Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 28 Januari 2014

Kalut yang Berlaku Selepas ADUN Kajang Letak Jawatan



Macam-macam isu timbul, macam-macam persoalan timbul. 

Antaranya, ada yang mempersoal kesalahan dan kelemahan Tan Sri Khalid dan keperluan ADUN Kajang meletakkan jawatan bagi memberikan ruang kepada DSAI bertanding sehingga mencetuskan spekulasi bahawa beliau akan mengambil alih jawatan MB atau sekurang-kurangnya mempengaruhi Tan Sri Khalid dalam pentadbiran di negeri Selangor. 

Namun, ramai yang berpendapat jika DSAI mahu mempengaruhi Tan Sri Khalid, mengapa perlu bertanding di kerusi DUN sedangkan beliau ialah Penasihat Ekonomi Selangor, malah beliau ialah bos Tan Sri Khalid jika dilihat dari skop parti? 

Atas alasan itu, ramai yang percaya tindakan DSAI bertanding di DUN Kajang adalah untuk mengambil alih jawatan MB serta menyelesaikan kemelut/krisis Azmin-Tan Sri Khalid yang dikatakan oleh pemerhati politik semakin meruncing. 

Selain persoalan, timbul juga beberapa isu berkaitan dengan PRK DUN Kajang yang perlu dijalankan dalam tempoh 60 hari dari tarikh peletakan jawatan Lee Chin Cheh yang menduduki kerusi DUN itu sebelum ini. Antaranya tindakan PKR yang didakwa tidak dibincang bersama pemimpin PR negeri dan pusat sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pemimpin, isu pembaziran wang rakyat, ancaman boikot oleh pemimpin dan pengundi DUN Kajang, peringatan PAS Selangor bahawa mereka akan masuk campur jika jawatan MB disentuh oleh PKR, serta kredibiliti dan pengkhianatan ADUN kepada pengundi. Isu ini juga sudah menjadi bahan jenaka pemimpin dan macai BN yang sebelum ini gagal memanipulasikan insiden DSAI dihalang masuk ke Jepun. Sindir Khairy:

jadi sultan melaka

Sekarang sudah ada poster:

siap blushing lagi


Baca:

Guan Eng: Anwar Tidak Maklum Apa-apa

[SH] GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak dimaklumkan peletakan jawatan Adun Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh atau tentang jawatan Menteri Besar Selangor.

Katanya, disebabkan tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan di negeri yang dipimpin oleh PKR, rakan sekutu DAP dalam PR, maka tidak sesuai bagi beliau membuat sebarang kenyataan. 

"Saya tidak dimaklumkan oleh Datuk Seri Anwar tentang apa-apa kemajuan atau perkembangan itu di Selangor... saya rasa segala soalan harus ditujukan kepada (Datuk Seri) Anwar.

"Tidak sesuai untuk saya buat sebarang kenyataan atau pandangan tentang apa yang berlaku di Selangor... apa perasaan saya sekarang tidak penting kerana yang penting bagi saya adalah pastikan keselamatan dan keamanan di Pulau Pinang," katanya.

Guan Eng diminta mengulas mengenai Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, yang dinamakan PKR sebagai calon, seandainya pilihan raya kecil diadakan, untuk Dun Kajang...-28 Januari 2014

ADUN Kajang Khianat kepada Pengundi, Kata Bersih

[AA] KUALA LUMPUR: Badan pemantau pilihan raya Bersih 2.0 hari ini membidas Parti Keadilan Rakyat apabila menyifatkan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang,Lee Chin Chehsebagai "tidak ubah satu pengkhianatan" kepada pengundi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih, badan itu menegaskan ia tidak dapat menerima alasan seorang ADUN meletakkan jawatan "demi kepentingan parti".

"Alasan perletakan jawatan Lee pada 27 Januari 2014 seperti yang dilaporkan oleh media sebagai "demi kepentingan PKR secara keseluruhannya" mencerminkan pandangan yang salah pada pihak beliau dan parti yang diwakilinya," kata Bersih.

Menurut Bersih, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila PKR menerima perletakan jawatan Lee dan meletakkan ketua umumnya,Datuk Seri Anwar Ibrahimsebagai calon dalam pilihan raya kecil nanti.

"Ini membayangkan politik kotor dan harus dikutuk," kata badan gabungan itu dalam satu kenyataan yang keras.

Bersih berpendapat tugas utama seseorang wakil rakyat ialah kepada rakyat di kawasan pilihan rayanya dan bukan kepada parti politik.

Oleh itu, satu-satunya alasan yang boleh diterima untuk wakil rakyat meletakkan jawatan ialah beliau tidak lagi dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut mandat yang diberi iaitu berkhidmat kepada rakyat.

"Alasan Lee meletakkan jawatan tidak meletakkan keutamaan kepada kepentingan rakyat," kata Bersih.

Merujuk kepada krisis perlembagaan di Perak pada 2009, Bersih berpendapat tindakan Lee itu sama dengan apa yang dilakukan oleh wakil rakyat DAP ketika itu, Hee Yit Foong apabila beliau bertindak lompat parti.

"Kedua-dua tindakan itu adalah dikesali. Adalah mengecewakan apabila PKR, antara yang menjadi mangsa dalam krisis perlembagaan iyu, kini adalah pemain utama dalam kisah panjang yang menyedihkan ini."

Menurut Bersih, ia kesal kerana pilihan raya kecil harus diadakan dan wang rakyat akan terbazir begitu saja "kerana tindakan sesuka hati segelintir."

"Tidak ada putar belit politik yang boleh menyembunyikan hakikat bahawa pada 27.1.2014, kepentingan penduduk Kajang telah dibelakangkan."

Bersih menyifatkan apa yang berlaku ini sebagai "langkah ke belakang bagi demokrasi kerana ia memberikan gambaran salah bahawa pilihan raya ada tentang parti politik dan ahli politik, dan bukannya tentang rakyat." ...-28/1/14


Jangan 'Sentuh' Kerusi MB - PAS Selangor

[Mstar] PETALING JAYA: PAS Selangor memberi kata dua kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kontroversi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak dikaitkan dengan konflik dalaman parti itu berhubung kedudukan Menteri Besar.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Otman berkata, PAS akan menuntut hak mereka sekiranya kekosongan berkenaan bakal membawa kepada pertukaran Menteri Besar kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi yang melebihi PKR dan DUN Selangor.

"Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat.

"PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon Menteri Besar yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) sebagai calon utama kita. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN," katanya pada Selasa....

"Apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan masuk campur.

"Selagi isu jawatan Menteri Besar Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja," katanya. -28/1/14

Pemuda PAS Selangor Ugut Pulau Kempen, Desak PKR Beri Penjelasan

[AA] KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Selangor mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah atas pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim menegaskan jika PKR gagal berbuat demikian Pemuda PAS Selangor akan memboikot Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

"Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan yang menuntut agar PKR mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah kepada Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Syarhan Humaizi menjelaskan Pemuda PAS Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan PKR membuat keputusan yang dilihat membelakangkan rakan daripada Pakatan Rakyat.

"Melihat situasi yang berlaku, perletakan jawatan itu hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding sepertimana yang telah diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Tindakan untuk menyelesaikan masalah dalaman dan pentadbiran parti tidak seharusnya membabitkan pembaziran wang rakyat," katanya....-28/1/14


PKR Mempermainkan Pilihan Raya, Kata Bekas Mufti Perlis

[TMI] Tindakan PKR meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini menunjukkan mereka tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bekas Mufti Perlis itu berkata, sekiranya benar PKR menggantikan Lee Chin Cheh dengan Anwar semata-mata mahu menyelesaikan kemelut dalaman antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, jelaslah parti itu sanggup gadai kepentingan rakyat demi beberapa individu dalam parti.

"Kalau itu benar, mereka sanggup korbankan kepentingan rakyat daripada beberapa orang dalam parti," katanya kepada The Malaysian Insider, di Kuala Lumpur.

Mohd Asri berkata, dengan tindakan sedemikian, pilihan raya kecil (PRK) hanya akan menjadi "mainan" kepada parti tersebut.

"PRK melibatkan perbelanjaan orang awam. Lama-lama nanti pilihan raya hanya akan jadi mainan," katanya. - 28/1/14


P/s: Bagi TM, jika MB sedia ada lemah dan kononnya ada masalah sikap, hal ini sepatutnya diselesaikan sebelum PRU13 bukannya sekarang. Tempoh 5 tahun sebelum PRU13 sudah memadai untuk menilai beliau. Namun, mengapa empunya diri dipuji dan masih diberi mandat untuk mentadbirkan Selangor?

Untuk rekod DSAI sudah beberapa kali menafikan  spekulasi dirinya akan mengambil alih jawatan MB Selangor. Jika bukan mengambil alih jawatan, apa strategi ADUN PKR meletakkan jawatan bagi memberikan laluan kepada DSAI bertanding dan apa pula maksud Azmin bahawa mencalonkan DSAI di Kajang merupakan langkah taktikal PKR untuk mengukuhkan PR di Selangor?

Walaupun mempersoal tindakan PKR di Selangor, TM masih menunggu penjelasan lanjut tentang hal ini.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH