[Edisi Terima Kasih Pengundi BN] Hadiah Pertama BN kepada Rakyat, Kenaikan Tarif Elektrik
[KD] KUALA LUMPUR 8 MEI: Kenaikan tarif elektrik merupakan hadiah terbesar BN kepada rakyat setelah memenangi pilihan raya umum (PRU) lalu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Azan Ismail.
Beliau mengulas kenaikan caj tambahan sebanyak satu peratus pada bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada pengguna dengan jumlah bil RM77 ke atas atau penggunaan lebih 300kWh sebulan.
Pengumuman kenaikan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda), Badriyah Abdul Malek, sehari sebelum PRU berlangsung Ahad lalu.
“Ini hadiah pertama BN kepada rakyat setelah menang pilihan raya. Selepas ini akan ada banyak lagi hadiah besar,” kata Azan ketika dihubungi.
Menurutnya, pelbagai lagi kenaikan harga barang dan perkhidmatan akan berlaku selepas ini kerana BN mahu mengutip semula wang yang telah dilaburkan kepada rakyat sebelum pilihan raya lalu.
“Sebelum pilihan raya, pelbagai gula-gula termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia diberi. Sekarang masa untuk balas dendam dan mereka tak sabar-sabar nak kutip semula wang tersebut daripada rakyat,” kata Azan.
Pengerusi KEADILAN Terengganu itu juga tidak menolak kemungkinan tarif elektrik terpaksa dinaikkan kerana syarikat-syarikat kroni sudah melabur sebelum pilihan raya.
“Saya dapat banyak maklumat bahawa BN dapat pelaburan dari banyak syarikat sebelum pilihan raya. Setelah menang, syarikat terlibat tekan BN untuk mendapatkan pulangan,” jelas Azan.
Tambahnya, dalam tahun ini juga, beban rakyat akan bertambah kerana cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan turut dilaksanakan.
“Saya menjangkakan GST akan dikuatkuasakan tahun ini juga, selepas sidang Parlimen. Begitu juga harga barang, minyak dan tambang pengangkutan,” katanya.
“Ini adalah bukti semua pemberian BN sebelum pilihan raya hanya gula-gula, dan saya simpati kepada rakyat yang percaya janji-janji BN,” kata Azan lagi.
Laporan Sinar harian di sini.
P/s: Caj tambahan satu peratus dikenakan kepada pengguna dengan jumlah bil elektrik RM77 ke atas atau penggunaan lebih 300kWh sebulan. Kononnya, caj ini merupakan sumbangan kepada Tabung Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) untuk melaksanakan Tarif Galakan (FiT) yang berkuat kuasa sejak 1 Disember 2011. Kalau kita dikejutkan dengan magik PRU13, kali ini kita dikejutkan pula dengan magik sumbangan. Sumbangan dibuat tanpa kerelaan rakyat!
Bagi pengundi BN, anda semua boleh mendaftarkan nama untuk pengecualian daripada kenaikan tarif elektrik ini. Daftar nama pada siapa? Cuba tanya PM Najib Razak!
Bagi pengundi PR, takziah kerana terpaksa membayar kenaikan tarif elektrik ini dan dalam masa yang sama pengusaha IPP meraih subsidi berbilion ringgit. Bagi rakyat marhaen, kenaikan ini sudah tentu membebankan dan meningkatkan kos sara hidup setiap bulan.
Hujah pengundi BN, bukan semua rumah yang dikenakan caj tersebut. TM ingin bertanya, rumah siapa terutama di kawasan bandar bil elektriknya di bawah RM77? Rumah TM, walaupun tiada pendingin hawa, bil elektriknya melebihi RM80 sebulan. Bayangkan rumah yang memiliki satu atau lebih unit pendingin hawa!
Tahniah dan takziah!





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.