Isteri Berang Kerat Kemaluan dan Anggota Badan Suaminya! Ngeri Beb!
Kreativiti chef. Berselerakah kita jika dihidangkan dengan masakan ini? |
Kalau setakat dibaling dengan periuk belanga atau dibaling dengan penyapu, kita boleh elak atau tepis dengan tangan. Namun, jika sampai tahap kemaluan dipotong, badan dikerat kepada 14 bahagian, dan kepala dihentak dengan tong gas, errr...ngeri bang!
Jadi kiriman ini wajar dijadikan iktibar. Perempuan yang sering dilabelkan lemah, kadang-kadang boleh bertindak di luar dugaan jika hatinya disakiti, dikhianati, dilukai. Kewarasan dan pertimbangan mereka hilang gara-gara cemburu dan sebagainya.
Suatu ingatan yang berguna kepada lelaki yang mahu beristeri lebih daripada satu. Awas!
Saya petik:
[BH] JAKARTA: Gara-gara mengesyaki suaminya ada hubungan sulit, seorang daripada empat isterinya bertindak nekad membunuhnya dan mengerat mayatnya kepada 14 bahagian, menurut laporan di sini semalam.
Menunjukkan dia benar-benar marah dengan suaminya, wanita itu turut membuang zakar mangsa ke dalam sungai. Polis masih mencari zakar lelaki itu.
“Kami masih mencari kemaluan mangsa selain bahagian lutut dan perut,” kata ketua detektif polis Jakarta Timur, Nicolas Lilipaly dipetik sebagai berkata.
“Suspek berkata dia membuangnya ke dalam sungai.”
Muryani, isteri kedua mangsa, didakwa kerana membunuh Karyadi, 53, pengawal keselamatan di pasar Kramat Jati, 12 Oktober lalu, mengerat tubuhnya dan membuang anggota badannya.
Muryani, ditahan malam Isnin lalu. Dia mengakui membunuh suaminya dengan menghentak kepala mangsa dengan tong gas seberat tiga kilogram ketika dia tidur.
Polis merampas tong gas yang dipenuhi darah, sebilah pisau dapur dan pakaian mangsa yang berdarah dari rumah Muryani.
Polis menuduh wanita itu membunuh suaminya kerana menipunya.
“Dia juga berkata berasa lega dapat melepaskan kemarahannya. Kami akan jalankan ujian psikologi ke atas suspek di Hospital Polis Nasional,” kata Nicholas. – Agensi
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.