Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Khamis, 20 Mac 2014

[PANAS] Kerana Ingin Jimat RM33, MH370 Gagal Hantar Data Penting - Pakar


Seorang pegawai industri satelit berkata sistem yang dipanggil Swift akan menyediakan arah, kelajuan dan ketinggian pesawat MH370 walaupun selepas komunikasi lain daripada pesawat hilang daripada radar, tetapi penerbangan Malaysia memilih pakej naik taraf yang lebih murah.
[TMI] Penerbangan Malaysia gagal menaik taraf komputer yang mudah dan berharga hanya RM33 bagi setiap penerbangan, yang akan menyediakan maklumat penting untuk membantu mencari penerbangan MH370 yang hilang, kerana ia membuat pilihan yang lebih murah apabila membeli pesawat, The Sydney Morning Herald melaporkan.

Seorang pegawai industri satelit dipetik sebagai berkata bahawa menaik taraf sistem yang dipanggil Swift, akan menyediakan arah, kelajuan dan ketinggian pesawat MH370 walaupun selepas komunikasi lain daripada pesawat hilang daripada radar.

Jika sistem Swift dinaik taraf, termasuk pakej penuh aplikasi, ia boleh menghantar maklumat mengenai prestasi enjin, penggunaan bahan api, kelajuan, ketinggian dan arah, tidak kira sama ada transponder dan Sistem Menangani Komunikasi dan Pelaporan (ACARS) berfungsi, katanya.

Pakar yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan memberitahu harian Australia yang sistem Swift adalah sama seperti cara bagaimana telefon pintar menghantar data satelit, manakala ACARS adalah serupa dengan aplikasi untuk telefon bimbit. 

"Apabila ACARS ditutup, Swift masih lagi berfungsi," katanya kepada Sydney Morning Herald.

"Jika sistem Swift diselenggarakan untuk mengesan data enjin, data tersebut akan dapat dihantar (streaming) dari pesawat itu. Ia akan berfungsi selagi pesawat tersebut berjalan."

Laporan tersebut menunjukkan bahawa jika Malaysia Airlines mendapatkan pakej naik taraf tersebut, ia akan terus menghantar data penerbangan dari satelit walaupun selepas transponder pesawat dan komunikasi ACARS dimatikan.

Ditanya mengapa penerbangan tersebut memilih untuk tidak membeli aplikasi tersebut yang dikira berpatutan harganya, seorang pagawai industri memberitahu Sydney Morning Herald, "Setiap yang ada dalam kapal terbang akan melibatkan penggunaan petrol. Oleh itu semua perlu dikira, untuk mengurangkan kos."

Daripada menghantar data, katanya, sesetengah penerbangan memilih untuk memuat turun semua data pada pemacu USB sebaik pesawat mendarat.

Disebabkan Malaysia Airlines memilih pilihan yang murah, katanya, "tidak banyak yang dapat dirakam."

Zainul Zawawi, naib presiden untuk Amerika Utara di Penerbangan Malaysia memberitahu Sydney Morning Herald bahawa beliau tidak diberi kuasa untuk bercakap tentang pesawat yang hilang dan mengarahkan soalan tersebut ditanya kepada pegawai penerbangan di Malaysia.

Usaha menghubungi pegawai tersebut oleh Sydney Morning Herald tidak berjaya.

Menurut laporan tersebut, data daripada sistem naik taraf yang hampir serupa membolehkan penyiasat mengecilkan kawasan pencarian kepada 64 kilometer di Lautan Atlantik dalam kes hempasan 2009 pesawat AirFrance.

Dalam masa lima hari mereka dapat menjumpai serpihan daripada hempasan itu.

Ini bukannya kali pertama Malaysia Airlines terpampang di muka depan akhbar kerana tidak melanggan program yang dapat membantu pencarian MH370.

Bloomberg melaporkan minggu lepas bahawa syarikat penerbangan itu tidak memasang satu perkhidmatan Boeing yang mengumpul data prestasi secara langsung untuk penerbangan seperti MH370 yang penting dalam penyelenggaraan pesawat.

Pencarian Boeing 777-200ER (9M-MRO) kini fokus kepada dua sudut kawasan pencarian yang luas, satu menuju daratan di utara dari Laos ke Lautan Caspian, dan kedua ke arah selatan, melalui Lautan Hindi dari kepulauan Sumatra Indonesia ke barat Australia.

Reuters mengatakan bahawa jangkaan pencarian yang disertai 26-negara ini akan dapat membawa hasil yang cepat kini semakin berkurangan, tetapi para penyiasat mengesahkan bahawa mereka sedang menumpukan perhatian kepada kawasan terpencil Lautan Hindi selepas tidak dapat mencari kesan pesawat tersebut di kawasan utara.

"Kepentingan kita sedang diberi pada kawasan itu," kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Australia sedang mengetuai operasi mencari dan menyelamat di bahagian sudut selatan, dengan bantuan tentera laut Amerika Syarikat.

Kawasan mencari sudah diperkecilkan mengikut data yang dikesan satelit dan analisis cuaca dan arus, tetapi kawasan itu masih lebih kurang 600,000 batu persegi, lebih kurang saiz Sepanyol dan Belanda. – 20 Mac, 2014.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH