Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , , , ,

Isnin, 24 September 2012

Che Det Bangkitkan Isu Yahudi, Soros Takutkan Melayu, Tetapi...



[KD] KUALA LUMPUR 23 Sept: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menakutkan orang Melayu kononnya pembiaya asing mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sebaliknya katanya, rakyat tidak lupa bahawa Mahathir sendiri sanggup membayar AS$1.2 juta kepada pelobi zionis, Jack Abramoff bagi membantu beliau menemui bekas Presiden Amerika, George Bush sekitar tahun 1998.


“Malah Mahathir juga pernah memohon pinjaman USD404 juta daripada Bank Dunia semasa beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang diumum pada Julai 1998.

“Maka tindakan Mahathir mengait nama Anwar dengan soros hanya taktik terdesak beliau yang bimbang Orang Melayu terus bersama Pakatan Rakyat dan menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya kepada Suara Keadilan.

Menurut majalah Newsweek, wang yang dikutip Abramoff dalam aktiviti melobinya disalur kepada penduduk Yahudi bagi melawan kebangkitan rakyat Palestin serta mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain pada 2006.

Mengulas lanjut, Saifudin berkata, dakwaan Mahathir bahawa pembiaya asing bertujuan menjatuhkan beliau dan menaikan Anwar juga silap kerana Anwar sehingga kini bukan PM.

“Selepas berundur, Mahathir melantik Abdullah Ahmad Badawi dan turut berperanan menaikan Datuk Seri Najib Razak sebagai PM, maknanya apa yang dikata Mahathir itu menunjukan Abdullah dan Najib ialah boneka beliau,” katanya.

Selain Utusan malaysia, akhbar perdana termasuk Berita Harian dan New Straits Times sebelum ini mendakwa badan National Endowment for Democracy (NED) dan organisasi antarabangsa menyalurkan dana kepada NGO tempatan.

Laporan sama juga disiarkan di Buletin Utama TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk dari Open Society Foundation yang diasaskan George Soros, bertujuan menjatuhkan kerajaan.
George Soros sebelum ini digambarkan Mahathir sebagai penyangak mata wang yang menyebabkan krisis kewangan Asia pada 1997.

Bagaimanapun, Pada Disember 2006, Mahathir mengakui Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis tersebut dalam satu pertemuan dengan jutawan itu di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Saifuddin menyeru rakyat terutama orang Melayu mendapat maklumat dari sumber Pakatan Rakyat berhubung isu semasa yang tidak disiar media Umno BN.


P/s: Kata Che Det kepada Soros:

 Kredit; Tulang Besi

Apa agenda "mereka" menyiasat SUARAM? Kerana dana asing atau kes Scorpene yang rancak disiasat di Perancis?

Berita Berkaitan:

SUARAM Terbuka Untuk Disiasat Tetapi Minta Siasat Juga Scorpene

[Selangorku] SHAH ALAM, 18 SEPT : Di sebalik kesediaan untuk disiasat, Suara Rakyat Malaysia(Suaram) juga mengesa Kerajaan Umno-BN menyiasat juga pendedahan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Suara Anak Malaysia (Suaram) K Arumugam berkata pihak Suaram terbuka untuk membantu siasatan terutamanya dalam kes berkaitan pendedahan Scorpene dan meminta hasil siasatan berkenaan didedahkan kepada umum.

Soalnya, mengapa pihak berkuasa tidak mahu siasat kes Scorpene tetapi ingin mencari salah Suaram bagi mengalihkan isu ini daripada pengetahuan rakyat.

Arumugam yang dihubungi Tv Selangor turut memaklumkan, beliau akan memberikan keterengan esok di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membantu siasatan berhubung status NGO berkenaan yang sebelum ini mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya masih belum menerima surat daripada Jabatan Peguam Negara berhubung apa-apa dakwaan yang melibatkan Suaram.

Hari ini menyaksikan empat individu tertinggi Suaram, Dr Kua Kia Soong, Dr Yeoh Seng Guan, Nalini dan Diane dipanggil oleh SSM untuk memberikan keterangan.

“Setakat ini hanya menteri yang mengatakan tuduhan terhadap Suaram. Kami belum menerima apa-apa surat atau tuduhan.

“Jadi kita sedang menunggu dibawah seksyen berapa dan apakah bentuk kesalahan yang dilakukan Suaram. Kemudian kita akan keluarkan satu kenyataan media,” katanya.

Suaram sebelum ini mendedahkan pembelian Scorpene melibatkan Syarikat Perimekar Sdn Bhd, milik Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib yang terlibat dalam pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharibuu, menerima komisen RM570 juta daripada kerajaan Malaysia untuk urusniaga itu.

Susulan itu, Suaram melantik peguam Joseph Breham pada tahun 2009 untuk memfailkan kes terhadap firma pembuat kapal selam Perancis, DCN, yang terlibat dalam urusniaga itu.

Suaram ditohmah sebagai pengkhianat kerana mendapat bantuan dana asing sebanyak RM570,000 sejak 2007 dari Yayasan Open Society Institute kepunyaan George Soros yang dilabel sebagai penyangak matawang oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1997.

Dana yang diperoleh ditegaskan oleh Pengarah Suaram, Kua Kia Soong sebelum ini tidak ada kena mengena dengan operasi perniagaan spekulasi mata wang Soros, sebaliknya diguna untuk pencerahan hak asasi manusia di negara ini.

Penerimaan bantuan asing bukan perkara baru bagi NGO Malaysia. Bantuan dari negara Arab dan Eropah tidak dipersoalkan. Hanya Suaram yang menjadi mangsa kerana berani mendedahkan skandal kapal selam Scorpene yang melibatkan Najib.




Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH