Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Ahad, 3 Mac 2013

[Video Wajib Tonton] Penjelasan Anwar Ibrahim tentang Usaha Kerajaan, Media, dan Blog UMNO Kaitkannya dengan Pencerobohan Lanun Sulu







Anwar jelas menyatakan bahawa beliau menunggu tuduhan yang nyata dan beliau dan barisan peguam akan mengambil tindakan saman terhadap pihak yang memfitnahnya.

Media dan blogger UMNO, bersiap siagalah!

Kenyataan terbaru Anwar dan Wan Azizzah di sini.


P/s: Sebarkan, kongsikan kiriman ini di laman sosial!

Kemas Kini:

Laporan semula SH berkaitan dengan video di atas.

[SH] SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya tuduhan beberapa pihak termasuk pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mengaitkan beliau dengan insiden pencerobohan sekumpulan rakyat Filipina ke atas Lahad Datu, Sabah sejak awal bulan lalu.

Katanya, meskipun beliau mengenali beberapa pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), ia tidak bermaksud bersengkongkol menimbulkan huru-hara dalam negara, jauh sekali untuk menjemput mereka membuat onak dan menceroboh kawasan perairan negara untuk menuntut kembali Sabah.

“Kalau tanya saya apakah kenal dengan tokoh-tokoh, pemimpin-pemimpin pejuang Islam atau militan Islam di Filipina? Saya kenal, DS Najib menemui mereka, dalam pemerintahan dulu kita menemui untuk membuat rundingan.

“...Nur Misuari yang sekarang ketua MILF itu pernah menjadi gabenor Mindanau, dan saya diminta membuat lawatan, jadi saya menemui beliau, kenal beliau tidak timbul.

“...sama juga Jeneral Murad, sekarang mengetuai kumpulan MILF yang berunding dengan pemerintah Filipina, Datuk Seri Najib sendiri dan Kerajaan Malaysia untuk melakukan rundingan dan pendamaian di Selatan Filipina,” katanya dalam satu rakaman temu bual bersama Tv Selangor, hari ini.

Anwar juga menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah jahat yang mahu mengalih pandangan rakyat daripada kelemahan dan kezaliman kerajaan kerana gagal mengatasi isu keselamatan terbabit.

“Saya dikaitkan dengan perkembangan terbaru ini (pencerobohan Lahad Datu), ia hanya suatu cara pimpinan Umno berdalih mengelak daripada dipersoalkan oleh rakyat mengapa mereka gagal,” tegasnya.

“... ia menunjukkan kelemahan kita, blog Umno mengatakan, ini satu lagi kerja Anwar, dengan kelompok ekstremis Islam pun Anwar, dengan Israel pun Anwar, dengan Amerika pun Anwar dengan India Hindu pun Anwar, dengan Cina pun Anwar,” tegasnya.

Susulan tuduhan tidak berasas itu, Anwar tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya pimpinan Umon dan BN masih berdegil dan terus mengaitkan beliau dengan pencerobohan itu yang telah meragut tujuh nyawa anggota polis tempatan sehingga hari ini.

“Saya hanya menunggu tuduhan yang nyata dan saya akan ambil tindakan setelah berbicara dengan barisan peguam insya-ALLAH,” tegasnya.

Dalam pada itu, Anwar turut mempersoalkan sikap kerajaan yang lambat mengambil tindakan terhadap sekumpulan penceroboh asing yang telah menawan sebahagian wilayah Lahad Datu dan kini merebak ke bahagian Semporna.

Malah beliau menegaskan isu terbabit tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia melibatkan keselamatan negara yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan bagi mengelakkan ia berulang lagi pada masa depan.

“Agak aneh apabila Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan begitu lambat sekali memberikan reaksi seolah-olah wilayah Lahad Datu, Sabah itu boleh dikepong oleh tentera asing atau kelompok asing dan kita tak berupaya berbuat apa-apa.

“...kita tidak boleh tolak ansur dengan mainan politik licik yang dimainkan oleh pimpinan Umno dalam hal ini, mereka gagal mengawal keamanan, mereka gagal menyelesaikan isu ini dengan baik dan hanya mampu menyindir,” katanya.



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH