Masih tidak jumpa MH370, Serpihan Dekat Pulau Tho Chu Bukan daripada Pesawat
[Bernama] Bahan serpihan yang dikesan pasukan mencari Singapura kira-kira 100 kilometer di barat daya pulau Tho Chu, Vietnam, tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (JPA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata walaupun tompokan minyak juga dijumpai, tetapi belum ada pengesahan mengenainya.
"Ada tompokan minyak dijumpai, tapi kami masih dalam proses mendapatkan pengesahan sama ada ia berasal daripada pesawat yang hilang itu. Kami belum menerima laporan mengenainya," kata beliau pada sidang akhbar di Sepang hari ini.
Awal hari ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemukan satu tompokan besar minyak kira-kira 100 batu nautika dari Tok Bali, Kelantan.
Azharuddin berkata ketika ini pasukan penyelamat, yang menggunakan 40 kapal dan 34 pesawat terbang dari sembilan negara, tidak menemukan sebarang petanda yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370, walaupun operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kedua. – 9 Mac, 2014.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.