[Mstar] PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali akan tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan sinis yang kononnya ditujukan kepada penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman Twitter miliknya Selasa lalu.
Difahamkan beliau akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang dekat sini kira-kira pukul 11 pagi Jumaat (esok).
Malah, timbul khabar angin, Azmin akan meletak jawatan dalam parti itu jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar di Selangor.
Azmin dalam Twitternya pada Selasa lalu turut mempersoalkan kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang berlangsung Ahad lepas.
"Gagal ke Putrajaya, salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat." kata Azmin dalam laman Twitternya.
Beliau turut dilihat mempersoalkan tindakan Anwar mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya di sini pada Rabu yang kononnya diadakan bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung keputusan PRU-13 Ahad lepas.
"Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal.
Dalam Twitter miliknya lagi, Azmin turut meminta supaya keputusan rakyat pada PRU-13 diterima.
"Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.
"Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat.
Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Azmin gagal apabila panggilan ke telefon beliau tidak berjawab.
Pada pilihan raya umum lalu, Azmin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dengan majoriti 4,734 undi.
Azmin memperoleh 54,827 undi sementara pencabarnya, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Rahman Ismail mendapat 50,093 undi .
P/s: Cerita fasal Zuraida mempersoal jawatan MB Selangor
di sini. Adakah Azmin juga menyindir hal yang sama kerana cita-citanya untuk menjawat jawatan itu sudah menjadi rahsia umum dan rancak diperkatakan di blog pro-UMNO?
Yang penting, kita tunggu penjelasannya:
Salam hormat,Adalah dimaklumkan bahawa Sidang Media Khas YB Mohamed Azmin Ali pada hari esok ditukar ke lokasi seperti butiran berikut:Tarikh : 10 Mei 2013 (Jumaat)Masa : 11.00 pagiTempat : Ibu Pejabat KEADILAN, Merchant Square, Petaling Jaya (Lokasi baharu, sebelum ini di sebuah hotel)Justeru itu, warga media dijemput hadir untuk membuat liputan.Sekian, terima kasih.Pejabat Timbalan Presiden KEADILAN
Sama ada Azmin meneruskan perjuangan dan memberikan penjelasan tentang isu yang dikaitkan dengannya atau bertekad untuk menjadi "Hasaan Ali" kedua, gian hendak jadi MB.
Mungkin boleh mendapat sedikit pencerahan daripada media mesra UMNO ini. Klik
sini.
Assalammu'alaikum,
Tokwan dah baca ledakan minda anak muda ini, rupanya panas baran kakak dia Umi Hafilda mengalir juga dalam tubuh ini, tokwan boleh rasa kekecewaan Azmin bila PAS & DAP secara ikhlas, matang dan berwibawa memberi sokongan kepada TS Khalid sebaGai MB Selnagor. Orang mengukur pencapaian TS Khalid yang dah pasti, awak menunjul diri kerana GILA KUASA.... ini kah perjuangan Anda?
Wahai Azmin jadilah seperti Chik Gu Bad...... pejuang sejati jatug bangun bersama rakyat.
Tokwan akui beberapa kesilapan DSAI dalan pemilihan calon, DSAI TIDk mengambil kira sentimen akar umbi, kitahilang Kajang kerana Chik Gu Lee di pinggirkan,
Khalid Jaafar Ulu Selangor tidak di sukai penduduk tempatan begitu juga MUSTAFFA KAMIL BIN AYUB Pasir Salak adalah pilihan salah kerana Pasir Salak sedia berubah jika calon mereka diketengahkan dan Dr M Noor Manuty bukanlah calon untuk Bafgan Serai lebih berkesan jika beliau di letak sebagi calon DUN Larut. INI KESILAPAN DSAI sejak dari pengumuman lagi tokwan dah kata dengan sahabat tokwan semuanya akan pergi ke bn....... Betul berlaku.
Tapi nasihat tokwan untuk Azmin tiokwan dah lalu 13 PRU yang benar terlibat 12 tapi tokwan tak pernah mimpi nak jadi YB, NASIHAT TOKWAN BERHEMAHLAH BILA BERCAKAP DAN MENULIS, TERLALU RAMAI MUSUH DILUAR NAK AMBIL KESEMPATAN, AWAK MASIH MUDA DAN PANS BARAN BAWA BERSABAR, RAKYAT UMUM MAHU TS KHALID...... BAWA ISTIGHFAR DAN BERSABAR ATAU SERTAI SAJA KAKAK KAMU PERANGAI DSAI DAN KAK WAN..... JIKA ITU YANG KAMU MAHU.
Tokwan harap jika ada kawan-kawan Azmin yang baca sampai pesanan tok wan in kepadanya..... Tokwan jauh di pingiran desa perak......... untuk menyampiakan sendiri.
Tokwan Perak
Zuraida.... Jangan celupar.... Nanti jadi Hamidah
Azmin jangan GILA KUASA rupanya hantu Umi Hafilda dah meresap dalan jasad kamu
Kami terlalu letih kami tak tidor malam nak mengangkat Pakatan, bukan awak.... Ingatlah kita dalam jemaah ada peraturan dan tata susila.
Awas suara rakyat suara keramat