Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Rabu, 11 September 2013

[PANAS] Tun Mahathir NAFI Tahu Projek IC, Pegawai Kerajaan yang Keluarkan IC



[TMI] Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, beliau tidak pernah mendengar mengenai "Projek IC" sehingga baru-baru ini dan tidak pernah mengeluarkan mana-mana perintah berkaitan pemberian kad pengenalan secara sembarangan kepada pendatang asing di Sabah.

Bekas perdana menteri yang berpakaian sut kelabu lengkap dengan tali leher merah dan kemeja ungu dan berusia 88 tahun itu mengundang tawa mahkamah yang penuh sesak apabila dengan sinis berkata:”Terima kasih banyak kepada pegawai Manoi Kurup yang memberitahunya bahawa Projek IC juga dikenali sebagai Projek M, M maknanya untuk Mahathir.

“Saya tidak pernah tahu mengenai Projek IC sehinggalah baru-baru ini,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pendatang haram di Sabah.

Dr Mahathir mendakwa, beliau tidak kisah apabila namanya digunakan, dan berkata namanya digunakan di banyak tempat dan beliau digelar perkauman dan seorang ultra.

“Saya tidak pernah peduli dan kisah mengenai perkara itu,” katanya dan menambah tidak pernah memberi sebarang arahan kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh atau mana-mana individu merujuk kepada pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini dikawal lebih ketat daripada biasa dengan jumlah pengunjung lebih ramai sejak RCI bermula, apabila tersebar mengenai saksi ke-209 RCI ialah saksi paling terkemuka. Polis memeriksa lebih 140 orang yang memasuki ruang mahkamah dengan alat pengesan logam.

Ramai yang lain, kebanyakannya penyokong Dr Mahathir menunggu dengan sabar di luar mahkamah. Tun Siti Hasmah Ali, isteri Dr Mahathir adalah yang pertama masuk ke dalam mahkamah kira-kira jam 9.24 pagi sebelum perdana menteri paling lama berkhidmat itu memasuki mahkamah, beberapa minit kemudian. – 11 September 2013.

Pegawai K'jaan yang Keluarkan IC, Kata Tun Mahathir
[MK] Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan “pegawai kerajaan” yang memberikan kerakyatan dan mengeluarkan kad pengenalan kepada calon tidak layak.

Beliau yang memberi keterangan di suruhanjaya siasatan diraja berhubung pendatang asing Sabah berkata, amalan seperti itu bukan satu dasar kerajaan semasa beliau menjadi perdana menteri.

Katanya, dasar pada masa itu hanyalah untuk memberikan kerakyatan kepada individu yang tinggal di Sabah “untuk masa yang lama” yang layak untuk mendapatkannya mengikut undang-undang. - 11/9/13


P/s: Anda bayangkan dan persoalkan, adakah pegawai kerajaan berani mengeluarkan IC kepada ratusan ribu warga asing tanpa arahan atau perintah daripada pihak tertinggi? Di mana logiknya?

Baca pendedahan individu yang pernah terlibat dalam projek ini dahulu. Baca juga pengakuan Tun Mahathir sebelum ini.

Berkaitan: 

Bekas Tahanan ISA Dakwa Bantu Proses IC di Sabah

[MK] Seorang bekas tahanan ISA mendakwa kumpulannya pernah membantu memproses beribu-ribu kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin di Sabah pada awal 1990-an untuk menjatuhkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada masa itu.



Siti Aminah Mahmud, 63, yang ditahan bawah ISA pada tahun 1995 mendakwa, beliau ditugaskan untuk mengumpul maklumat dan menyerahkan IC kepada ketua kampung di sekitar Sabah untuk diberi kepada warga asing yang kebanyakannya dari Indonesia dan Filipina.

Siti Aminah mendakwa, beliau diminta berbuat demikian bagi membantu Umno bertapak di Sabah dengan memberi IC kepada warga asing di negeri itu.

Bercakap dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Siti Aminah mendakwa beliau juga diberitahu supaya membantu Umno untuk menewaskan PBS pada ketika itu.

"Masa itu awal tahun 1990. Saya diberitahu supaya tolong parti Umno untuk bertanding di Sabah dan nak kalahkan PBS dengan buat projek IC di Sabah.

"Ada lima peranan yang saya perlu buat iaitu membantu kempen, tambah pengundi Melayu, cari orang kampung pendalaman terutama yang tiada IC di sempadan Sabah-Indonesia dan pastikan kemenangan Umno di Sabah dengan tumbangkan PBS," katanya.

'Diketuai Mahathir sendiri'

Katanya, beliau bekerja tanpa henti untuk projek tersebut dari tahun 1990 hingga 1994, sebelum beliau ditahan bawah ISA pada 1995 atas kesalahan berhubung kegiatan tersebut.

Beliau mendakwa menerima arahan oleh ketua Umno Sabah pada masa itu, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun yang merupakan bekas pemimpin Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno).

Beliau juga mendakwa, Datu Mustapha pada ketika itu memberitahunya bahawa ia merupakan projek yang diketuai perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta timbalan menteri Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

"Empat tahun setengah berjalan projek itu tanpa henti. Pada 1995 saya sudah berhenti dari projek itu. 


