Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Selasa, 10 Mac 2015

Perjanjian Air Tamat, Putrajaya Langgar Terma - Azmin Ali





Perjanjian induk penstrukturan air Selangor antara kerajaan negeri dan pusat yang berakhir hari ini tidak akan dilanjutkan selepas penangguhan kali kedua, kata Mohamed Azmin Ali dalam laporan Selangor Kini.

Menteri besar itu berkata, Putrajaya ‘melanggar terma’ perjanjian ditandatangani September tahun lepas menyebabkan Selangor tiada pilihan lain.

"Apabila saya menjadi menteri besar September tahun lalu, saya bersedia untuk meneruskan perjanjian. Tetapi kerajaan persekutuan gagal memenuhinya, bahkan meminta lanjutan tempoh.

“Apa pilihan yang kita ada? Saya mahu melihat syarat baru yang mereka ingin bincangkan dengan kerajaan negeri,” kata Azmin di lobi Parlimen pada hari pertama mesyuarat pertama, penggal ke-3 Parlimen ke-13 hari ini.

Katanya, seperti dilaporkan portal kerajaan negeri itu, perkara sama turut berlaku pada Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang dibatalkan.

“Begitu juga dengan projek Kidex, selepas kita batalkan, baru menteri pengangkutan datang untuk berbincang berkenaan pelan pengangkutan awam,” beliau dipetik sebagai berkata.

Menurut portal itu, Selangor sebelum ini memberikan lanjutan tempoh sebanyak dua kali kepada Putrajaya bermula Januari lalu.

Pada 12 September 2014, Putrajaya dan Selangor memeterai Perjanjian Utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri itu.

Dengan termeterainya perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd (ASSB), sebuah entiti baharu akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan serta perkhidmatan bekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi.

Perjanjian utama mengenai penstrukturan industri bekalan air antara Selangor dan Putrajaya ditandatangani pada 12 September 2014.

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani bagi pihak kerajaan negeri sementara Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan pusat.

Majlis tersebut diadakan di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Putrajaya tetapi pihak media tidak dibenarkan menghadirinya.

Pada 16 Februari, Azmin mengumumkan pembatalan Kidex yang bernilai RM2.42 bilion kerana syarikat konsesinya Kidex Sdn Bhd tidak mematuhi syarat yang ditetapkan kerajaan negeri sebelum tempoh masanya tamat pada 14 Februari.

Syarikat itu pada mulanya diberi tempoh 12 bulan daripada tarikh perjanjian asal konsesi ditandatangani untuk memenuhi beberapa syarat, kemudian dilanjutkan sehingga 15 Februari, 2015. – 9 Mac, 2015.

Berkaitan:

Putrajaya Tunggu Penjelasan Azmin Tidak Lanjut Perjanjian Air Selangor

Putrajaya mahu Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memberikan penjelasan berhubung keputusan tidak melanjutkan perbincangan mengenai perjanjian penstrukturan semula air negeri terkaya Malaysia itu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, Putrajaya kini sedang menunggu surat rasmi daripada Azmin sebelum sebarang hujahan balas dapat diberikan.

“Kita tunggu surat rasmi daripada kerajaan Selangor dan penjelasan yang akan diberikan mereka berhubung keengganan melanjutkan tarikh bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Azmin semalam berkata, perjanjian induk penstrukturan air Selangor antara kerajaan negeri dan pusat yang berakhir, tidak akan dilanjutkan selepas penangguhan kali kedua.

Katanya, Putrajaya melanggar terma perjanjian ditandatangani September tahun lepas, semasa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih menjadi menteri besar menyebabkan Selangor tiada pilihan lain.

"Apabila saya menjadi menteri besar September tahun lalu, saya bersedia untuk meneruskan perjanjian. Tetapi kerajaan persekutuan gagal memenuhinya, bahkan meminta lanjutan tempoh.

“Apa pilihan yang kita ada? Saya mahu melihat syarat baru yang mereka ingin bincangkan dengan kerajaan negeri,” kata Azmin ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

Sementara itu, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia berkata kerajaan negeri Selangor seharusnya membuat perbincangan awal sebelum apa-apa keputusan diambil.

Presidennya, S Piarapakaran berkata rakyat juga perlu diberikan alasan mengapa kerajaan negeri itu tidak berminat untuk melanjutkan rundingan perjanjian selepas penangguhan kali kedua.

“Dengan menamatkan perjanjian ini, seluruh pengguna air di Lembah Klang akan terjejas teruk kerana simpanan air terawat sangat rendah sekali gus memberi impak tinggi kepada bekalan air sedia ada.

“Jangan bertelagah dan membuat keputusan mendadak tanpa berunding dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia. – The Malaysian Insider/10 Mac, 2015.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH