Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Sabtu, 8 September 2012

Twitter Tidak Iktiraf 3.6 Juta Tweet #Merdeka 55, Guna "Bot"?



[TMI] KUALA LUMPUR, 8 Sept — Malaysia mungkin sudah mencipta rekod dalam laman sosial Twitter minggu lalu jika ‘klon’ tidak digunakan untuk menutup angka sebenar tweet yang dihantar, kata firma penyelidikan sosial media bebas.

Politweet.org menegaskan dalam laporannya semalam, merujuk hashtag #Merdeka55 - walaupun Putrajaya mendakwa rakyat Malaysia telah melepasi paras 3.6 juta tweet hanya dalam satu jam pada 31 Ogos, tidak ada pihak ketiga lain mengesahkan pengisytiharan ini sebagai benar.

“Dengan andaian angka tersebut benar, tidak mustahil angka 3.6 juta tweet adalah rekod dunia,” kata firma tersebut dalam laporan mereka.

“Akan tetapi, Twitter tidak membuat apa-apa pengumuman di laman blog mereka tentang #Merdeka 55.

“Tidak ada juga mana-mana laman web pengesanan yang menyebut tentang rekod #Merdeka55,” tambah mereka lagi.

“Tanpa pengesahan daripada pihak ketiga, angka 3.6 juta tweet meragukan,” kata Politweet.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim telah mengisytiharkan pada 31 Ogos, sambutan ulangtahun Merdeka Malaysia yang ke 55 minggu lepas, 3,611,323 juta tweet dicatatkan pada 8.15 hingga 9.15 malam seluruh negara untuk akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, @NajibRazak, mengandungi pelbagai mesej yang bertemakan kemerdekaan, semasa perhimpunan "Janji Ditepati" di Stadium Bukit Jalil.

Namun, dakwaan Rais tentang pemecahan rekod segera bertemu dicerca oleh pengguna Twitter Malaysia, ramai daripada mereka menuduh penganjur menipu dengan menggunakan "bot" untuk menjana publisiti palsu.





"Bot melakukan tweet ulang 4 ribu kali, maka u bangga hvg mil daripada tweet?" pengguna Twitter @ Amir_Shari menulis awal minggu ini, merujuk kepada program komputer yang direka untuk menghantar jawapan automatik kepada perkhidmatan.

Seorang lagi pengguna, Cyril Dason, menulis tweet pada akaunnya @cyrildason bahawa "statistik #merdeka55: 1500 tweet menjana 493,610 jejak, mencapai 185,482 pengikut dalam tempoh 24 jam lalu", dalam bantahanan jelas dakwaan kerajaan persekutuan tentang penetapan rekod.

Untuk mengesahkan dakwaan pengguna dalam laporan hari ini, Politweet berkata ia mula mengesan #Merdeka55 di Twitter bermula 28 Ogos sewaktu Rais mengumumkan sasaran Putrajaya untuk mencapai satu juta tweet bagi tweet yang dihantar dalam masa sejam dari 8.15 – 9.15 malam pada 31 Ogos.Akan tetapi pada waktu yang disasarkan, Politweet berkata ia telah memerhatikan "corak ganjil" semasa siaran langsung - "jumlah besar tweet sama dihantar pada masa yang sama"."Siasatan lanjut mendapati terdapat satu kumpulan kecil pengguna bertanggungjawab bagi jumlah besar tweet tersebut.

"Pengguna ini mempunyai ciri-ciri yang serupa, tarikh memulakan akaun contohnya, gambar profil, lokasi dan pengikut / hubungan pengikut. Semua tweet ulang mereka telah dihantar menggunakan Tweetdeck," tulis Politweet, dengan menggelar tweet pendua sebagai "klon".Rumah penyelidikan media sosial itu menambah bahawa tweet menggunakan hashtag #Merdeka55 adalah "hampir keseluruhannya" terhad kepada Malaysia, dengan hanya lima tweet dari luar negara - Myanmar, Switzerland, London, Indonesia dan Singapura.

"Kehadiran klon juga mengurangkan kualiti rekod. Jika orang atau organisasi yang menjaga klon ini tidak mencemarkan data, apa jua rekod yang telah dicapai akan mempunyai lebih nilai sejarah," kata firma penyelidikan tersebut.Menambah kepada ini, Politweet juga mempersoalkan tindakan senyap Twitter atas dakwaan Malaysia bahawa tweet global telah dipecahkan dengan mesej Merdeka - laman Twitter telah menyebut rekod terbesar di laman tersebut apabila pelari pecut Usain Bold memenangi-pingat emas dalam acara pecut 200m semasa Sukan Olimpik (80,000 tweet dalam satu minit)."Ini meletakkan #Merdeka55 sebagai di bawah Usain Bolt. Adalah mengejutkan bahawa rekod dicipta tanpa disedari oleh Twitter," kata Politweet.


P/s: KANTOI???


Respons pihak Najib:

D'Cruz: Kami tak guna 'bot' manipulasi Tweet Merdeka

9 September 2012
Maglin Dennis D'Cruz 
Maglin Dennis D'Cruz

[Bernama] KUALA LUMPUR - Jumlah 3,611,323 tweet patriotik yang dicatatkan dalam masa sejam pada malam Perhimpunan Janji Ditepati pada 31 Ogos lepas tidak mustahil untuk dicapai kerana ia dihantar oleh pengguna laman sosial twitter dari seluruh negara.

Menafikan kerajaan menggunakan 'twitter bot' untuk memanipulasi jumlah tweet yang direkodkan, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata hadirin di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam itu sahaja sudah mencecah 100,000 manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai beratus ribu pengikut twitter, yang kini melebihi 870,000.

"Sekiranya mereka tweet berulang kali ditambah dengan tweet daripada pengguna seluruh negara, maka jumlah tersebut tidak meragukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Buku Kembara Merdeka Minnalfm 2012 di sini, hari ini.

Mengulas laporan sebuah portal yang menyiarkan kenyataan sebuah agensi penyelidik media bebas, PoliTweet.org kononnya terdapat penggunaan 'bot' di laman “Tweet #Merdeka55”, D'Cruz berkata pihak kementerian melakukan perancangan terperinci bagi memastikan kejayaan rekod tersebut.

"Orang hanya boleh bercakap tetapi kami (kementerian) merancang dengan rapi, malah kami mengadakan perjumpaan selama sebulan untuk acara ini," katanya.

"Semua petugas kementerian juga memberi kerjasama dengan mengajak pengikut dan rakan melalui akaun twitter masing-masing untuk sama-sama menjayakan tweet ini sehingga kita berjaya melepasi sasaran satu juta yang ditetapkan sebelumnya," katanya.

D'Cruz berkata dakwaan tersebut sengaja dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan iri hati dengan sokongan padu yang ditunjukkan rakyat kepada Perdana Menteri.


P/s: Respons yang langsung tidak meyakinkan orang ramai dan gagal menjawab dakwaan Politweet.org tentang jumlah sebenar Tweet Merdeka 55. Penafian mulut seperti yang kerap dilakukan oleh kerajaan apabila berhadapan dengan sesuatu isu. Jika benar jumlah tweet itu lebih daripada 3 juta, mengapa jumlah itu tidak disokong oleh Twitter atau penganalisis internet yang lain?




Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH