Sah Berlaku Kejadian Tembak-menembak di Kampung Simunul, Semporna, Sabah

Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib berkata, satu pasukan anggota polis telah dihantar ke pulau itu ekoran maklumat bahawa beberapa individu berada di kawasan itu dengan memiliki bekalan senjata.
"Buat masa ini kami percaya kejadian ini tiada kaitan dengan situasi di Lahad Datu (yang berlarutan)," kata beliau dipetik Star Online.
Hamzah menafikan sebuah balai polis turut diserang.
Jarak antara Lahad Datu dan Kg Simunul adalah kira-kira 167km.
Kejadian ini berlaku sehari selepas insiden menembak mengorbankan dua anggota komando polis manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari selatan Filipina maut.







hoi! dah tau belum disahkan, sebar buat ape?
Jaga bahasa... Jangan kurang ajar..
Diorg tu tngh men mercun lh bkn tmbk nmbk,mklum lh msi thn bru cina kn gtu..