"Siapa bagi arahan? Setahu saya projek IC ini adalah diketuai Mahathir sendiri dan diberi kepada kuasa kepada Tan Sri Megat Junid dan (setiausaha Mahathir ketika itu) Tan Sri Aziz Shamsuddin.

“Saya tahu pun sebab masa itu Datu Mustapha kata jangan takut ditangkap. Dia kata ini projek Mahathir dan Tan Sri Megat. Dan Datu Mustapha kata kalau dia menang Umno, dia akan diangkat sebagai Yang Dipertua Sabah. 

"Dia beritahu masa itu dalam taklimat beramai-ramai dalam pejabat Umno di Sembulan, Kota Kinabalu pada awal tahun 1990-an,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai proses pemberian kad pengenalan tersebut, Siti Aminah berkata dokumen berkenaan siap dalam tempoh sebulan selepas borang diproses.

'Bukan sikit, berguni-guni'

"Kita beri borang, dan serah kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri dan di pejabat Umno Sembulan. Selepas itu, kita bagi kad pengenalan yang dah siap kepada ketua kampung sahaja.

“Saya tak kenal. Kita pergi lima orang. Satu tulis, satu ambil cap jari dan saya kadang-kadang menyusun borang. Dalam seminggu, dua kali saya pergi ke Sabah. 

"Kita cari satu kampung, kita kumpul berapa orang tak ada IC. Motifnya memang macam itu," katanya.

Kad pengenalan itu antara lainnya diedarkan kepada sekumpulan warga Indonesia di satu kawasan Felda di Sandakan, dakwanya.

"Selepas borang dikutip, kita serah pada JPN dan pejabat Umno. Bukan sikit. Berguni-guni. Proses nak dapat kad pengenalan dalam sebulan atau sebulan lebih.

"Lepas kita serah borang, proses itu dalam sebulan kemudian kad pengenalan siap dan serah balik dan hantar ke tempat yang ada nama itu," katanya. 

Beliau mendakwa kad pengenalan yang diedarkan itu boleh dikenalpasti melalui kod khas yang diterakan di bahagian belakang dokumen terbabit.

"Kod IC projek Mahathir ialah 04 dan 05. Itu ada di belakang kad pengenalan. Hanya orang JPN sahaja yang boleh kenal pasti," ujarnya lagi. 

Setengah Juta IC

Ditanya mengenai kekerapan kunjungannya ke Sabah dan jumlah kad pengenalan diedarkannya, Siti Aminah berkata: "Kalau di Kota Kinabalu sebulan lima kali atau enam kali saya ulang alik. Saya sampai ada satu beg plastik tiket ulang-alik. Tapi saya dah buang. 

"Dari tahun 1990 hingga 1994 dan awal 1995, kita bagi IC pada orang Filipina dan Indonesia. Tugas saya masa itu ialah berkempen uruskan projek IC. Kalau sudah siap, hantar ke kawasan berkenaan iaitu ke kawasan kampung. Purata saya rasa tak kurang dalam setengah juta dalam masa lima tahun itu. 

"Kawasan yang paling banyak ialah di Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kota Kinabalu dan juga di kawasan sempadan Tawau-Indonesia. Dan satu lagi kawasan Semporna. Situ banyak juga sebab di situ tempat orang Filipina," dakwanya. 

Katanya, kesemua kira-kira 100 individu yang terlibat dalam kumpulannya merupakan orang awam yang tidak bekerja dengan JPN. 

Ditanya lanjut sama ada tujuan pemberian IC itu adalah untuk pilihan raya dan bagi memberi sokongan kepada Umno, Siti Aminah berkata: "Memang diarahkan untuk pengundian. Kita akan cakap pada ketua kampung yang dipanggil 'tok' supaya tolong arahkan anak-anak buahnya (yang menerima IC) mengundi Umno. 

"Tapi sama ada satu ketua kampung ada ambil duit saya tak tahu. Tapi kita pergi ke sana sini memang guna duit. Tapi saya tak tahu dari mana duit itu," katanya lagi. 

Katanya, beliau menjalankan tugas berkenaan secara sukarela dan tidak mendapat bayaran untuk tempoh berbulan-bulan dan hanya diberikan elaun pengangkutan.

“Saya memang sukarela dan saya pergi sebagai memperjuangkan parti Umno sebab saya ahli umno di Johor pada masa itu. Sebab itu saya dipanggil untuk berkempen di Sabah," katanya lagi. 

Siti Aminah berkata, namanya tidak disenaraikan sebagai saksi di siasatan suruhanjaya diraja (RCI) Sabah namun beliau amat berharap agar dapat hadir dan memberi keterangan. - 28/2/13


Tun Mahathir Mengaku Beri IC kepada Warga Asing

[KD] SHAH ALAM 17 Jan: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengaku bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa mentadbir negara.

Beliau bagaimanapun cuba mengalih kesalahan tersebut dengan mendakwa bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melakukan perkara “lebih teruk” dalam tindakan berkenaan.

“Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?

“Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang,” katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam, lapor Malaysiakini.

Turut hadir pada program itu ialah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Semalam, dua bekas orang kanan Mahathir ketika memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah, mengaku memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk menjadi pengundi.

Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah memberi keterangan dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mengaku menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH