[Kemas Kini] Sebelum ini portal berita melaporkan acara muzik terbesar, Future Music Festival Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, mencatat tragedi apabila sekurang-kurangnya empat penonton konsert maut dipercayai kerana sesak nafas.
Future Music Festival Asia yang berlangsung dari 13 Mac hingga 15 Mac 2014 membariskan lebih 70 bintang hebat dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa, antaranya Pharrell Williams dan Yuna.
Konsert anjuran Livescape Asia dan dianggarkan dihadiri lebih 85,000 peminat muzik seluruh dunia ini merupakan sinambungan daripada kejayaan konsert serupa tahun lepas di Sepang yang dihadiri lebih 40,000 orang.
Laporan kematian yang melibatkan empat penonton itu juga dilaporkan oleh Berita Harian. Baca paparan di bawah ini.

Namun, berdasarkan laporan BERNAMA, insiden itu kini meragut enam nyawa dan kematian mereka dikaitkan dengan pengambilan dadah secara berlebihan bukan kerana sesak nafas seperti dalam laporan awal media.
Menurut BERNAMA, enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan hingga mengalami sesak nafas, ketika menghadiri sebuah konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi.
Tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini.
Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi tadi.
Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.
Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun, mereka kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM, katanya.
Mohmad berkata ekoran kejadian itu dan hasil perbincangan dengan pihak penganjur, konsert berkenaan 'Future Music Festival Asia' yang sepatutnya berakhir malam ini, dibatalkan.
Konsert itu diadakan sejak Khamis.
"Keenam-enam yang maut itu dipercayai mengambil dadah jenis methamphetamine dari luar stadium sebelum masuk dan melihat konsert itu. Dadah tersebut dikenali sebagai 'designer drug' atau dadah sintetik," katanya.
Mohmad berkata dadah itu dijual dengan harga sekitar RM60 hingga RM100 sebiji bergantung kepada kandungannya.
Sepanjang dua malam konsert itu berlangsung juga, polis menahan 19 orang pengunjung konsert termasuk 12 warga asing dari Singapura, Sudan, Australia dan Indonesia atas kesalahan memiliki dadah, katanya.
FMFA 2014 dianjurkan oleh Live Scape Sdn Bhd.
Festival yang diberikan jolokan pesta muzik elektronik terbesar di Asia Tenggara itu menampilkan nama-nama besar muzik antarabangsa termasuk pemenang anugerah Grammy seperti Pharell Williams, Macklemore & Ryan Lewis dan ramai lagi.
P/s: Pada saat ahli keluarga dan masyarakat dunia bersedih dengan kehilangan MH370, ribuan muda-mudi bergembira sakan sehingga ada yang maut kerana mengalami mengambil dadah.
Mengapa konsert ini tidak ditangguhkan atau dibatalkan bagi menghormati tragedi yang berlaku pada MH370? Anda boleh menuding jari kepada penganjur dan pihak yang meluluskan konsert ini.
Selepas kita diaibkan dengan cara kerajaan mengurus tragedi MH370, isu bomoh yang digelakketawakan oleh masyarakat antarabangsa, kini dunia menyaksikan sekelompok muda-mudi hanyut dalam alunan hedosnisme tatkala majoriti rakyat bersedih dan mengharapkan keajaiban agar krew dan anak kapal MH370 ditemui selamat walaupun lokasi mereka kini masih lagi misteri.
Siapa MENTRI HIBURAN 1M'SIA TU? Tlg jawap.klu aku jawap TIADA RADAR DPT DIKESAN DI BKT JALIL LO
X tahu la apa nak jd dgn pak mentri kat mesia ni... allah dah turunkn bala n dugaan pun masih nak bermaksiat.. tapi yg peliknya suruh rakyat berdoa n solat hajat mohon petunjuk..pada masa yg sama dok megah dgn pesta maksiat spya org2 muda leka dgn hiburn n x pyh dok pikir soal apa krjaan buat..x malukah kat allah? Minta segalanya tp ingkar pd perintahnya..
Body punya comment. Mak bapak diaorng kan masih hidup. Nak blame org lain pulak???apa punya bangang? ??? Takdak paksaan , dan umur dah lebih 20th, lu pikir la sendiri...
Dunia akhir zaman.pemimpin jahil diangkat,ulama terpinggir.. Harap drastic action will be taken after this. Semua ni peringatan dr maha kuasa.