‘Saya tak jangka dipecat daripada Pas’
KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan belia tidak menjangka akan dipecat dari Pas.
Katanya, beliau menjangkakan hanya dipanggil oleh jawatankuasa disiplin bagi menjelaskan pertuduhan yang dibuat oleh jawatankuasa terhadapnya.
"Saya jangkakan yang saya hanya akan dipanggil. Itu sahaja. Takkan hanya kerana saya menegur, saya dipecat?" soalnya dalam program Dialog Bersama Husam Musa di sini, hari ini.
Beliau dalam pada itu menganggap dirinya masih sebagai ahli Pas memandangnya beliau belum menerima surat rasmi berhubung pemecatannya.
"Saya yakin Pas tidak akan pecat saya. Adakah apa yang saya katakan betul. Kalau betul kenapa saya boleh kena pecat?
"Saya hanya dengar tentang berita itu menerusi media. Selebihnya tidak ada apa-apa. Tidak ada surat rasmi, panggilan telefon, teks yang mengatakan saya dipecat," katanya lagi. -Sinar Harian/19/5/2016
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.