Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 15 Januari 2014

Mengenang Kembali Bapa Saya, Tun Razak - Nazir Razak



Bersama Tun Abdul Razak Hussein, pada sambutan Aidilfitrinya yang terakhir. – Gambar sumbangan Datuk Seri Nazir Razak, 14 Januari, 2014.

[TMI] Tiga puluh lapan tahun dahulu pada hari ini, 14 Januari 1976, Tun Abdul Razak Hussein menghembuskan nafas terakhirnya di London selepas komplikasi leukemia.

Malaysia kehilangan perdana menteri. Saya kehilangan. Malaysia ketika itu berusia 19 tahun. Saya pula sembilan tahun.

Hari-hari selepas itu diselubungi kesedihan peribadi dan seluruh negara berkabung. Empat adik-beradik termasuk saya sedaya upaya cuba menenangkan ibu kami, sementara rakyat yang baik hati seluruh negara bersimpati memberikan peringatan bahawa kami tidak keseorangan semasa menghadapi tragedi ini.

Saya perlu mengakui semasa kecil pada waktu itu serta jadual bapa yang terlalu sibuk, kadang kala saya mengeluh kerana pengorbanan bapa kepada negara menyebabkan masanya untuk bersama keluarga terlalu sedikit. Bagaimanapun, saya sangat berbangga dengan dedikasi bapa kepada negara yang masih muda ketika itu.

Saya tidak berpeluang mengenali bapa. Namun, tertanam dalam diri saya adalah nilai yang diterapkan oleh beliau, integriti yang beliau asuh menjangkaui semua. Ya, menjangkau semua termasuk keluarga saya.

Saya imbau kembali ketika abang saya dan saya mendekatinya pada suatu petang dan meminta kolam renang dibina di Seri Taman, kediaman rasmi Perdana Menteri yang kami tinggal.

Berlatarbelakangkan seorang peguam, bapa menyuruh kami memberi hujah secara logik dan rasional. Dan kami lakukannya, walaupun hujah kami amat baik, tiba-tiba wajahnya berubah dan matanya merenung kami dengan keadaan menjengkelkan.

Bapa menjelaskan Seri Taman mungkin adalah rumah kami, tapi rumah tersebut adalah milik kerajaan maka ia juga milik rakyat.

Sebarang kos perbelanjaan rumah tersebut datang daripada dana awam, mustahil untuk beliau membenarkan kutipan hasil negara dibelanjakan pada sesuatu perkara remeh seperti kolam renang. "Apa yang rakyat akan kata?" soal bapa.

Sepanjang saya membesar, saya sering mendengar daripada orang ramai yang mengenali bapa secara rapat, termasuk mereka yang berkerja di dalam kerajaan, politik, individu terlibat dalam mencapai kemerdekaan dan juga rakan peribadi beliau.

Ia adalah salah satu cara saya untuk mengenali bapa. Apa yang mencuri perhatian saya adalah hampir semua perbualan mengenai bapa adalah tentang kualiti yang menjadikan diri bapa seorang yang berharga.

Sebagai seorang penjaga amanah aset negara, kesederhanaan bapa adalah lagenda.

"Kamu perlu kira setiap sen, atau ia akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kamu," seorang bekas menteri memberitahu saya.

Jadi, saya sudah mengetahuinya. Bukan hanya di dalam episod kolam renang tetapi banyak peristiwa lain lagi.

Abang saya sering bercakap mengenai peluang yang jarang-jarang sekali kami dapat iaitu semasa menemaninya dalam lawatan rasmi ke Switzerland.

Bapa pastikan segala perbelanjaan dikeluarkan daripada poketnya sendiri, sangat berhati-hati dengan kos yang ditanggung kerajaan sehingga beliau memilih hotel lebih murah daripada yang asalnya ditempah, mereka berulang kali makan di restoran paling murah di sekitar hotel tersebut.

Kemudian lawatan terakhirnya ke Eropah pada Oktober 1975 untuk mendapatkan rawatan perubatan. Bapa mungkin tahu lawatan tersebut mungkin yang terakhir buatnya, namun beliau tidak membenarkan ibu menemaninya untuk menjimatkan wang. Ia mungkin kerana kebimbangan tentang situasi kewangannya selepas meninggal dunia.

Ibu hanya menemaninya seminggu kemudiaan atas kelulusan Kabinet dengan peruntukan khas yang diluluskan untuk perjalanannya.

Ketelusannya sering menjadi bualan mulut ramai pihak. Bapa didorong oleh konsep dalam perkhidmatan awam yang dianggap kolot dan ketinggalan pada zaman ini di mana setiap kakitangan awam perlu berkhidmat untuk rakyat dan amanah diberikan mestilah tidak boleh dikhianati.

Seorang kakitangan awam pertama sekali beramanah dan orang ramai mesti tidak dikhianati.

Satu lagi perkara yang sentiasa didengar adalah mengenai staminanya. Ramai yang hairan selepas mengetahui bapa mengidap leukemia kerana beliau sering aktif semasa di dalam pejabatnya, sering menghadiri tugas rasmi, melibatkan diri dalam setiap perincian dasar di samping lawatan mengejutnya ke kawasan yang sering diperkatakan di seluruh negara bagi membolehkan beliau mendengar secara terus daripada orang ramai tentang apa yang sedang berlaku di bawah.

Sudah pasti ramai juga yang sudah hilang kiraan terhadap dedikasi Tun Razak kepada pembangunan luar bandar. Beliau mengamalkan "Rakyat Didahulukan", sebelum slogan tersebut kedengaran.

Paling penting, ramai yang sebulat suara tekankan adalah komitmen bapa kepada perpaduan negara ke arah membina sebuah negara bagi setiap warganegara untuk berpayung di bawah negara Malaysia.

Visi tersebut diterjemahkan di bawah dua inisiatif yang diterajui bapa saya susulan tragedi berdarah 13 Mei 1969, pengenalan Rukunegara pada 1979 dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971.

Rukunegara menyeimbangkan tradisi budaya asli dan warisan atas tuntutan sebuah negara yang moden dan sekular.

Matlamat DEB seperti digariskan dalam pengumuman polisi bertujuan menganjurkan pelaksanaan perpaduan negara menerusi kajian sosio-ekonomi paling penting yang direncanakan menerusi misi berkembar untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan penstrukturan semula fungsi ekonomi berasaskan identifikasi etnik.

Perdebatan mengenai DEB berterusan hingga hari ini. Diri saya sendiri secara terbuka berkata sesuatu tersasar dalam pelaksanaannya.

Penetapan kuota sering dilihat sebagai jalan mudah kepada beberapa perkara yang mereka pilih mewujudkan satu jurang intra etnik dalam kelas dan status, di samping dipanaskan lagi dengan tekanan antara etnik.

Kedua-dua perkembangan ini dilihat walaupun bukanlah semuanya membelakangi matlamat DEB yang diperkenalkan Tun Razak iaitu mengukuhkan perpaduan negara.

Apa yang silapnya? Sesetengah orang berhujah ia berpunca daripada langkah drastik sendiri. Bagi saya ia adalah kerana pelaksanaannya tersasar daripada fokus dalam pendekatan taktikal daripada komitmen kepada matlamat asalnya.

DEB pastinya membasmi kemiskinan dan mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi dengan menghasilkan kelas pertengahan kaum Melayu. Bagaimanapun dalam maksud lebih luas, yang lebih baik dapat kita katakan adalah DEB pada awalnya berjaya menghakis jurang konflik perkauman selepas 13 Mei.

Berterima kasih kepada DEB, Malaysia tidak mengikut jejak seperti yang berlaku di Sri Lanka, di mana mereka terjebak dalam pertelingkahan berdekad lamanya antara pendatang Tamil dan orang asal Sinhalese.

Ia bukan satu pencapaian kecil. Tapi janji DEB untuk memperkukuhkan perpaduan negara tidak dapat direalisasikan. Malah, wujud pula tanda ketegangan antara etnik yang sekali lagi berada pada tahap membimbangkan.

Apa yang boleh dilakukan? Peribahasa Melayu berkata: "Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan". Pada pandangan saya, balik ke pangkal bermakna kita melihat semula kepada nilai, komitmen, visi dan ini termasuklah apa yang dibawa dan ditunjukkan oleh Tun Razak.

Saya sudah nyatakan pada awal tentang ketelusan beliau, komitmennya terhadap konsep penjawat awam dan visi progresifnya, bagi menjadikan Malaysia yang lebih bersatu padu dan kaya. Tapi biarlah saya akhirinya dengan menekankan dua legasi utama Tun Razak.

Satu, beliau adalah demokrat sebenar. Dua tahun selepas mengendalikan Majlis Gerakan Negara (Mageran), beliau membubarkan jawatankuasa dan memperkenalkan sistem demokratik.

Beliau memegang kuasa secara mutlak dalam MAGERAN, tetapi pandangan luas dan nilai-nilai yang ditunjukkannya bersandar pada satu asas pemerintahan demokrasi, bukannya diktator.

Cara beliau membuat keputusannya boleh digambar sebegini: Beliau membawa masuk semua diperlukan penglibatannya dan mengadakan perbincangan konsultatif sebelum membuat sebarang keputusan penting untuk dilaksanakan. Beliau tidak pernah meminggirkan mereka yang mempunyai pandangan berbeza, beliau mengalu-alukan kepelbagaian pendapat bagi mendapatkan hasil terbaik bagi membuat keputusan muktamad yang tepat.

Kedua, ketika beliau komited untuk memperbaiki kualiti hidup majoriti bumiputera bagi mengelak berulangnya satu lagi "13 Mei", beliau melihat perkara tersebut sebagai hak istimewa negara daripada sudut perkauman.

Perkara tersebut bagi saya menjelaskan kesungguhan untuk melibatkan semua rakyat Malaysia yang terbaik dan cemerlang ke arah usaha tersebut, tanpa mengira latar belakang kaum atau etnik mereka.

Periksalah mereka yang pernah bekerja dengan beliau dan pentadbirannya sebelum ini. Pada ketika itu, semua rakyat Malaysia bersatu di bawah satu kesungguhan untuk membina negara ini di atas abu 13 Mei.

Itu adalah legasi Tun Razak kepada Malaysia. Kita boleh menghargainya dengan kembali ke "Pangkal Jalan".  - 14 Januari 2014.

Datuk Seri Mohd Nazir Razak adalah anak perdana menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak dan adik kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Dia adalah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB.


Berkaitan:


Dalam Nazir Memuji Bapanya, Semua Rakyat Perlu Bertindak - TMI

[TMI] Sering berlaku apabila seseorang menulis atau bercakap mengenai ketika zaman kegemilangan pemimpin Malaysia, ia adalah pengalaman pahit manis untuk semua rakyat negara bertuah ini.

Kita bangga melihat individu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Siew Sin, Tun Abdul Razak Hussein, dan Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang suatu ketika dahulu merangka arah tuju Malaysia.

Setiap rakyat mempunyai kemahuan untuk melihat individu yang penuh integriti, prinsip dan keadilan.

Namun, malangnya individu seperti itu tidak lagi wujud dalam kerajaan ketika ini sebaliknya dipenuhi dengan individu yang lemah dan mempunyai selera rakus serta pentingkan diri sejak sekian lama.

Tanpa ragu-ragu, Razak mungkin melakukan kesilapan atau tidak, pada suatu ketika terpaksa memenuhi kepentingan parti sendiri. Bagaimanapun, mereka mencintai tanah air ini melebihi segala-galanya. Bukan semata-mata mengayakan ahli keluarga mereka. Bukan sekadar membiakkan kapitalisme kroni.

Pada hari ini 38 tahun lalu, Razak meninggal dunia di London.

Anak bongsunya, Datuk Seri Nazir Razak, menulis suara hatinya mengenai legasi perdana menteri kedua itu dan menawarkan pelan kepada semua yang berminat untuk mengelakkan negara ini daripada terus runtuh dan menjadi tempat tinggal selamanya kepada rakyat biasa.

Berikut adalah beberapa pengajaran untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mereka yang berada di atas singgahsana Putrajaya.

1) Setiap ringgit yang dibelanjakan adalah milik rakyat. Oleh itu, tidak ada justifikasi untuk membelanjakan berjuta-juta semata-mata mengubah suai Sri Perdana setiap kali PM baru dilantik.

Tiada justifikasi untuk mempunyai sikap angkuh dalam setiap kos projek penswastaan yang meningkat naik.

Sebagai contoh, projek KLIA2 akan menyebabkan pembayar cukai terpaksa mengeluarkan belanja sebanyak RM5 bilion, lebih dua kali ganda daripada kos awal yang diperuntukan. Adakah Najib bimbang? Tidak. Adakah akan ada siasatan serius dalam kemelut ini? Tidak.

Kereta api berkelajuan tinggi pula akan menelan belanja pembayar cukai sebanyak RM30 bilion sekurang-kurangnya.

Tiada siapa dapat bayangkan Tan Siew Sin atau Tun Dr Ismail akan membenarkan kos tidak munasabah ini diteruskan atau menutup mata daripada pencurian ini.

2) Hadkan penglibatan keluarga dalam urusan pentadbiran negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan bangganya di Parlimen mempertahankan penggunaan jet kerajaan oleh Datin Seri Rosmah Mansor untuk menghadiri beberapa majlis di Timur Tengah.

Beliau berkata, Rosmah aset kepada Malaysia. Cuba bayangkan? Kerajaan mempunyai kementerian luar yang dipenuhi dengan kakitangan dan menteri luar yang sangat mengalu-alukan perjalanan untuk tujuan kepentingan negara.

Penglibatan keluarga dan rakan dalam menggubal dasar atau keputusan perniagaan sering mendorong kepada polisi yang longgar dan keputusan melibatkan kontrak dan projek.

Lebih buruk lagi, ia sering membawa kepada maklumat rahsia dan sensitif dibocorkan kepada individu yang tidak mempunyai sebarang urusan dan berkaitan.

Cuba kira berapa pasangan, adik beradik dan anak-anak menteri menjadi sangat kaya hasil kontrak penswastaan, kontrak yang diberikan kepada menteri.

Untuk berlaku adil, ia juga adalah penyakit ketika Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi semasa menjawat jawatan perdana menteri.

3) Komitmen untuk membina sebuah negara dengan setiap warganegara dapat mencari tempat berteduh di Malaysia.

Sekarang timbul satu komitmen untuk kekal berkuasa walaupun ia hanya akan menyebabkan negara lebih cepat musnah.

Pemikiran konvensional dalam Umno mengatakan Malaysia melalui tempoh tidak stabil dalam hubungan kaum berpunca daripada Abdullah kerana membenarkan terlalu banyak perdebatan melibatkan isu-isu sensitif. Ia hanyalah separuh benar.

Dalam era baru internet, Abdullah tidak mempunyai banyak pilihan tetapi melonggarkan kawalan. Ia kemudian disusuli dengan pertukaran yang meluas dalam segala-galanya, daripada gaya hidup seorang jutawan hingga kepada kontroversi berita blogger seks.

Bagaimanapun, perubahan sumber maklumat baru ini tidak pula diikuti secara selari di kalangan pemimpin negara yang tidak bersedia untuk berkongsi dengan rakyat negara apatah lagi dengan penyokong pembangkang.

Walaupun Nazir menulis tentang "ketegangan antara etnik" berada pada tahap membimbangkan, ia sebenarnya berpunca kerana pemimpin negara membenarkan ahli politik picisan menentukan corak kerajaan berfikir daripada sudut kaum dan agama.

Punca utama ialah: ahli politik Umno masih percaya orang lain bukan sebahagian daripada negara ini. Oleh sebab itu, mereka masih menyuruh orang Cina dan India untuk pulang ke negara asal mereka apabila sesuatu dasar atau keputusan kerajaan tidak dipersetujui.

Nazir pasti berfikir dengan mendalam semasa menulis panjang lebar tentang luahan mengenai legasi yang ditinggalkan bapanya, sambil menyebabkan orang ramai membuat kesimpulan, beliau sedang memberikan tutorial kepada abangnya untuk menyelamatkan negara ini.

Pengkritik mencela ia sudah terlambat dan penulis blog Umno pastinya akan mengherdiknya dengan bahasa merapu dalam ancaman tidak masuk akal mereka.

Mungkin artikel ini satu pengajaran untuk semua rakyat Malaysia: Masa untuk tinggal di atas pagar sudah lama berlalu. Sudah tiba masanya mengorak ke hadapan untuk melindungi dan menjaga negara ini daripada terus tenggelam. – 14 Januari, 2014.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH