Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Sabtu, 11 Mei 2013

[Koleksi Gambar] Lebih125 Ribu Rakyat Malaysia di Perhimpunan BLACK505 di Batu Kawan, Pulau Pinang




Photo: Stadium Batu Kawan P. Pinang.
Photo: 8 15pm at Batu Kawan
Photo: 8:45pm Batu Kawan

Photo: Batu Kawan P.Pinang..8.00pm

Photo




Gambar diperoleh daripada FB. Kredit kepada empunya gambar.


Berita Berkaitan:

125,000 Banjiri Perhimpunan Black505 di Pulau Pinang

[MK] Pekan Batu Kawan, yang terletak di koridor selatan Pulau Pinang, dibanjiri lautan manusia yang menghadiri perhimpunan Black 505 Pakatan Rakyat di stadium di situ malam tadi.

Diadakan tiga hari selepas 120,000 orang membanjiri perhimpunan yang sama di Kuala Lumpur, perhimpunan di Pulau Pinang malam tadi turut disertai mereka dari negeri jiran - Kedah dan Perak.

Terdapat juga peserta dari Selangor dan Negeri Sembilan yang mengibarkan bendera negeri masing-masing tanpa henti di tengah-tengah simbol roket (DAP), bulan (PAS) dan mata (PKR).


Lapan puluh lima peratus hadirin yang berbilang kaum itu adalah orang muda lelaki dan wanita, yang datang seawal jam 6 petang dengan menaiki kereta dan motosikal, membawa bendera parti dan kain rentang, serta meniup vuvuzelas di dalam stadium yang penuh sesak.

Sejak pukul 4 petang, Lebuhraya Utara-Selatan telah sesak dengan kereta yang merangkak melalui laluan keluar Bukit Tambun ke Batu Kawan - yang merupakan tempat makanan laut yang terkenal.

Pemimpin Pakatan seperti Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ADUN Seberang Jaya ADUN Dr Afif Bahardin, meninggalkan mereka sekurang-kurangnya lima kilometer jauhnya untuk sampai ke stadium, yang bergemerlapan dengan gerai-gerai yang dihiasi lampu berwarna-warni.


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba pada kira-kira jam 9 pagi disambutkan dengan tepukan ketika melangkah masuk ke dalam stadium - yang berkapisiti memuatkan 80,000 orang. 

Sepanjang perhimpunan selama empat jam itu, hadirin membawa kain rentang dan sepanduk yang mengecam sikap perkauman, dengan mesej seperti "Kita semua rakyat Malaysia" dan "Tsunami Rakyat".

Ini adalah reaksi balas terhadap tuduhan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 'tsunami Cina' mengakibatkan parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN kalah teruk, apabila mereka mengundi Pakatan, sekaligus memberinya 51.4 peratus undi popular berbanding dengan BN 48.6 peratus. 

Apa lagi yang rakyat Malaysia mahu?

Anwar dalam ucapannya menyentuh tentang kekecewaan rakyat terhadap komen Najib itu serta kontroversi laporan muka depan Utusan Malaysia yang bertajuk 'Apa lagi Cina mahu'.


"Biarlah 'Brother' Anwar jawab soalan-soalan itu," katanya sambil menegaskan bahawa orang Cina, Melayu, India, Dayak dan Kadazan mahukan pilihanraya yang bersih dan adil dan mereka mahu kekayaan rakyat dikembalikan dan tidak dirompak oleh BN atau Umno.

"Pilihan raya ini sebagaimana yang dikatakan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said adalah ibu segala penipuan," kata Anwar sambil berkata pihaknya mempunyai bukti dan mahu Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskannya kerana "mereka tidak boleh menipu rakyat Malaysia". 

"Mereka telah menipu sebelum ini dan kita memaafkan mereka. Dalam PRU13 ini, kami menuntut jawapannya sekarang!" katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.


Sementara itu, dalam ucapannya, Lim yang sangat gembira dengan jumlah kehadiran malam tadi, berkata Pakatan memecahkan rekod sekali lagi dengan menarik kehadiran 125,000 walaupun tempat perhimpunan itu ditukar dalam masa yang singkat dari Stadium MPSP di Bukit Mertajam ke Batu Kawan dalam masa sehari.

Katanya, terdapat ribuan lagi di luar stadium yang tidak dapat masuk kerana bahagian dalamnya sesak dengan hadirin.

Beliau berikrar untuk menjaga kebajikan semua rakyat Pulau Pinang, termasuk penyokong BN, dan berkata "Kami akan berbuat demikian walaupun kita tidak faham mengapa mereka menyokong BN, tetapi kita tidak menyalahkan sesiapa." 

Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang pertama kali mengundi dan pengundi wanita kerana memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat, sambil menambah bahawa mereka mengundi gabungan itu kerana mereka mahu masa depan yang cerah.

"Berbeza dengan apa yang Najib kata, tsunami ini melibatkan semua orang. Terdapat hanya 25 peratus pengundi Cina dan Pakatan memperolehi 51.4 peratus undi popular, apa jadi dengan baki 26 peratus lagi?" dia disoal.

"Jangan beritahu saya mereka adalah undi Bangla," katanya berjenaka, yang disambut dengan sorakan gemuruh hadirin.

Ada yang beredar jam 3 pagi

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pula menceriakan hadirin dengan ucapannya yang menyindir SPR.

"SPR kata, dakwat kekal, tapi ia tak boleh tahan walaupun untuk satu jam. Hah! Hah! Hah!" beliau ketawa, dan hadirin turut ketawa bersama-sama.

Katanya, mereka tidak malu untuk mengatakan bahawa ini adalah pilihan raya yang paling bersih dan paling adil. 

Mat Sabu mendakwa bahawa telefon bimbitnya telah digodam di mana mesej perkauman seperti "Hidup Cina, Melayu Mampus" telah dihantar kepada orang ramai, dengan beberapa orang memanggil memarahinya kerana didakwa berbuat demikian.

"Saya tidak pernah menghantar mesej itu dan saya tidak tahu siapa yang menggodam telefon bimbit saya. Tetapi anda tahu mereka yang sering bermain dengan isu-isu perkauman seperti itu," katanya, dan orang ramai melaungkan 'Umno'.

Kira-kira 10 pemimpin lain bergilir-gilir mereka untuk bercakap di majlis tersebut yang berakhir pada kira-kira tengah malam, tetapi orang ramai masih tidak meninggalkan perkarangan stadium itu.




Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH