[Video] Azmin NAFI Keluar PKR, Tetapi...
...isunya tetap fasal MB Selangor.
Jadi, perkara yang sedang berlegar-legar sebelum ini dan ketika ini ada kebenarannya.
Kalau Tan Sri Khalid bagi Azmin tidak layak menerajui Selangor, siapa ADUN PKR di Selangor yang layak, mempunyai pengalaman, rekod kerja, kemampuan, ketokohan sehebat atau lebih hebat daripada Tan Sri Khalid?
Realitinya, ADUN PKR bukan lagi dominan dalam DUN Selangor. Oleh itu, terimalah kehendak majoriti yang mahu Tan Sri Khalid memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun lagi. Presiden PAS pun sudah menghantar surat sokongan, malah pemimpin PAS dan DAP pun secara terbuka memberikan sokongan lisan terhadap pelantikan semula Tan Sri Khalid. Oleh itu, tidak timbul isu tidak telus, nepostisme atau kronisme dalam pelantikan semula Tan Sri Khalid Ibrahim. Perbaikilah kelemahannya jika ada, bukannya melondehkan kelemahannya di media tanpa kehadirannya untuk membela diri.
Seperkara lagi, kalau betul mahu menegur parti atau pemimpin, salurannya bukan di Twitter ataupun sidang media. Orang yang tidak cerdik politik pun tahu implikasinya jika ahli politik menggunakan media untuk menegur parti atau pemimpin, merajuk, dan seumpamanya.
Walau apa-apapun, TM rasa ada baiknya untuk berkongsi kata-kata Tan Sri Khalid yang berucap dalam Majlis Kesyukuran PR di Dataran Shah Alam, 9 Mei lalu.
"Ada orang kata saya kedekut, yaa!!..memang saya kedekut,sebab itu bukan duit saya,itu duit dan hak rakyat, berdosa besar jika saya salah guna duit rakyat, saya tak boleh beli syurga dengan duit..Saya akui tak berapa pandai berpolitik,tetapi saya pandai berniaga dan cari duit untuk kerajaan negeri Selangor.."
- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
(Majlis Kesyukuran PR di Dataran Shah Alam,9 Mei 2013)
- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
(Majlis Kesyukuran PR di Dataran Shah Alam,9 Mei 2013)
P/s: Alahai pemimpin PKR, jangan sampai rakyat menyampah dengan anda semua!
Tamatkanlah isu ini daripada terus menjadi polemik yang memalukan PR tidak ubah seperti yang berlaku di Terengganu suatu ketika dahulu.
Tamatkanlah isu ini daripada terus menjadi polemik yang memalukan PR tidak ubah seperti yang berlaku di Terengganu suatu ketika dahulu.





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.