Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Sabtu, 29 Mac 2014

[Video] Selepas Hampir 30 Tahun, Musa Hitam Dedah Dr Mahathir Berada di KL Ketika Peristiwa Memali


Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014.

[TMI] Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.

Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.

Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.

"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.

Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.

Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.

Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.

"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.

Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.

Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – Zulkifli Sulong/28 Mac, 2014.



Berkaitan:

Peristiwa Memali: Mangsa Dakwa Dr Mahathir Jadi Dalang

[TMI] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan berada di Kuala Lumpur, bukan di China ketika tragedi Memali berlaku. Gambar fail The Malaysian Insider.Susulan pendedahan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, keluarga dan mangsa tragedi Memali melahirkan rasa kesal mereka dengan penggelapan berita selama ini lalu membuat kesimpulan Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin adalah dalang sebenar peristiwa ini dan Musa hanya kambing hitamnya.

Salah seorang mangsa, Yusof Che Mid dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, "Kalau begitu, bagi saya Dr Mahathir mastermind dalam kes ini."

"(Tun) Musa hanya kambing hitam sahajalah kalau begitu," kata Yusof kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi di rumahnya di Baling.

Yusof adalah dua orang kanan Ustaz Ibrahim Libya yang cuba ditangkap oleh kerajaan ketika peristiwa pada 1985 itu.

Di Parlimen, sehari selepas kejadian, Musa ketika itu yang juga menteri keselamatan dalam negeri berkata operasi itu adalah untuk menangkap tiga “penjenayah” iaitu Ustaz Ibrahim dan dua penyokongnya, Mat Ramli Che Mid dan Yusuf Che Mid.

Bagaimanapun, Ramli dan Yusuf tidak ada di rumah Ustaz Ibrahim ketika polis menggempur rumah itu yang mengorbankan 14 nyawa.

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, Musa mendedahkan Dr Mahathir yang juga perdana menteri ketika itu berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran kerajaan negeri Kelantan yang diadakan di Kota Baru, malam kelmarin.

Turut serta sebagai panel ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa manakala Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator.

Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu dan berkata:"Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Sebelum ini, semua maklumat yang disebarkan ialah Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu. – 29 Mac, 2014.


Memali: Pendedahan Musa Hitam Tunjuk Wajah Sebenar Dr Mahathir, Kata Pakatan

[TMI] Pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berhubung keberadaan Tun Dr Mahathir Mohamad di Malaysia semasa peristiwa Memali dan bukan di China seperti dipercayai selama lebih 30 tahun menunjukkan wajah sebenar ‎bekas perdana menteri itu, kata ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ‎berkata Dr Mahathir sanggup menjadikan Musa sebagai mangsa untuk dipersalahkan sedangkan bekas perdana menteri itu berada di Malaysia.

"Ia menunjukkan sikap dan perwatakan Dr Mahathir dalam soal Memali sanggup memangsakan timbalannya dan itulah jenis manusia yang masih disanjung‎ ramai.

"Inilah orang yang merosakkan sistem dan ekonomi negara sehingga kita berada dalam keadaan yang parah sekarang ini," katanya pada satu sidang media di Kompleks Karangkraf, Shah Alam hari ini.

Dalam satu diskusi di Kota Baru semalam, Musa mendedahkan bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China semasa peristiwa Memali.

Pendedahan ini dibuat sendiri Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran berkata ini bukan kali pertama Dr Mahathir menunjukkan sikapnya yang tidak jujur dan suka memutar-belit fakta.

Katanya, Dr Mahathir perlu segera menjawab tuduhan Musa dan memberi penjelasan kepada rakyat agar kenyataan itu dapat dipastikan kebenarannya.

“Saya memang tak terperanjat kerana Dr Mahathir membuktikan banyak kali bahawa beliau bukan seorang yang jujur dan beliau arif dalam memutar-belit fakta.

“Dr Mahathir perlu jelaskan dengan segera apakah benar tuduhan yang dibuat Musa kerana rakyat berhak mengetahui perkara sebenarnya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Surendran berkata selain Dr Mahathir, pemimpin Barisan Nasional (BN) juga perlu memberi pencerahan tentang peristiwa hitam Memali dan hubung kait mantan perdana menteri itu terhadap kekejaman kerajaan pada masa itu.

Katanya, dengan lebih banyak maklumat berhubung peristiwa Memali, rakyat dapat memahami dan menggambarkan keadaan sebenar kejadian itu.

“BN perlu memberi ulasan kerana ini melibatkan bekas perdana menteri mereka dan satu perkara yang amat serius di bawah pemerintahannya. Semua ini perlu ada penjelasan agar ada pendedahan di peringkat nasional mengenai isu Memali.

“Sampai hari ini kita tidak mempunyai penerangan yang jelas tentang peristiwa Memali sehingga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan secara menggila bagi menangkap beratus orang dan sebagainya,” katanya.

Naib presiden PKR itu turut tidak melihat tindakan mahkamah sebagai jalan terbaik bagi mendakwa Dr Mahathir selaku perdana menteri memerintah pada ketika itu.

“Undang-undang bukan penyelesaiannya tetapi pendapat awam adalah cara yang terbaik kerana perkara ini menjadi isu umum dan perlu didedahkan.

“Itu merupakan hukuman terbaik bagi mereka yang terlibat dalam perkara ini seperti Dr Mahathir dan lain-lain. Biar rakyat menilai, menghukum dan menjadi hakim dalam kes ini,” katanya.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 14 orang mangsa dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang yang lain di bawah ISA.

Kesemua yang ditahan dibebaskan kecuali 36 tahanan lain.

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya terbunuh.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah ISA kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Ibrahim dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – Hasbullah Awang Chik/ 28 Mac, 2014.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH