, tsunami itu melanda sejauh 600 meter ke daratan di Pulau Pagai Selatan di Kepulauan Mentawai.

Di Pulau Pagai Utara, sebuah resort dan hampir 200 buah rumah musnah akibat tsunami. – Agensi

29 Oktober
* Korban jangkau 500

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH