Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Sabtu, 7 Mei 2016

Presiden PAS Singgung Perasaan Rakyat Sarawak dengan Isu Kaum dan Agama




KUALA LUMPUR, 5 MEI: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bukan sahaja bersikap tidak sensitif terhadap semangat muhibah rakyat Malaysia, malah menyinggung perasaan rakyat Sarawak apabila menegaskan partinya tidak mahu ‘menghalalkan’ orang bukan-Islam atau DAP memerintah Sarawak.

Mengikut laporan Malaysiakini yang menyediakan satu klip video ceramah, Hadi dilaporkan berkata PAS hanya mahu Sarawak diperintah oleh kaum Bumiputera dan bukan oleh kaum lain, dan Bumiputera itu mestilah yang beragama Islam sahaja.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata Hadi telah menunjukkan sikapnya yang sebenar terhadap masyarakat bukan-Islam apabila menyatakan hanya orang Islam berhak memimpin Sarawak dan Sabah.

Menurutnya, DAP sebagai parti pelbagai yang turut berjuang untuk orang Islam dan bukan-Islam tidak pernah menuntut supaya jawatan Ketua Menteri Sarawak diberikan kepada kaum Cina.

Namun, katanya, tidak ada sebab untuk DAP menolak pemimpin Bumiputera, sama ada Islam atau bukan-Islam, untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak.

“DAP amat kecewa dengan retorik melampau Presiden PAS di Kuching malam tadi dengan kenyataannya bahawa orang bukan-Islam Bumiputera atau orang Cina tidak boleh memimpin Sarawak.

“Kenyataan anti masyarakat bukan-Islam oleh Hadi bukan sahaja memecahbelahkan kesatuan rakyat tetapi juga menyinggung perasaan bumiputera bukan-Islam yang merupakan majoriti di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut laporan media yang memetik perangkaan Jabatan Statistik pada 2014, kaum Dayak – Iban, Orang Ulu, Bidayuh dan kaum-kaum lain – yang majoritinya beragama Kristian mewakili 45.4 peratus penduduk Sarawak, diikuti dengan Melayu (24.4 peratus) yang hampir sama ramai dengan Cina (24.2 peratus), dan Melanau (5.4 peratus) serta kaum lain (0.06 peratus).

Menegaskan kenyataannya, Guan Eng berkata, DAP juga menerima hakikat bahawa Perdana Menteri Malaysia dipilih daripada kalangan orang Melayu yang mencerminkan majoriti populasi rakyat Malaysia.

“Tetapi mengapa pula Hadi tidak boleh menerima Bumiputera bukan-Islam menjadi Ketua Menteri Sarawak sedangkan mereka merupakan majoriti di Sarawak?” soal beliau. – Roketkini.com


Berkaitan:

Dayak Akan Jadi Ketua Menteri Jika Kerajaan Baru Sarawak Dibentuk pada Tahun 2021 

MURUM, 6 MEI: Pemimpin dari kaum Dayak akan dipilih menjadi Ketua Menteri Sarawak jika DAP serta parti-parti yang seangkatan dengannya menang dalam pilihanraya negeri akan datang pada tahun 2021.

Ketua Menteri Sarawak yang pertama adalah mendiang Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan yang memegang jawatan itu apabila Sarawak membentuk Malaysia bersama Sabah, Singapura dan Malaya pada 1963. Bagaimanapun kemelut politik yang melibatkan campurtangan Kerajaan Persekutuan menyebabkan pemimpin dari kaum Iban itu disingkirkan daripada jawatannya pada 1966.

Penggantinya adalah Datuk Seri Penghulu Tawi Sli, juga seorang Iban, yang disukai Persekutuan memegang jawatan ketua menteri sehingga 1970, di mana ia menjadi era terakhir pimpinan Iban di Sarawak.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata jika DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri yang baru pada 2021, ia akan memilih pemimpin dari kaum Dayak untuk menerajui negeri Sarawak.

Untuk mencapai matlamat itu, katanya, ia bermula esok apabila pengundi membuat keputusan dalam pilihanraya Sarawak, iaitu:
Mengekalkan kesemua kerusi DAP yang dimenangi dalam pilihanraya Sarawak 2011; dan
Memenangi kerusi di kawasan majoriti Dayak, iaitu membawa seramai mungkin Adun-Adun DAP dari pelbagai kaum ke dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak.

“Saya berani nyatakan bahawa jika DAP berjaya membentuk kerajaan negeri Sarawak pada pilhanraya negeri 2021 nanti, Ketua Menteri Sarawak pertama DAP akan besar kemungkinan adalah dari kaum Dayak dan bukannya kaum Cina,” katanya.

Malah, Kit Siang dalam kenyataan medianya itu turut menyeru supaya rakyat Malaysia bergerak ke arah kesepaduan pelbagai etnik, kumpulan, bahasa, agama dan budaya, dan tidak mencemarkan aspirasi itu dengan mencipta perbezaan yang seterusnya mengakibatkan perpecahan.

Atas semangat itu, Ahli Parlimen Gelang Patah itu berpendapat bahawa mana-mana parti politik yang menawarkan sesuatu yang bakal mewujudkan perpecahan di dalam kalangan rakyat di negara ini sewajarnya ditolak pada pilihanraya negeri Sarawak yang akan bermula esok.

Beliau yang dalam kunjungannya ke 15 kawasan majoriti kaum Dayak di Sarawak turut melahirkan kekesalan ekoran kekurangan infrastruktur dan kepayahan yang terpaksa dihadapi penduduk berikutan kekurangan atau ketiadaan langsung keperluan asas seperti air, elektrik dan jalan raya.

Laporan media Sarawak sebelum ini yang memetik perangkaan Jabatan Statistik pada 2014 menyatakan bahawa kaum Dayak – Iban, Orang Ulu dan Bidayuh – yang majoritinya beragama Kristian mewakili 45.4 peratus penduduk Sarawak, diikuti dengan Melayu (24.4 peratus) yang hampir sama ramai dengan Cina (24.2 peratus), dan Melanau (5.4 peratus) serta kaum-kaum lain (0.06 peratus).

Kit Siang menjelaskan, beliau juga sedih dan marah dengan isu pembinaan Empanagan Bakun yang bernilai berbilion ringgit yang mengakibatkan Orang Ulu di kalangan kaum Kenyah di sini kehilangan tanah adat, sungai dan hutan mereka ekoran dirampas pihak pemaju sejak 18 tahun yang lalu.

“Bagaimana Malaysia boleh menjadi negara yang membangun dalam tempoh empat tahun menuju 2020 jika majoriti kaum Dayak di seluruh Sarawak telah dinafikan untuk menikmati infrastruktur asas seperti air paip, elektrik, jalan?

“Malah keperluan manusia seperti pendidikan, kesihatan dan peluang pekerjaan juga tidak sempurna?” katanya, menambah bahawa alasan itu sahaja sudah cukup untuk rakyat Sarawak bangkit untuk melakukan perubahan melalui pilihanraya negeri esok. – Roketkini.com

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH