Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 7 Januari 2014

Wanita Lumur Cili ke dalam Kemaluan Anak Tirinya



Dera Anak Tiri dengan Cili

[HM] KAJANG: Seorang ibu tiri sanggup mendera anak perempuannya, 11, dengan memasukkan cili yang ditumbuk lumat sebelum memasukkan ke dalam kemaluan dan mulut mangsa dalam kejadian di Tasik Kesuma, Beranang pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, perbuatan kejam ibu tiri, 31, terbabit turut disaksikan dua beradik serta nenek mangsa yang sudah uzur namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Difahamkan ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah kerana urusan kerja.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, hasil pemeriksaan mendapati ibu tiri mangsa pernah mendera mangsa sejak setahun lalu dengan menekap sudu panas ke badan mangsa sehingga meninggalkan kesan parut.

"Tidak tahan dengan perbuatan ibu tirinya itu, mangsa kemudian nekad pergi ke rumah ibu saudara yang tinggal di kawasan berhampiran dan menceritakan kejadian yang dialami sebelum bertindak membuat laporan polis sebelum suspek ditahan jam 4 petang pada hari yang sama," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari tangkapan dan dilanjutkan sehingga Khamis ini. -7/1/14


Kemas Kini:

Budak Perempuan Didera Dengan Kemaluan Dilumur Cili

[Mstar] KAJANG: Seorang suri rumah didakwa mengikat anak perempuannya yang berusia 11 tahun pada kerusi dan melumurkan cili di mulut dan kemaluan budak perempuan itu.

Ia merupakan kekejaaman terbaru yang dilakukan oleh wanita berusia 36 tahun itu yang dikatakan melakukan penderaan beberapa kali sehingga dia ditangkap.

Wanita itu dipercayai turut menggunakan sudu panas berulang kali terhadap budak perempuan itu sehingga meninggalkan kesan luka terbakar di seluruh badannya.

Nenek dan adik-beradik budak perempuan itu menyaksikan penyeksaan terbaru lalu memberitahu bapa dan ibu saudaranya.

Kedua-duanya kemudian membawa budak perempuan itu bersama-sama dan membuat laporan di Balai Polis Kajang.

Budak perempuan yang trauma itu kini menerima rawatan di Hospital Kajang dan berada dalam keadaan stabil.

Kesan terbakar di badannya kini dalam keadaan penyembuhan yang berbeza, menunjukkan bahawa dia telah didera beberapa kali.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, penderaan terbaru itu berlaku pada Sabtu lalu di Bandar Tasik Kesuma, Beranang.

"Nenek budak perempuan yang uzur dan dua anak perempuan kepada wanita itu menyaksikan kejadian itu tanpa mampu untuk membantu kerana budak perempuan yang didera itu diikat di kerusi dan dilumurkan cili yang ditumbuk lumat pada mulut dan kemaluannya," katanya kepada para pemberita di sini, Selasa.

Polis menahan wanita itu di rumahnya dan direman untuk membantu siasatan.

"Kami cuba mencari bapa budak perempuan itu yang hilang sejak kejadian itu," kata Abdul Rashid.

Polis sedang menyiasat kes penderaan kanak-kanak itu di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000. AUSTIN CAMOENS- 8/1/14

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH