Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Khamis, 5 Julai 2012

Suri Rumah Dipenjara Kerana Bunuh Orang yang Cuba Merogolnya


S. Kalaichelvi diiringi polis selepas dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya

[HD] KUALA LUMPUR: Kisah seorang suri rumah, S. Kalaichelvi yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya mendapat perhatian banyak pihak.

Ramai yang bersimpati dengan nasib beliau itu dan tidak berpuas hati dengan hukuman yang terpaksa beliau hadapi kerana mempertahankan diri dari dirogol.

Namun ada juga yang berpendapat hukuman itu wajar kerana pembunuhan itu dianggap kejam berdasarkan kesan luka kepada kepala perogol itu.

Di Ipoh Isnin lepas,  seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang dikenalinya telah dihukum penjara kerana tindakannya menetak perogol dengan parang sehingga menyebabkan kematian.

Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.

Mengikut fakta kes, lelaki yang dikenalinya itu menceroboh rumahnya kira-kira jam 3 pagi dari pintu belakang ketika suami wanita itu tiada di rumah.

Lelaki itu cuba memperkosanya tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu.

Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki itu.

Apabila lelaki itu berjaya merampas batang besinya, wanita itu mencapai parang dan menetaknya beberapa kali sehingga mati.

Beliau dengan bantuan suaminya kemudian membungkus mayat lelaki itu dan membuangnya ke parit di tepi jalan menjelang pagi.

Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan 'pembunuhan kejam' terhadap perogol tersebut.

Seorang pengguna facebook telah memasukkan cerita ini dalam dinding facebook dan mendapat sambutan hangat para pengguna laman sosial itu.

Tidak sampai satu jam ia dimasukkan, 6,536 orang telah berkongsi cerita ini manakala 5,470 menyatakan 'like' kepada cerita ini.

Cerita ini juga menerima 4,341 komen dalam masa 40 minit.

Hampir semua komennya tidak berpuashati dan meminta kes ini dikaji balik untuk memberikan keadilan kepada wanita yang berani mempertahankan dirinya ini.

Appu Brothers menulis:

"Kes ini perlu dikemukan kepada Jabatan Peguam Negara serta human right's masalah ini perlu ditangani.

"Kita semua adalah manusia tak perlu fikir tentang agama, kasta atau taraf perkara ini perlu ditegas serta merta.

"Jom jom kita sebarkan masalah ini serta merta dan berjuang dapatkan keadilan."

Namun ada juga yang mempertahankan keputusan hakim ini kerana perogol itu telah ditetak dengan banyak kali berdasarkan kesan luka pada kepala lelaki itu.
 
 

  1. Satu hari nanti tuhan balas pada isteri atau anak hakim yang bodoh macam lembu itu....Tanya hakim itu....pistol yang dibenarkan dia bawa kesana-kemari tu untuk apa????Pertahankan diri kan....Jadi kalau dia tembak orang yang cuba membuat jenayah kepada dia.....adakah hakim itu pun patut dihukum.....Itu sebab patut ada juri dalam mahkamah...supaya hakim tidak" one man show"

    gravatar Comment by Tiang tegak @ Jumaat, Julai 06, 2012 7:03:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH