Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Jumaat, 14 Mac 2014

[PANAS] Amerika Dakwa Malaysia Beri Data MH370 Terbang 4 Jam Selepas Hilang, Mengapa Malaysia NAFI?


[TMI] Bukti pesawat MH370 terbang selama empat jam lagi selepas hilang pada Sabtu datang daripada data yang dikongsi oleh pihak berkuasa Malaysia dan bukan pembuat enjin Rolls Royce, lapor Washington Post, hari ini.

Dengan “maklumat terbaru” belum dipastikan ini, jurucakap White House, Jay Carney berkata pihak berkuasa akan memperluaskan pencarian Boeing 777-200ER ke Lautan Hindi, melebarkan kawasan pencarian beratus kilometer ke barat.

Pegawai pentadbiran Barack Obama kemudiannya berkata, maklumat terbaru adalah mengenai enjin pesawat terus hidup empat jam selepas hilang daripada radar awal pagi Sabtu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Terdapat 239 orang dalam pesawat tersebut.

Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) berkata, data menunjukkan enjin pesawat terus hidup empat jam selepas komunikasi terputus diterima daripada Pusat Komunikasi dan Pelaporan Sistem, Pesawat (ACARS), kemungkinan pesawat menghubungi melalui radio atau isyarat satelit.

Pegawai kanan itu berkata, pihak berkuasa Malaysia yang memberikan data tersebut kepada AS.

Akhbar The Wall Street Journal yang pertama melaporkan penyiasat AS mengesyaki enjin pesawat MH370 yang hilang itu terus hidup empat jam sebelum ia tiba ke lokasi yang belum dapat dipastikan.

Akhbar itu kemudian membetulkan laporannya dan berkata ia berdasarkan kepada data satelit, bukan isyarat daripada sistem pemantau yang dipasang di enjin Rolls-Royce pesawat itu. Putrajaya menafikan laporan awal itu.

Perkembangan itu datang ketika kerajaan Malaysia mengakui ada perkembangan sedikit dalam menyelesaikan misteri pesawat yang lesap itu.

Pegawai AS hari ini berkata, mereka tidak tahu arah pesawat itu terbang – atau sama ada ia hanya membuat bulatan – sepanjang kira-kira empat jam penerbangan itu atau sama ada mereka memang berada di udara atau tidak.

Tetapi, tambahan waktu penerbangan itu mungkin membolehkan pesawat itu berada di Lautan Hindi, menyebabkan pegawai AS mempertimbangkan meluaskan pencarian ke kawasan itu.

Seorang pegawai yang bercakap dengan syarat nama dirahsiakan itu berkata butiran terperinci siasatan berkenaan akan dibincangkan, kata akhbar itu.

Pada sidang akhbar semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan ketua eksekutif Malaysia Airlines menolak beberapa siri petunjuk yang menyebabkan spekulasi berleluasa mengenai nasib pesawat MH370, yang hilang sejak seminggu lalu.

Pegawai Malaysia menggambarkan kejadian itu sebagai misteri penerbangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dan ia masih kekal tidak diketahui sama ada pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berada di daratan atau lautan, timur atau barat Malaysia, atau di tempat yang lebih jauh.

Di Washington, Carney memberitahu media bahawa Amerika Syarikat berada dalam kedudukan yang tidak boleh membuat sebarang kesimpulan.

Bagaimanapun, katanya:”Saya difahamkan berdasarkan kepada beberapa maklumat baru yang tidak semestinya konklusif – tetapi maklumat baru – kawasan pencarian akan diluaskan ke Lautan Hindi.”

Operasi mencari di Lautan Hindi, laut ketiga terbesar di dunia dengan kedalaman hampir 12,8000 kaki, akan memberikan cabaran besar.

“AS mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan antarabangsa mengenai aset yang bersesuaian untuk dihantar, kata Carney di Rumah Putih, semalam.

Ketika ditanya lanjut, Carney berkata, secebis maklumat mungkin boleh membawa kepada kemungkinan yang membawa kepada kawasan pencarian baru di Lautan Hindi tetapi beliau tidak mempunyai butir terperinci maklumat berkenaan.

Menambah kepada kekeliruan, jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Jefferey Pool, berkata Jabatan Pertahanan tidak mempunyai sebab untuk pecaya pesawat itu terhempas di Lautan Hindi.

Beliau berkata, aset Tentera Laut AS menyertai operasi mencari menggunakan pentunjuk daripada hasil siasatan kerajaan Malaysia.

Katanya, beliau tidak tahu mengenai maklumat baru yang dikatakan oleh Carney.

Hishammuddin, yang juga pemangku menteri pengangkutan berkata:”Kita melihat kepada semua petunjuk. Dalam kebanyakan kes, hakikatnya semua kes, kita tidak menjumpai apa-apa yang positif.

“Tanpa serpihan, rasanya seperti kita tiada perkembangan,” katanya. – 14 Mac, 2014.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH