Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Jumaat, 23 September 2011

[Video] Isu Hantu Bonceng: Anda Pilih Pandangan JAKIM atau Ustaz Azhar Idrus?



TM/DCM ada menonton filem kontroversi ini semasa menghadiri majlis rumah terbuka rakan baru-baru ini. Ceritanya biasa-biasa sahaja, walaupun khabarnya memungut hampir RM9 juta. Ringkasnya, tidak menarik pun. Cuma, tatkala orang kecoh fasal dialog pelakonnya yang dikatakan mencemuh dan menghina Nabi dan kalimah Syahadah, saya terlepas dengar dialog itu, walaupun ada menonton babak itu sambil berbual-bual dengan rakan-rakan.

Kita lupakan dahulu bab itu, kerana orang yang lebih arif layak mengulasnya. Saya cuma mahu membangkitkan beberapa perkara yang menimbulkan rasa kurang senang di hati. Pengarah filem ini mendakwa bahawa filem ini berisi pengajaran dan mesej yang baik untuk penonton. Namun, watak ADIK USTAZ yang siang SEKSI, ke surau TUTUP LITUP, dan kemudian SEKSI semula bukanlah gambaran yang baik. Bayangkan ustaz yang mendidik dan memberikan panduan kepada orang ramai GAGAL mendidik adik sendiri? Malah ada ditunjukkan pada babak-babak akhir lelaki melentokkan kepalanya pada badan si adik tatkala si ustaz sedang membantu watak yang dilakonkan oleh zizan yang kononnya terkena nasi kangkang. Selamba betul ustaz, melihat lelaki berbuat aksi begitu pada si adik?

Bukan setakat itu, biarpun di mulut para pelakon asyik dengan kalimah alhamdullilah, subhanallah, astaqfirullahalazim, namun perlakuan watak-watak tidak menggambarkan seseorang yang sering menuturkan kalimah-kalimah tersebut. Paling pelik, mereka TINGGAL SERUMAH dengan perempuan bukan muhrim. Walhal jika skrip menggambarkan watak tersebut mahu menolong gadis malang, ada cara lain yang boleh dilakukan, misalnya mereka mencari rumah sewa atau menumpangkan gadis itu di rumah kenalan wanita. Ada juga pengguna internet membangkitkan soal pemakaian baju yang ada tanda salib, mempermainkan azan, dan sebagainya.

Menyentuh soal dialog yang dikatakan menghina Nabi dan kalimah syahadah, JAKIM seperti yang dipetik oleh Bernama menyatakan bahawa dialog itu tidak mempersenda Nabi. 

Saya petik:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng tidak mempersendakan Nabi Muhammad.

Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.

Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.

"Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.

"Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga," katanya.
Saya tidak bersetuju dengan pandangan di atas, walaupun hujah itu boleh diterima. Kalau dilihat pada pengucapannya, dialog itu kelihatan menghina nabi dan Syahadah. Biarpun pelakonnya sudah menjelas bahawa dia tiada niat untuk menghina, namun dialog itu tetap mengelirukan. Mengapa perlu ada dialog begitu? Tidakkah penulis skrip sedar bahawa ayat itu boleh mengundang fitnah dan  menghina syahadah dan Nabi?

Daripada pendapat Jakim atau empat ulama misteri yang dikatakan oleh pengarah filem ini, saya setuju dengan pandangan Ustaz Azhar Idrus. Penjelasan dan huraiannya tentang isu ini, saya petik daripada Pulakdah!:
Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan  'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata  'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.


Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.
Video:



P/s: Semoga kita tidak tergolong dalam kelompok manusia yang menghina agama, nabi dan hukum hakam Allah! Kepada pihak yang terlibat, minta ampun daripada Allah dahulu, bukan dengan manusia!


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH