Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Khamis, 3 Julai 2014

[PANAS] Pemimpin DAP Kecam Larangan Puasa terhadap Umat Islam di Xinjiang, China




[RoketKini] GEORGE TOWN, 3 JUL – Tindakan pihak berkuasa wilayah Xinjiang, sebuah daerah di barat laut China, melarang umat Islam menunaikan ibadah puasa adalah bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menegaskan hal tersebut dalam kenyataan medianya awal pagi tadi yang antara lain menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu penindasan terhadap penduduk Islam Xinjiang yang didiami etnik minoriti Uighur.

“Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, ibadah puasa mengajar kita nilai bersederhana, pengorbanan dan membuat amal kebajikan.

“Malangnya dunia sedang mengalami ekstremisme di merata-rata tempat,” ujar beliau.

Menafikan rakyat Islam China daripada mengamalkan rukun utama agama adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia,” tegasnya.

Bersedih dengan penindasan terbabit, Steven mengutuk keras tindakan tersebut sambil menyatakan solidariti bersama mereka yang tertindas di seluruh dunia yang menjadi mangsa kepentingan politik sempit.

Notis larangan berpuasa tersebut dilaporkan telah dimuatnaik beberapa jabatan kerajaan daerah berkenaan sejak bermulanya Ramadan hujung minggu lalu.

Larangan itu ternyata bukan kali pertama dikuatkuasakan. Menurut laporan media, kerajaan pimpinan Parti Komunis itu telah mengenakan larangan berpuasa di Xinjiang sejak beberapa tahun lalu.


P/s: Ada perkara yang kita tidak bersetuju dengan DAP, misalnya tentang pendirian parti itu terhadap hukum hudud. Namun, hujah mereka menentang hudud kerana undang-undang Islam itu bertentangan dengan Perlembagaan (Siapa yang merangka Perlembagaan?). Setakat ini, tidak pernah kedengaran mereka menghina hudud atau Islam.

Itu fakta.

Dalam keadaan Malaysia, UMNO, dan NGO Islamnya senyap sunyi terhadap pelbagai kekejaman kerajaan komunis China terhadap umat Islam terutamanya etnik Islam Uighur, pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan kerajaan China itu yang melarang umat Islam di Xinjiang menunaikan ibadah puasa. Hal itu tegas Steven Sim bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia.

Persoalannya, beranikah Malaysia yang mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan komunis China mengemukakan kecaman dan bantahan tatkala kita diuar-uarkan tentang rancangan pembinaan Taman Persahabatan Malaysia-China di Putrajaya dan peminjaman dua ekor panda yang menelan kos RM70 juta selama 10 tahun? Mampukah Malaysia bersuara apabila pelbagai usaha sedang dilakukan atas nama menghargai persahabatan antara Malaysia dengan China yang melebihi 40 tahun? 

Di mana pula suara NGO Islam mesra UMNo yang selama ini cukup lantang mengkritik dan membantah DAP? Bilakah mereka akan membuat demonstrasi membantah tindakan China itu? Umum tahu bahawa respons dan tindakan mereka amat pantas jika sesuatu perkara itu dikaitkan dengan DAP.

Jika tiada sebarang respons daripada pihak NGO dan kerajaan, maka pandai-pandailah mereka mencermin diri dan berasa malu terhadap DAP yang selama ini ditohmah anti-Islam dan anti-Melayu.



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH