Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

Ahad, 31 Mei 2009

PENANTI: KEPUTUSAN


- Mansor Othman (PKR) 6,052 undi

- Aminah Abdullah (Bebas) 392 undi

- Nai Khan Ari (Bebas) 494 undi

- Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 56 undi

Jumlah mengundi: 7,100

Peratus: 46.15

Undi rosak: 106 undi

Majoriti: 5,558 undi

,

PENANTI: NASIB AMINAH "MENEBALKAN" MUKA TERJAWAB HARI INI

HARI INI 31 MEI 2009, HARI BERLANGSUNGNYA PILIHAN RAYA KECIL DI DUN PENANTI, PULAU PINANG. NAMUN, SAYA MASIH TERNANTI-NANTI RAHSIA BESAR YANG DIKATAKAN MAHU DIBONGKARKAN OLEH AMINAH ABDULLAH. PILIHAN RAYA SUDAH BERMULA. TIDAK TAHULAH JIKA AMINAH SUDAH MEMBONGKARNYA PADA MALAM TADI. JIKA SUDAH DIBONGKARKAN, MAKA SAYA TERTUNGGU-TUNGGU PULA LAPORAN MEDIA TENTANG PERKARA TERSEBUT. WALAU BAGAIMANAPUN, BUAT MASA INI RAHSIA BESAR YANG MAHU DIUMUMKAN OLEH AMINAH ITU MASIH MENJADI MISTERI. SELAIN DAKWAAN DISOGOK OLEH PKR, RAHSIA BESAR ITULAH YANGB DINANTI-NANTIKAN OLEH ORANG RAMAI. APAKAH RAHSIA BESAR YANG DIMAKSUDKAN? ATAU AMINAH ABDULLAH INI SEBENARNYA DIJANGKITI VIRUS RAJA SUMPAH YANG MERACAU-RACAU SAMBIL MENGELUARKAN KATA-KATA YANG PENUH DENGAN UNSUR IMAGINASI.

BERBALOI ATAU TIDAK AMINAH ABDULLAH "MENEBALKAN" MUKA MENJAJA KISAH SOGOKAN JAWATAN DAN WANG AKAN TERJAWAB HARI INI. JIKA MENANG, MAKA KARIER POLITIK AMINAH PASTI AKAN TERUS BERNYAWA SEKURANG-KURANG SEHINGGA PILIHAN RAYA UMUM AKAN DATANG. JIKA KALAH, MAKA SUDAH TENTU KARIER POLITIKNYA AKAN MENERIMA NASIB YANG SAMA DENGAN DAKWAAN RAHSIA BESARNYA ITU ...TERAWANG-AWANG DAN DISELUBUNGI MISTERI. LAINLAH JIKA PEKEMBAR MAHU MENGAMBIL SRIKANDI PULAU MUTIARA INI KE PANGKUAN MEREKA DAN MEREKRUTNYA MENJADI HULUBALANG BARU PARTI TERSEBUT.

Sabtu, 30 Mei 2009

Pendatang Haram: Mengapalah Kita Terlalu Baik Hati Sehingga Kepala Dipijak Orang?


Artikel yang saya pautkan di bawah ini asalnya turut menyentuh tentang Chin Peng @ Ong Boon Hua. Namun, saya pautkan tentang pendatang haram sahaja. Mungkin cerita tentang petualang negara ini akan disentuh dengan panjang lebar sedikit masa lagi. Selain pandangan yang diberikan oleh Pak Kadir, saya turut terpanggil untuk menekankan perkara yang menjadi kebimbangan bukan sahaja oleh Pak Kadir, malah orang lain yang dapat "melihat" akan ancaman di balik kemurahan hati kita membuka pintu negara kepada rakyat asing.

Tidak pernah terfikirkah pemimpin negara tentang implikasi melonggarkan syarat kemasukan rakyat CHINA, dan INDIA masuk ke negara ini? Atau membenarkan agensi pekerja asing dengan wewenang membawa masuk pekerja dari INDONESIA, BANGLADESH, VIETNAM, dan sebagainya ke negara ini sehingga ada yang tersadai di bawah jambatan. Tidak kisahlah kemasukan mereka atas apa-apa tujuan sekalipun. Cuba bayangkan jika warga INDONESIA, CHINA, dan INDIA tersebut benar-benar tidak mahu pulang ke negara asal selepas seronok melancong atau selepas tamat pengajian atau selepas tamat tempoh permit kerja, SEKILAS PANDANG mudahkah kita membezakan mereka dengan warganegara sendiri? Jika mudah, tidak mungkin kita mudah mendengar kecacamarbaan perilaku warga asing di negara ini. Ada yang melacur, ada yang membunuh, ada yang merogol, dan bermacam-macam lagi perilaku negatif yang lain.

Dalam hal ini, kita sepatutnya mencontohi kecerdikan negara lain yang tegas dalam menangani masalah pendatang haram dan polisi yang membenarkan kemasukan rakyat asing ke negara mereka. Bukannya kita mahu menghalang kedatangan pelancong asing, tetapi kita tidak mahu negara ini menjadi lubuk kemewahan rakyat asing dan menjadi pusat pendatang haram di rantau ini atas "kepintaran" kita mengatur strategi yang kunun-kununnya dapat menjanakan ekonomi negara namun yang diperoleh sebaliknya. Oleh sebab itu, selain bijak mengatur strategi memenangi pilihan raya, kita mahu pemimpin negara juga bijak mengatur strategi untuk menangani masalah ini.

Dalam hal berkaitan dengan pendatang haram, kita sebenarnya "sudah terhantuk" namun masih belum "tengadah". Kita pernah melakukan kesilapan suatu ketika dahulu, namun kita tidak pernah belajar daripada kesilapan tersebut. Kesilapan yang sama berulang-ulang walaupun negara sudah mencecah 52 tahun merdeka. Kita pernah mendengar laporan akhbar pada tahun 2005 yang lalu bahawa 50 000 ribu rakyat China enggan pulang ke negara asal mereka beberapa tahun yang lalu. Sudah selesaikan masalah tersebut? Sudah ditangkap dan dihantar pulangkah pendatang-pendatang haram tersebut? Itu kisah beberapa tahun yang lalu. Bayangkanlah jumlahnya pada waktu sekarang. Mungkin rakyat asing yang kini bergelar pendatang haram ini sudah beranak pinak dengan penanam halia dan penternak ayam seperti yang disebutkan oleh Pak Kadir? Itu data yang dikesan oleh pihak Imigresen, bagaimana pula dengan rakyat asing yang masuk secara haram?

Bagaimana pula dengan pendatang haram dari Indonesia? Rakyat Indonesia sama ada masuk secara sah atau haram sudah dapat dilihat di mana-mana. Malah, turut kelihatan bekerja di ladang-ladang kelapa sawit nun jauh di ceruk-ceruk kampung di sekitar Kuala kangsar, Perak. Maka tidak hairanlah jika jumlah mereka di sini sudah mencecah jutaan orang. Berkat usaha gigih mereka, ada yang sudah membina banglo di negara kita, dan bukan menjadi suatu yang aneh jika banyak warga Indonesia yang bekerja secara haram di sini sudah membina banglo masing-masing di negara asal. Hal ini pernah diberitahu sendiri oleh pekerja kontrak Indonesia kepada saya.

Ini baru menyentuh tentang pendatang haram...belum lagi menyentuh tentang "kecerdikan" kita menjaga kedaulatan negara sehingga hilang tanah jajahan, iaitu Singapura dan Pulau Batu Putih. Belum lagi bercerita tentang "kepandaian" kita berniaga air dengan Singapura, belum juga menyentuh tentang "kebijakan" kita berdiplomasi sehingga menghantar rombongan ke China menerangkan perkara yang kunun-kununnya berlaku kepada warganya, namun sebenarnya berlaku kepada warga sendiri. Begitu juga delegasi ke India dan sebagainya.

Pautan dari blog Datuk A. Kadir Jasin

"...Berbalik kepada suasana semasa, negara kita sedang dibanjiri pendatang haram (ya, pendatang haram – illegal immigrants) daripada pelbagai benua dan negara.

Kalau pendatang haram, pendatang haramlah. Buat apa kita nak panggil pendatang tanpa izin? Di seluruh dunia, istilahnya adalah pendatang haram atau illegal immigrants bukan pendatang tanpa izin atau immigrants without permission.

Kenapalah kita ini baik dan berbudi sangat sampai orang pijak kepala kita?

Mereka datang dari Indonesia sebagai buruh. Habis permit mereka tidak pulang. Mereka datang dari Negeri China atas Visa Pelajar. Mereka jadi GRO, pelacur dan masuk ke kawasan pedalaman berkahwin dengan penanam halia dan penternak ayam.

Mereka datang dengan permit dari Bangladesh, India dan Pakistan, tetapi mereka jadikan negara kita batu loncatan masuk secara haram ke Australia, Amerika atau Eropah sehingga kita dicap melakukan penyeludupan manusia (human trafficking).

Bayangkan apa akan terjadi kalau kita benarkan “pelancong” dari negara raksasa yang miskin seperti China dan India masuk tanpa visa atau kita longgarkan syarat. Dalam sekelip mata mereka akan membanjiri negara kita yang kecil tetapi sangat baik hati ini.

Bayangkan, Malaysia ada 24 juta penduduk. China ada 1.3 bilion penduduk dan India ada satu 1.13 bilion penduduk. Sepatutnya kita mengetatkan syarat kemasukan pendatang daripada semua destinasi berisiko, termasuk pelancong yang semakin ramai melencong menjadi GRO, pelacur, perempuan simpanan, calon isteri dan pengemis.

Menang betul kerajaan telah membebaskan 27 sektor kecil perkhidmatan daripada syarat Dasar Ekonomi Baru, tetapi ini tidak bermakna kerajaan perlu membuka pintu negara untuk dibanjiri oleh pendatang yang tidak diingini seperti pelajar dan pelancong merangkap GRO dan pelacur.

Baru-baru ini akhbar New Straits Times menyiarkan berita mengenai jenayah bersindiket yang meraih berbilion ringgit setahun hasil pelacuran dan dadah.

Anggota sindiket ini tidak teragak-agak memangsakan kaum sebangsa mereka apatah lagi pelancong dan pelajar dari negara-negara miskin seperti China, India dan Indonesia.

Betul, banyak negara, termasuk negara-negara maju sedang membuka pasaran mereka untuk menarik pelaburan dan pekerja mahir.

Maka kita janganlah terus jadi bodoh dengan menliberalisasikan sektor perkhidmatan kita kemudian membuka pintu masuk negara kita kepada pelancong murah, kepada buruh dari Bagladesh yang diimport oleh sindiket, pengemis, GRO dan pelacur Negeri China dan penjaja jalanan dari Afrika.

Mungkin ada pihak yang cuba mempersendakan saya apabila mereka mengatakan cara terbaik menarik pelancong ialah dengan melonggarkan syarat perjalanan untuk penduduk negara raksasa seperti China dan India.

Saya harap, macam kata ungkapan Orang Putih, “they are pulling my leg” pada saat-saat Perdana Menteri sedang bersiap sedia untuk menjejaki Allahyarham ayahandanya ke Negeri China.

Jangan melawak dengan perkara macam ini. Bukan kita tidak mahu pelajar, pelabur atau pelancong dari Negeri China atau mana-mana negara, tapi kita kena pastikan agar bila kita buka pintu kuala, ikan siakap yang masuk dan bukan sampah sarap.

Ingat rintihan nenek moyang kita – kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kebuluran kerana menyesal dahulu kedapatan, menyesal kemudian tidak berguna
."


,

Jumaat, 29 Mei 2009

DEBAT POLITIK WANG: HUSAM MASIH MENANTI SAHUTAN ZAHID

"Janganlah iklan berdegar-degar, tetapi tidak siapa ingin mengambil tanggungjawab dari gagalnya debat pada malam tadi. Tidak Zahid, tidak juga TV9? “

"Isu sepenting ini, jika kita serius, hendaklah dibincangkan dengan penyertaan pihak yang berautoriti, samada dalam parti mahu pun kerajaan. Itu sebab saya mensyaratkan tokoh seperti Dato' Zahid atau orang yang sepadan dengan beliau."

"Oleh yang demikian saya dengan rasa dukacita, menarik diri dari menyertai program ini dan menasihati penerbit rancangan supaya ianya ditunda kepada satu tarikh lain di masa hadapan yang sesuai dengan jadual YB Menteri,"

"Saya sudah berada di Sri Pentas malam tadi. Zahid tidak muncul. Saya kesal, tapi saya bersedia menunggu untuk tarikh yang baru."


Demikianlah antara luahan rasa kecewa Dato’ Paduka Husam Musa dalam blognya apabila Menteri Pertahanan Dato’ Ahmad Zahid Hamidi menarik diri pada saat akhir daripada program Hujah di TV9 baru-baru ini. Penarikan Zahid pada saat-saat akhir ini mencetuskan tanda tanya. Alasan yang diberikan ialah keuzuran. Walaupun kecewa dengan kejadian tersebut, Husam masih lagi menanti sahutan Zahid untuk membicarakan topik “Politik Wang” seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Adakah sahutan ini akan dijawab oleh Zahid demi mempertahankan "kepewiraan"nya sebagai hulubalang UMNO dan selaku Menteri Pertahanan negara? Tunggu & lihat.

Yang berikut ialah pautan dua artikel dari blog Malaysia Waves dan Kickdefella yang turut membuat andaian tentang punca di balik penarikan Zahid daripada program tersebut:
Apakah Ini Alasan Mengapa Ahmad Zaid Hamidi Keuzuran
Kempen Terbaru Umno Untuk Pemilihan Pas: Zahid Hamidi Tarik Diri

,

Khamis, 28 Mei 2009

PENANTI: TRANSKRIP CD AMINAH ABDULLAH

"BUTTERWORTH: An audio recording purportedly a conversation between Independent candidate Aminah Abdullah and PKR supreme council member Cheah Kah Peng and Peter Lim Eng Nam, revealed there were mentions of a Deputy Chief Minister 1’s post and council president’s post being offered.

However, the post of DCM I was offered if the PKR candidate Mansor Othman was disqualified on nomination Day.

“Kalau Mansor hilang layak, Kak Nah akan disokong penuh oleh PKR untuk lawan, menang kerusi itu, jadi TKM. Itu peluang nipis, tetapi kena kira juga. Malik (state exco member Abdul Malik Abul Kassim) and Maktar (Sungai Bakap state assemblyman Maktar Shapee) tak boleh jadi TKM. (If Mansor is disqualified, Kak Nah will get full support of PKR to fight, win the seat and become DCM. That is a small possibility but must be considered. Both Malik and Mohtar cannot become Deputy Chief Minister.),” the duo allegedly were heard saying this during the conversation involving Aminah and her husband, Mohd Rofi over a friendly discussion lasting more than three hours at her house on May 13. Their conversation was purportedly recorded on a cd.

The second offer of the Seberang Prai Municipal Council president’s post apparently would only materialise, if she withdrew from the contest and rejoined the party and sided with the state PKR leaders and Mansor in their quest to oust Penang PKR leader Datuk Zahrain Mohamed Hashim.

Kalau terima counter offer, MPSP YDP siapa lagi? Kita pi rebut itu jawatan untuk Kak Nah, they said. (If the counter offer is accept, who else will become Seberang Prai Municipal Council president? We will go and grab the post for the Kak Nah).

There were also mention of compensation of RM8,000 if Aminah had to forfeit her deposit in the event she had to withdraw from the contest within three days of the nomination day.

The conversation involving Aminah, her husband Mohd Rofi and two other men also touched on the RM80,000 compensation offer either by Mansor or the party for the by-election.

As they discussed, they had lunch. There were sounds of cock crowing in the background and motorcycles passing by. It was also raining quite heavily at the time.

They also talked about two pretty Chinese newspaper reporters, one of whom who got married recently.

The following are the excerpts of the conversation:

One of the two PKR leaders tells Aminah he wanted to provoke Zahrain:

Datuk Zahrain, saya dengar you dan orang you nak biar Dr Mansor kalah ataupun u nak bertanding di Penanti. Joking lah. Orang kata you macam itu. Tak ada lah (quoting Datuk Zahrain). Bukan saya nak buat Mansor.. adalah Malik. Dia pi cakap kepada Lim Guan Eng ada orang lain mahu tanding, takmahu bagi Mansor tanding.

One of them say: Dr Mansor bagus, tetapi slow...dia lemah, lemah lah Dr Mansor ada bagi tahu saya, mungkin ada tengah orang yang mahu kerajaan Pulau Pinang yang lebih tulus (clean),

Memang tak ada dalam pimpinan Melayu, memang tak ada orang nak lawan Zahrain.

Mohd Rofi: Tak ada orang nak lawan Zahrain, tak ada orang. Kita orang sahaja. (laughter) lebih layak ialah Dr Mansor

One of them say: Kita datang sini bukan untuk bincang Kak Nan boleh menang Mansor tetapi buat analysis bersama. Rugi segi tenaga dan impak kita.

Keputusan akhir kita mahu bagi ajaran kepada PKR negeri Pulau Pinang. Ada satu kumpulan tulin dalam parti, kita terima juga dan bawa perubahan, kita mahu boleh bawa perubahan. Tetapi kalau kak tewas dengan tak cantik, itu pun perubahan dalam parti juga.

Kita cadang macam ini. Kita itu hari cadang kepada Tian Chua and Kah Peng, Tian Chua sokong dan terima. Kita bincang sahaja. Makin hari makin image kak tingkat saat akhir,Kak tarik diri dan beri peluang (Kak Min) wish, goodwill kepada Dr Mansor semoga dia berjaya di pilihan kecil ini, bagi teguran buat baik-baik,jangan lembut-lembut (Kak Mins husband)

Kalau you calun, BN ada calun, mungkin ada calun bebas..last minute Kak Aminah bagi teguran kepada Mansor dan undur Kita akan buat statement you undur diri untuk kepentingan (inaudible) dapat tepukan daripada akar ubi PKR and seluruh penyokong PKR, rakyat PP timing mesti cantik kalau terima package ini.

Lepas itu, lepas kemenangan Dr Mansor buat counter offer balik ke pangkuan PKR, Kak Nah balik punya time macam satu pemimpin memihak kepada Dr Mansor, gang kita, menentang Zahrain

Aminah: Bagaimana kita nak menentang Zahrain. Lim and Kah Peng say: Boleh, boleh, ada plan

Aminah: You tahu kah Anwar Ibrahim sayang sangat dia.

They said: Kita tahu tetapi perlembagaan kita akan bertukar bulan enam ini dimana kita nak tambah satu clause yang menyatakan ketua negeri dimasa depan akan dilantik tetapi mesti disokong oleh majority kebahagian kita control bahagian.

Aminah also then asked to return to PKR to attack from within.

Orang kuat seperti Umno kita dapat tewaskan. Apatah Kah Nah calun bebas, tak ada apa-apa kesan. You kena masuk dalam parti impact dalam, baru dia rasa, kita kerjasama, Kita satu kumpulan, tak mahu orang ambil kesempatan, kita halau keluar..kalau Anwar Ibrahim pun kita boleh marah dan serang dia juga. Kalau kita mahu jatuhkan orang, lebih senang dari di dalam.

They then discussed about chances of Barisan not contesting in Penanti and the possibility of Mansor winning without contest if Barisan, PAS and Aminah withdraw and whether for Aminah to withdraw before or after nomination and that she would lose the deposit then.

One of the two say: Tak apa, itu kita minta parti bagi balik RM8,000 kena bayar, Mohd Rofi quips : RM8 juta (laughter).

They also talk about Aminah going into the contest as insurance in case Mansor is disqualified.

Kalau Mansor hilang layak, Kak Nan akan di sokong penuh oleh PKR untuk lawan, menang kerusi itu, jadi TKM. ..itu peluang nipis, tetapi kena kira juga. Malik and Mohtar cannot possibly be TKM.

Aminah: Mansor itu baik orang, tetapi dia tak cakap banyak, dia punya pr kurang, lagi mahu senyum pun susah Kah Peng: Kalau terima counter offer, MPSP YDP siapa lagi? Kita pi rebut itu jawatan untuk kak Nah.

Aminah: Kah Nan survey juga. Dia orang cakap, apa lah image PKR, sudah taruh Fairus, sekarang bagi dia jatuh pula, ini mahu taruh Dr Mansor, ini siapa orang, kita orang tak kenal.

Kah Peng: Selepas penamaan tengok lah. Kalau one to one, kalau peluang pihak ke Aminah, Aminah terus lawan, kalau peluang u 34-40 sahaja, dia 60, lebih baik, bagi dia, tak payah..dia jimat duit, dia bagi gantirugi kepada pihak kita tetapi persetujuan mesti dibuat sebelum penamaan

Kah Peng: Kalau OK, kita bincang dengan Dr Mansor. Berapa yang you belanjakan di bayar oleh Dr Mansor atau party.

Mohd Rofi: Kita ada bukti. Kita rakamkan masa perhubungan negeri. You pun tak tahu. Kita rakam empat benda.

Kah Peng said even if there is agreement, Aminah must start with her campaign like operations room, banner

Mohd Rofi: Kita semua ada. Kita mahu angkat (symbol) kunci,

Kah Peng: Bila ada persetujuan, berapa yang kamu belanja Dr Mansor atau party akan bayar balik.

When asked about the budget, Mohd Rofi then tells him that they so far spent RM80,000.

They also talk about two possible by-elections in Kedah, about Anwar allegedly offering Fairus the DPM post and their plan to fight Zahrain.
" The Star

,

SUAMI DIKENAKAN TINDAKAN JIKA DAKWA ISTERI HODOH

Awas, kepada semua kaum lelaki yang sudah berkahwin! Jika anda dengan sengaja mengatakan bahawa isteri anda hodoh dan kata-kata itu menganggu emosi isteri anda, maka itu merupakan suatu kesalahan pada masa akan datang. Hal ini bergantung pada usaha meminda Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 seperti yang dilaporkan pada pautan berita di bawah ini.

"Dakwa isteri tidak cantik satu kesalahan

KOTA KINABALU: Seorang suami yang memberitahu isterinya tidak lagi cantik kerana mahu memalukan si isteri boleh dikategorikan sebagai kesalahan keganasan emosi jika pindaan dibuat terhadap Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Perancangan untuk meminda akta tersebut kini sedang dirangka dengan memasukkan fasal berhubung keganasan emosi terhadap wanita.

Ketika ini, golongan itu hanya dilindungi daripada penderaan fizikal di bawah akta tersebut, kata Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur.

Katanya, tujuan cadangan pindaan itu adalah bagi memastikan keselamatan wanita dari segi fizikal dan emosi.

Dr Noorul berkata, keganasan emosi adalah satu bentuk penderaan yang memberi kesan mendalam terhadap wanita yang boleh merendahkan harga diri, maruah serta keyakinan diri.

"Ia boleh menjadi kes apabila seorang suami memberitahu isterinya yang dia hodoh atau memalukannya sehingga membawa kepada tekanan emosi," katanya pada penghujung seminar tentang bagaimana untuk mengawal keganasan terhadap wanita di Wisma Wanita, di sini.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang dalam proses membawa cadangan pindaan itu ke Parlimen....
" Mstar

Tidak menafikan bahawa penggubalan mahupun pindaan akta untuk melindungi hak isteri merupakan langkah positif yang wajar dipuji. Namun, dalam keghairahan untuk berbuat demikian, pihak terbabit perlu memikirkan perkara-perkara yang lebih penting, umpamanya nasib wanita yang terawang-awangan ketika berhadapan dengan proses perundangan di mahkamah syariah. Misalnya, Harian Metro pernah melaporkan tentang nasib seorang wanita yang hilang kewarasan sebagai akibat menghadapi tekanan apabila tuntutan fasakhnya tidak dapat diselesaikan biarpun kes tersebut sudah berbelas-belas tahun difailkan.

"Gila Tunggu Kes Fasakh
KUALA LUMPUR: Seorang isteri jelita menjadi gila akibat tidak mampu menahan pelbagai tohmahan dan desakan hidup apabila tuntutan fasakh tidak diselesaikan walaupun berbelas tahun difailkan di mahkamah syariah.

Walaupun wanita berkenaan memiliki rupa paras menarik sehingga menerima banyak lamaran untuk mendirikan rumah tangga, tindakan khianat suami menggunakan ‘kuasa’ dengan menjadikan mahkamah syariah sebagai alat, berjaya mendera emosi dan kehidupan isteri hingga kehidupan isteri porak-peranda dan akhirnya menjadi sewel.

Wanita berpendidikan tinggi yang berusia lebih 40 tahun itu kini terpaksa mengisi masa lapang dengan menjaja kecil-kecilan dari rumah ke rumah selain gemar bercakap sendirian...
"

Hal-hal beginilah yang wajar diberi perhatian dan mekasnisme tertentu perlu dicari agar nasib para isteri lebih terbela? Bayangkan berapa tahun lamanya wanita seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro itu terpaksa menanggung derita dan membuang masa dengan turun naik mahkamah namun kes yang dibicarakan tidak pernah selesai. Waktu yang sepatutnya boleh digunakan untuk membina kehidupan baru disia-siakan begitu sahaja.

Kesimpulannya, tindakan menggubal atau meminda mana-mana akta untuk menjaga kepentingan kaum Hawa wajar dipuji, namun yang perlu ditekankan ialah keefisienan organisasi yang melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang tersebut agar kes seperti yang dialami oleh wanita malang itu tidak berulang sehingga meragut kewarasan dan merampas kehidupan seseorang.

,

Selasa, 26 Mei 2009

DEBAT POLITIK WANG: ZAHID TARIK DIRI SAAT AKHIR

KHABARNYA, PENARIKAN SAAT-SAAT AKHIR DATO' SERI ZAHID DISEBABKAN OLEH KEUZURAN. MUDAH-MUDAHAN ALASAN YANG DIBERIKAN ITU BENAR, KERANA JIKA TIDAK, "KEPEWIRAAN" MENTERI PERTAHANAN YANG LANTANG BERSUARA SEJAK AKHIR-AKHIR INI WAJAR DIPERSOALKAN.

"Mengejutkan. Beberapa jam lagi menjelang perdebatan di antara dua tokoh Umno dan PAS, tiba-tiba Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik diri.

Sepatutnya jam 9.30 malam ini berlangsung perdebatan tokoh berkenaan dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pada program Hujah yang dikendalikan Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof di TV9.

Mereka bakal memperkatakan isu politik wang.

Namun petang ini pihak TV9 memaklumkan Zahid menarik diri daripada menyertai program tersebut. Sedangkan jutaan rakyat sudah beberapa hari menunggu bagi mengikut program suka ramai itu.

Husam berkata, pengurusan TV9 telah memaklumkan mengenai keputusan Menteri Pertahanan terbabit membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu.

"Saya merasakan tajuk yang akan dibincangkan mengenai politik wang amat mustahak dan relevan dalam situasi sekarang.

"Dan rakyat keseluruhannya amat ternanti-nanti untuk mendengar buah fikiran Dato' Seri dan juga dari saya selaku wakil dari PAS untuk menangani permasalahan politik wang," katanya dalam surat yang dihantar kepada Zahid di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Menurutnya beliau memandang berat keputusan dibuat Zahid membatalkan kehadiran dalam rancangan Hujah malam ini.

"Saya memohon agar Dato' Seri dapat mempertimbangkan keputusan tersebut supaya saya dan Dato' Seri dapat sama-sama mengupas dan berbincang mengenai politik wang," ujarnya.

Oleh itu beliau memberi tempoh sehingga jam 7.30 malam ini untuk mengesahkan kehadiran dan ikut serta dalam rancangan tersebut.

Salinan surat tersebut juga dihantar kepada Penerbit Eksekutif Rancangan Hujah TV9, Noraini Tahir.
" HarakahDaily

DEBAT: ZAMBRY lwn NIZAR

Agenda Daily sekali lagi mengaturkan debat antara dua tokoh politik di negara kita. Sebelum ini, portal berita internet ini pernah mengadakan debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Shabbery Cheek tentang isu harga minyak. Siri kedua debat yang dianjurkan oleh portal berita internet ini menemukan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri sekarang, Lim Guan Eng. Debat tersebut membicarakan isu tanah di Pulau Pinang.

Menurut Agenda Daily, tujuan debat ini dianjurkan adalah untuk membolehkan kedua-dua pihak memberikan penjelasan berhubung dengan kemelut politik di Perak secara objektif dan tidak diselubungi dengan sentimen serta emosi politik. Malah menurut portal berita internet itu, format debat yang bakal diadakan itu sama dengan siri debat yang lalu, iaitu kedua-dua pihak mendapat peluang yang sama bagi mengemukakan hujah masing-masing bagi membolehkan rakyat membuat kesimpulan tentang isu yang berlaku di negeri tersebut.

Khabarnya, kedua-dua tokoh politik itu sudah menyatakan persetujuan untuk menyertai debat tersebut. Cuma Datuk Seri Nizar meminta debat tersebut diadakan pada akhir bulan Jun kerana beliau kini sibuk dengan persiapan Muktamar PAS yang akan diadakan pada awal Jun nanti. Untuk memastikan debat ini dapat disaksikan oleh rakyat Malaysia, Agenda Daily khabarnya sedang mengadakan perbincangan dengan stesen televisyen untuk menyiarkan debat itu secara langsung melalui kaca televisyen.

Hari ini portal berita internet itu melaporkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim bersedia mempertimbangkan debat tersebut untuk disiarkan secara langsung di kaca televisyen sekiranya perdebatan itu tidak meledakkan isu perkauman. Beliau juga turut dilaporkan akan memperhalusi elemen-elemen pro dan kontra serta topik perbincangan yang dicadangkan oleh pihak penganjur.

CALON BEBAS PENANTI DIJANGKITI VIRUS RAJA SUMPAH MALAYSIA?

Tatkala penduduk dunia ketakutan menghadapi pandemik influenza A HINI (selesema babi) sehingga mencetuskan “pandemonium” di seluruh dunia, tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan kegemparan yang berlaku di Penanti, kawasan yang bakal dipenuhi gerombolan manusia pada 31 Mei nanti. Salah seorang calon bebas di DUN Penanti dikatakan meracau-racau mengatakan bahawa dia ada bukti bahawa dia cuba disogok sebanyak RM80 000 dan ditawarkan pula jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang oleh pihak lawannya dalam pilihan raya kecil di DUN tersebut. Pelbagai persoalan timbul. Antaranya: adakah calon tersebut dijangkiti virus raja sumpah yang menular seketika semasa pilihan raya umum yang lalu? Virus ini jika dijangkiti akan menyebabkan penghidapnya meracau-racau sambil mengeluarkan kata-kata palsu yang penuh dengan imaginasi.

Biarpun virus ini tidak boleh mendatangkan kematian fizikal, namun virus ini mampu melumpuhkan kerjaya atau karier politik seseorang. Oleh sebab itu, siasatan perlu dilakukan dengan segera. Kita khuatir virus ini akan menyebabkan pandemik dalam senario politik negara. Pandemik ini boleh mencetuskan kecelaruan fikiran dalam kalangan rakyat. Kecelaruan dan kecacamarbaan ini seterusnya akan menyebabkan rakyat terpedaya oleh racauan yang mengandungi tipu muslihat orang yang dijangkiti virus tersebut.

Jika benar penyakit itu berpunca daripada virus ini, maka rawatan perlu diberikan serta-merta agar virus ini dapat dihapuskan agar tidak merebak ke serata negara, terutama ketika menjelangnya pilihan raya. Kita tidak mahu virus ini menyerang calon-calon lain ketika menghadapi pilihan raya Manek Urai yang bakal berlangsung sedikit masa lagi. Rawatan dengan menggunakan kaedah saman dan laporan polis perlu dibuat untuk mengawal penyakit ini.

Jika calon bebas ini tidak dijangkiti virus tersebut, maka racauannya itu bukanlah racauan yang berisi imaginasi dan khayalan semata-mata. Racauan itu sudah menjadi dakwaan yang perlu dibuktikan. Justeru, pihak polis dan SPR perlu bertindak untuk membuktikan kesahihan dakwaan tersebut. Hal ini penting agar pihak yang terlibat seperti yang didakwa itu dapat dihukum. Tidak kiralah sama ada dakwaan itu bernilai RM80 ribu atau 80 juta, sama ada dakwaan itu berupa Timbalan Ketua Menteri 1 atau Timbalan Perdana Menteri. Tidak kiralah pihak yang bersalah itu BN atau Pakatan Rakyat. Yang salah tetap salah dan yang salah perlu dihukum.

,

Isnin, 25 Mei 2009

AKHIL HAYY: DUNIA SENI YANG TIDAK SEINDAH YANG DIKHABARKAN

Maizawati-foto Mstar

BERLUMBA-LUMBA AKHBAR HARIAN DAN TABLOID MENJADIKAN MASALAH RUMAH TANGGA DAN ”CINTA BARU” PENDAKWAH SELEBRITI INI SEBAGAI TAJUK UTAMA. SENSASI, MEMALUKAN, DAN MEMILUKAN. TIADA NIAT UNTUK MENCAMPURI HAL ITU. MASALAH RUMAH TANGGA BERLAKU KEPADA SESIAPA SAHAJA. YANG TIDAK SEDAPNYA APABILA MASALAH YANG TIMBUL ITU DISENSASIKAN DI AKHBAR LALU DIBACA DAN SETERUSNYA DIHAKIMI OLEH MASYARAKAT. KISAH RUMAH TANGGA INI SECARA TIDAK LANGSUNG MENJADI MODAL UNTUK MELAKUKAN JUALAN SURAT KHABAR. SIAPA YANG UNTUNG: MEDIA ATAU PASANGAN SUAMI ISTERI INI?

BAGI PENULIS, AKHIL HAYY MERUPAKAN IKON MASYARAKAT TERUTAMANYA DALAM KALANGAN REMAJA. ADA YANG SANGGUP MENGEMBARA KE SERATA NEGERI SEMATA-MATA UNTUK MENDENGAR CERAMAHNYA YANG MIRIP ATAU MENIRU GAYA DATUK ISMAIL KAMUS. CERAMAH YANG DISAMPAIKAN DENGAN NADA LAWAK ITU BENAR-BENAR MEMBERIKAN KESAN KEPADA AUDIENS. SALAH SEORANGNYA IALAH ADIK PENULIS. BEGITU TERUJA DIA APABILA MENDAPAT TAHU TENTANG PROGRAM CERAMAH USTAZ INI. ”USTAZ ROCK”, ITULAH GELARAN YANG DIBERIKAN OLEH PEMINATNYA. “ROCK” KERANA KISAH SILAMNYA YANG PERNAH MENJADI VOKALIS KUMPULAN D’RIYARD SEKITAR TAHUN 80-AN DAHULU. NAMUN, ITU DAHULU. ZAMAN KETIKA AKHIL MASIH MENGGUNAKAN PLATFORM "UNDERGROUND" UNTUK BERDAKWAH KEPADA MASYARAKAT, ZAMAN KETIKA AKHIL HAYY MASIH KERAP DILIHAT DENGAN SERBANNYA, ZAMAN SEBELUM AKHIL HAYY KERAP DILIHAT MEMAKAI “SNOW CAP”NYA, ZAMAN SEBELUM AKHIL HAYY DENGAN RAMBUT TEKNIK “REBONDING”NYA, ZAMAN AKHIL HAYY BELUM BENAR-BENAR “TERJERUMUS” DALAM DUNIA SENI BUAT KALI KEDUA.

SEKADAR RALAT APABILA DUNIA SENI YANG KUNUN-KUNUNNYA DIJADIKAN MEDIUM UNTUK BERDAKWAH AKHIRNYA MEMALITKAN LUMPUR PADA ”WAJAH” USTAZ YANG BERKARISMA INI. WALAUPUN JODOH PERTEMUAN ITU DI TANGAN TUHAN, NAMUN KISAH INI SEBENARNYA AKAN MENJATUHKAN REPUTASI & KREDIBILITI AKHIL HAYY BUKAN SAHAJA KEPADA ORANG YANG MENJADIKANNYA SEBAGAI SURI TELADAN TETAPI JUGA MASYARAKAT UMUM.ITULAH KEBURUKANNYA JIKA MASALAH DAN AIB KELUARGA DIBINCANGKAN DI MEDIA. BIAR SEBESAR MANA PUN KESALAHAN YANG DIBUAT OLEH SUAMI, TINDAKAN MEMBAWA HAL INI KE MEDIA ADALAH SUATU KESILAPAN YANG TIDAK SEPATUTNYA DIBUAT OLEH SI ISTERI. LANGKAH TERBAIK IALAH BAWALAH HAL ITU KE MAHKAMAH 2 JUN NANTI. CERITALAH, ADULAH PERKARA YANG TERBUKU DI HATI DI DEPAN HAKIM, BUKANNYA DI DEPAN MASYARAKAT YANG AKHIRNYA MEMBUAT PELBAGAI TANGGAPAN DAN PERSEPSI.

SEBAGAI AKIBAT DARIPADA PENDEDAHAN INI, MUNGKIN MAKCIK-MAKCIK YANG DAHULUNYA TERKEKEK-KEKEK KETAWA MENDENGAR CERAMAH PENDAKWAH SELEBRITI INI MULA BEREMOSI APABILA BERCERITA TENTANG MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PENDAKWAH INI. MUNGKIN REMAJA-REMAJA YANG MENJADIKAN PENDAKWAH INI SEBAGAI SURI TELADAN MULA MENJAUHINYA. BUKAN MAHU MENGHUKUM, KERANA ITU BUKAN HAK KITA, CUMA SEKADAR MENGHARAP AKHIL DAN ISTERI MENGHENTIKAN “LANGKAH” SEBENTAR UNTUK MELIHAT-MELIHAT SEMULA KE BELAKANG AGAR SUASANA YANG TIDAK SEDAP DIBACA DAN DIBICARAKAN INI DAPAT DISELESAIKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.

PAUTAN KISAH RUMAH TANGGANYA DI HARIAN METRO SEDIKIT BANYAK MENGIYAKAN GOSIP-GOSIP LIAR TENTANG DIRINYA SELAMA INI:

"KUALA LUMPUR: “Ustaz (Akhil Hayy) pernah buat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi wanita itu dan meminta izin untuk berkahwin dengannya.

“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, mengulas isu hubungan suaminya dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda yang sedang hangat diperkatakan.

Menurut Maizawati, secara peribadi dia tidak mengenali Waheeda, tetapi mengetahui gosip hubungan suaminya dengan penyanyi itu melalui media.

Menurutnya, dia tekadkan hati untuk tidak mempercayai apa yang dipaparkan di media kerana diajar untuk tidak mengambil tahu perkara seumpama itu serta meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami.

“Kesabaran saya sudah sampai ke penghujung apabila ustaz tidak pulang ke rumah dan anak pula terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka mempunyai ibu tiri,” katanya yang mempunyai enam anak hasil perkahwinan dengan Akhil Hayy.

Hati Maizawati terguris apabila Akhil tidak memaklumkan di mana dia tinggal, malah tidak memberitahu apa yang dilakukan menyebabkannya tertanya-tanyakan haknya sebagai isteri.

Menurutnya, kali terakhir suaminya pulang ke rumah Februari lalu dan selepas itu, dia hanya mengetahui perkembangannya melalui media...
". Harian Metro

Berita/Artikel yang Berkaitan:
* Di mana hilangnya malu?
* Dilema antara 'Berbagi Suami' dan amar maaruf!

Ahad, 24 Mei 2009

MB PERAK: IMPLIKASI PENGHAKIMAN MAHKAMAH RAYUAN

JIKA BETUL PEMAHAMAN SAYA TERHADAP KIRIMAN DI BAWAH INI, MAKA KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN TERSEBUT JIKA DITERIMA PAKAI TURUT MEMBOLEHKAN YANG DIPERTUAN AGONG MEMECAT PM BERDASARKAN...

"a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).
"

...SEPERTI YANG DIJELASKAN OLEH SAUDARA MOHAMED HANIPA DALAM KIRIMANNYA YANG SAYA SALIN DAN TAMPAL DI BAWAH INI. HMMM.... BAGAIMANAKAH AGAKNYA SITUASI JIKA PAKATAN RAKYAT BENAR-BENAR MEMPUNYAI JUMLAH AHLI PARLIMEN YANG MENCUKUPI UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN PERSEKUTUAN? PM, ANDA JUGA TIDAK SELAMAT!


SUMBERpeguampas
"Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia."

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ). Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut .

Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.
" - Mohamed Hanipa Maidin

,

Sabtu, 23 Mei 2009

DEB: BENARKAH BAKAL DIMANSUHKAN?

SAYA SALIN DAN TAMPAL 100 PERATUS DARI BLOG lanailestari. ISU YANG SANGAT MENARIK PERHATIAN SAYA. PANJANG LEBAR PERKARA INI DIKUPAS OLEH TUAN EMPUNYA BLOG. MAKA TIDAK PERLULAH SAYA MENGULAS PANJANG. SEGALA PERSOALAN YANG MUNGKIN TIMBUL TURUT DINYATAKAN DALAM ARTIKEL DI BAWAH INI.

SEPERTI JUGA TUAN EMPUNYA BLOG, SAYA TURUT TERNANTI-NANTI RESPONS AHLI UMNO; PARA BLOGGER PRO DAHULU, KINI, DAN SELAMANYA; PEMIMPIN NGO; PERSATUAN MAHASISWA; AHLI AKADEMIK; DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN MASYARAKAT YANG LAIN. SEBELUM INI, SAYA TURUT TERTUNGGU-TUNGGU RESPONS YANG SAMA APABILA PM KITA MENGUMUMKAN DASAR LIBERALISASI KEWANGAN BARU-BARU INI. LAMA JUGA MENUNGGU, NAMUN TIADA SIAPA YANG BERANI BERSUARA. YANG ADA HANYA SUARA-SUARA YANG MENYOKONG TINDAKAN PM. ADAKAH PERKARA YANG SAMA AKAN BERLAKU?

NAMUN, KALI INI ISU YANG DITIMBULKAN LEBIH BESAR. ISU SENSITIF YANG JIKA DIUTARAKAN OLEH PEMIMPIN PEMBANGKANG, SAYA YAKIN AKAN BERGEMALAH PELBAGAI SUARA YANG MENGHENTAM DAN MENCACI PEMIMPIN TERSEBUT. ISU DEB = Dasar Ekonomi Baru SEBELUM INI PERNAH MENCETUSKAN HISTERIA PELBAGAI PIHAK TATKALA DISENTUH OLEH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT PADA PILIHAN RAYA YANG LALU. SAYA MASIH INGAT BEBERAPA GEROMBOLAN MANUSIA YANG BERDEMONSTRASI SAMBIL TERPEKIK-PEKIK DI PULAU PINANG, DI KUALA LUMPUR. SURAT KHABAR ARUS PERDANA TURUT MENGUPAS ISU ITU DAN PERKARA ITU MENJADI TAJUK UTAMA AKHBAR-AKHBAR TERSEBUT LEBIH DARI SEMINGGU. PELBAGAI FORUM/PROGRAM BUAL BICARA DI KACA TELEVISYEN TURUT MENGUPAS ISU INI. PEMIMPIN NGO PULA PADA KETIKA ITU BERLUMBA-LUMBA MENGHANTAR MEMORANDUM KE SANA SINI. TIDAK LUPA JUGA BERPULUH-PULUH LAPORAN POLIS DIBUAT SEBAGAI REAKSI TERHADAP ISU TERSEBUT. DI SANA SINI BERGEMALAH SORAKAN "KETUANAN MELAYU" BAIK SECARA BERTULIS MAHUPUN SECARA LISAN.

APAKAH KITA BAKAL MELIHAT PERKARA YANG SAMA BERLAKU APABILA PM MAHU MENGHAPUSKAN DEB SEPERTI YANG TERCATAT DI BAWAH INI? SAYA MENUNGGU. ANDA?

SUMBERlanailestari
"Malaysiakini melaporkan kenyataan Najib bahawa DEB akan dihapuskan. Kenyataan tersebut dibuat oleh Najib kepada akhbar Straits Time Singapura sewaktu lawatan sulungnya sebagai Perdana Menteri ke Republik tersebut.

Saya mengalu-alukan kenyataan bagi menamatkan riwayat DEB yang telah pun melangkaui had masanya, pada masa yang sama saya menjadi sedikit berprasangka dengan Najib; persoalan yang bermain di benak saya ialah kenapa Najib "berani" mengumumkan perancangan menghapuskan DEB tersebut di Singapura dan tidak di tanah air?

Pada hemat saya, Najib tidak punya keberanian politik dan moral untuk mengumumkan pendiriannya bagi menghapuskan DEB yang merupakan 'brainchild' ayahanda beliau, Tun Razak. Sementara kajian oleh para akademia dan mereka yang berwenang mendapati, antaranya, DEB telah disalahgunakan untuk mengkayakan segelintir individu yang rapat dengan UMNO selain membiakkan budaya KKN sedangkan masih ramai bukan sahaja dari kalangan Orang Melayu/Bumiputera malah yang bukan Melayu diulit kemiskinan tetapi sejak sekian lama UMNO tetap mempertahankan dasar yang telah diseleweng ini.

Pada perkiraan Najib, dengan membuat kenyataan di Singapura tentunya beliau berharap tidak ada "backlash" dari kalangan yang akan mengkritik dan mengecam beliau; ini jelas jika dilihat dari liputan dari stesen TV Malaysia yang langsung tidak menyebut tentang kenyataan Najib untuk melupuskan DEB. Tidak ada sebarang ulasan atau komentar yang diberikan melalui TV dan saya kira, akhbar-akhbar perdana juga samada tidak akan memaparkan berita ini ataupun sekadar memberikan ruang yang kecil sedangkan kenyataan yang keluar dari mulut Najib itu penting dalam konteks yang merangkumi dasar negara.

Sebagai seorang yang meyakini bahawa DEB seumpama ubat lepas tarikh (expired) serta meyakini pula dasar yang dibawa oleh Pakatan-Agenda Ekonomi Malaysia yang dicanangkan oleh Keadilan yang saya kira dikomplimentarikan (complement) oleh Dokumen Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS-kenyataan Najib ini dilihat sebagai "mencuri" idea dan gagasan pembangkang. Najib, pada masa yang sama, gagal memperincikan gagasannya samada dari sudut idealisme mahupun falsafah dan pengisian wadah yang akan dibawa bagi menggantikan DEB (malah berkaitan 1Malaysia pun sehingga kini saya gagal melihat idealisme serta falsafah yang ingin diketengahkan selain dari retoriks dan kenyataan lintang pukang dari Rais Yatim yang terlalu dilihat membodek bossnya).

Apakah bentuk dan susun atur dasar yang akan dibawa menggantikan DEB? Bagaimana rupa wajah dan pengisian serta falsafah yang akan dicanangkan? Siapakah yang menjadi sasaran serta bagaimana akan dicernakan dalam konteks kemajmukan masyarakat dan iklim ekonomi? Bagaimana dengan masalah yang sememangnya mendasar yakni agihan kekayaan yang tidak adil, rasuah yang membarah, jurang pendapatan dan kekayaan antara orang Melayu dan bukan Melayu? Bagaimana pula dengan statistik yang menunjukkan nisbah profesional Melayu berbanding bukan Melayu yang jauh melebar? Sistem pendidikan yang bercelaru khususnya PPSMI yang tidak menguntungkan anak-anak sekolah?

Kesemua persoalan ini, saya masih tidak menemukan sesuatu gagasan serta idea besar lagi segar dari Najib.Apa yang ada setakat ini hanyalah sekadar retoriks dan klise yang sangat-sangat diragui bukan sahaja keikhlasannya malah kemampuan untuk direalisasikan selain kemampuan kecendiakawanan (intellectuality) Najib sendiri.

Apabila Anwar Ibrahim mencadangkan agar DEB dihapuskan,terdengar sorak sorai yang begitu riuh rendah dari kalangan pemimpin UMNO. Maka bertebaran kecaman dan fitnah seperti Pengkhianat Melayu, Alat Cina, Tak Mengenang Budi dan pelbagai lagi yang ditujukan kepada beliau. Malah para pensyarah Universiti pun dipanggil tampil di kaca TV kononnya mengupas secara ilmiah lagi berilmu buat mempertahankan DEB dan pada masa yang sama mencela serta mengecilkan gagasan besar Agenda Ekonomi Malaysia yang dibawa Anwar.

Gunanya untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa gagasan yang dibawa Anwar kononnya merugikan orang Melayu serta tidak lebih dari upaya untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu. Pun begitu yang dikesalkan tidak ada suatu kritikan membina yang dilontarkan untuk menyegarkan perdebatan sebelah pihak itu.Saya kira kita mengalu-alukan masukan-masukan (input) yang dapat menjernihkan lagi gagasan dan idea tersebut tetapi apa yang berlaku hanyalah kecaman kosong yang tidak bersandarkan kepada tiang ilmu. Menyedihkan citra para ilmuan tanah air yang tidak lebih pengampu nombor wahid layaknya.

Nah,sekarang pemimpin 'numero uno' UMNO sendiri yang mencadangkan di Singapura untuk menamatkan DEB tetapi gagal pula menonjolkan gagasan dan idea sebagai ganti kepada dasar tersebut. Saya ternanti-nanti apakah reaksi dari kalangan pemimpin UMNO sendiri termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaludin serta para profesor terutamanya Ibrahim Shah UiTM; apakah kelak akan dianjurkan perarakan atau demontrasi oleh para pelajar UiTM dibawah Ibrahim Shah bagi membantah kenyataan Najib tersebut?

Saya juga menunggu sikap para pengemudi surat khabar seperti Utusan Malaysia, apakah akan ada tulisan Lidah Pengarang yang berani mengkritik Najib atau sekurang-kurangnya menyeru agar DEB di pertahankan? Lebih jauh dari itu,apakah nanti ada yang berani melabelkan Najib sebagai pengkhianat atau tidak mengenang budi atau alat cukong Cina?

Saya berpandangan memahami budaya politik mual tajaan UMNO,apa yang berlaku ialah tidak akan ada suara-suara dari mereka yang berwenang dari dalam UMNO sendiri yang berani untuk mengkritik Najib seperti pengalaman yang di lalui oleh Anwar Ibrahim. Mereka tentunya akan menari mengikut rentak gendang yang dipalukan Najib walaupun iramanya sumbang. Ertinya mereka tetap bersedia untuk menjadi hipokrit-sebelum ini bak pahlawan Melayu sejati mempertahan DEB dan mengecam sesiapa sahaja yang tidak bersetuju-tetapi kini akan mengubah nada dengan memuji dan memuja Najib semahunya.


Dalam hal ini,saya kira sesungguhnya Keadilan telah jauh terkehadapan.Seruan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim agar DEB dimansuhkan yang perlu digantikan dengan dasar yang lebih pragmatiks dan memenuhi kehendak rakyat iaitu Agenda Ekonomi Malaysia yang telah dihidangkan kepada rakyat membuktikan komitmen Keadilan untuk membina negara bangsa yang benar-benar adil dan bertunjangkan kepada mengangkat maruah dan hak rakyat.Pandangan jauh pimpinan yang mengarifi denyut nadi rakyat jelas memperlihatkan upaya untuk membina Malaysia yang adil dan makmur. Ertinya,tatkala Keadilan telah lama bersedia,UMNO kelihatannya gagal total untuk membawa gagasan yang ampuh;kenyataan Najib di Singapura itu tidak lebih dari omong kosong tanpa wajah dan roh.
"

,

MORALITI REMAJA: APAKAH PERBEZAAN ANAK HAJI AHMAD DENGAN ANAK ROBERT ?

Bagaimanakah saya mahu memberikan respons atau pendapat tentang isu "Kelab Tiada Dara" yang saya pautkan di bawah ini? Perasaan bercampur baur selepas selesai membaca berita tersebut. Perasaan marah, benci, terkejut, kecewa, terhina dan sebagainya bercampur aduk.

Marah bukan kerana saya tidak dapat mendampingi remaja-remaja ini, tetapi marah kerana anak-anak "gadis" "Pak Haji Ahmad" ini terlalu pendek akal lalu menganut fahaman "prom night" seperti yang didewa-dewakan oleh anak-anak "Robert" nun jauh di Barat. Saya marah juga kerana kita (kerajaan, NGO, pihak berkuasa, badan-badan agama, masyarakat)tidak dapat menangani masalah ini.

Saya benci bukan sahaja terhadap lelaki-lelaki "bertuah" yang dapat meniduri dan memusnahkan dara anak-anak "Pak Haji Ahmad", namun saya turut berasa benci terhadap sikap "Pak Haji Ahmad" yang tidak mengambil endah perilaku dan moraliti anak-anak "gadis"nya.

Saya rasa terkejut bukan kerana bangga anak-anak "Pak Haji Ahmad" menayangkan tatu Kelab Tiada Dara mereka, tetapi saya terkejut kerana kejahilan anak-anak "Pak Haji Ahmad" mempersendakan hukum agama dengan wewenang.

Saya kecewa sudah tentu bukan kerana tidak berpeluang menjadi lelaki yang memusnahkan dara-dara anak "Pak Haji Ahmad", tetapi kecewa anak-anak "Pak Haji Ahmad" yang beragama Islam menganut fahaman "gadis suci dan tidak melakukan hubungan seks sebagai kolot dan ortodoks".

Saya rasa terhina bukan kerana gagal menyerahkan keterunaan sintetik saya dan berkongsi keindahan dunia bersama-sama dengan anak-anak "Pak Haji Ahmad", tetapi terhina kerana saya yang seagama dengan "Pak Haji Ahmad" terpaksa membaca kisah-kisah anak-anak gadisnya hanyut dalam dunia dan kehidupan seperti itu.

* Perlukah saya berkata: Zina itu haram? Bertatu itu haram?
* Perlukah saya berkata: Pemimpin negara, tolong lakukan sesuatu agar perkara ini tidak berlaku, tatkala pemimpin negara pun terpalit dengan pelbagai skandal dan turut menganut fahaman anak-anak "gadis" Pak Haji Ahmad?
* Perlukah saya berkata: Remaja hari ini bersikap demikian kerana kurangnya didikan agama di rumah dan di sekolah tatkala lebih banyak pelajar perempuan di sekolah sudah mula tidak menutup aurat, bergaul bebas, dan bangga menghisap rokok?
* Perlukah saya berkata: Tegakkan undang-undang syariah Islam tatkala pemimpin negara menolak dan menepis jauh-jauh hukuman yang pada mereka tidak relevan untuk dikuatkuasakan dalam era Islam Hadhari dan Islam Glokal?

JIKA PERLU, SAYA TELAH UTARAKAN APA-APA YANG TERCATAT DI ATAS. JIKA TIDAK PERLU, SEKURANG-KURANGNYA SAYA SUDAH MENYENTUH HAL TERSEBUT. SEMOGA TUHAN MEMBERIKAN HIDAYAH DAN PETUNJUK KEPADA KITA SEMUA. HAL INI DEMIKIAN KERANA KERENDAHAN MORALITI DAN KECACAMARBAAN FAHAMAN DAN ANUTAN ASING YANG SONGSANG DAN MENYESATKAN ITU AKAN MEROSAKKAN AGAMA DAN NEGARA PADA MASA HADAPAN.


"Kelab Tiada Dara

KUALA LUMPUR: Sekali pandang mereka seperti gadis remaja yang dikawal ibu bapa. Namun, sebenarnya golongan terbabit mengamalkan seks bebas dengan gemar bertukar-tukar teman lelaki berdasarkan simbol tatu kekal pada badan.

Tatu terbabit menandakan mereka menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ yang hanya dikenali orang tertentu atau kaki tatu, antaranya lambang cinta retak, kala jengking, bunga ros layu dan kupu-kupu merah
Gadis cetek ilmu agama berkenaan sanggup menahan sakit ketika mencacah tatu semata-mata untuk mendapatkan simbol tiada dara walaupun bayaran dikenakan setinggi RM150.

Trend terkini golongan terbabit itu diakui seorang gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Kamalia atau Kim, 19.

Menurut Kim, minatnya terhadap simbol tatu tiada dara bermula selepas beberapa rakan tampil dengan bangga memperagakan tatu kepadanya.

Dia yang bekerja secara sambilan sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan di sini, mendakwa rakannya termasuk bekas pelajar sekolah yang kerap bertukar-tukar teman lelaki memakai tatu terbabit sebagai lambang pernah melakukan hubungan seks dan kelompok yang tidak percaya kepada konsep ‘suci dan dara’.

“Golongan itu yang mempunyai idea bebas menganggap gadis suci dan tidak melakukan hubungan seks sebagai kolot dan ortodoks.

“Oleh itu, rakan saya mendapat idea memakai tatu di bahu atau belakang pinggang sebagai simbolik kumpulan tiada dara,” katanya.

Dia berkata, bagi golongan gadis yang memiliki tatu itu, mereka kerap mendapat jolokan sebagai golongan ‘barai’ iaitu merujuk kepada gadis hilang dara selepas menjalin hubungan seks bebas dengan teman lelaki.

Bagaimanapun, katanya, hanya sekelompok kecil mengetahui rahsia tatu berkenaan berdasarkan simbolnya.

Kim dipujuk rakan untuk membuat tatu sebagai tanda setia kawan sebelum dibawa ke sebuah kedai tatu milik seorang lelaki warga asing.

“Selepas melihat katalog gambar tatu yang diberikan, saya bersetuju membuat tatu di belakang bahu kanan dengan lambang hati terbelah selain singkatan huruf awal nama bekas teman lelaki yang pernah meniduri saya,” katanya.

Proses membuat tatu hanya mengambil masa sejam sambil rakan memberikannya semangat. Sebaik proses menyakitkan itu selesai, rakannya meraikan kejayaan membuat tatu itu di sebuah pusat hiburan.

Dia kemudian diajak rakan untuk bertemu beberapa teman lelaki di sebuah kafe di Bangsar. Pertemuan singkat itu bertukar kepada acara ‘cari dan padan’ apabila masing-masing memilih pasangan yang bukan hanya boleh dijadikan rakan santai, malah boleh diusung ke bilik tidur.

Kim mendakwa sudah mula terjebak dengan aktiviti seks bebas seawal usia 16 tahun apabila dipujuk teman lelaki pertamanya yang juga anak seorang ahli perniagaan terkenal.

“Cinta seks kami hanya bertahan dua bulan apabila teman lelaki berusia enam tahun lebih tua meninggalkan saya tanpa alasan pun. Saya dipikat pula seorang pelajar kolej sebelum turut berakhir di ranjang selepas hubungan cinta putus beberapa bulan.

“Selepas itu, cinta saya bersilih ganti sebelum bertukar menjadi hubungan seks tanpa membabitkan soal komitmen atau perasaan. Ia tidak lebih hanya untuk suka-suka dan sekali sekala mendapat imbuhan wang atau dibawa membeli-belah lelaki berkenaan,” katanya.

Dia yang berjaya dipujuk wartawan supaya mendedahkan kisah silamnya mendakwa tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku berikutan ibu bapanya sendiri tidak pernah bertanya atau kisah dengan perjalanan hidupnya selepas tamat tingkatan lima.

Sementara itu, penceramah bebas, Ustaz Mohd Ibrahim, berkata Allah s.w.t melaknat umatnya yang bertatu, apatah lagi mengamalkan seks bebas atau zina.

“Perbuatan memiliki tatu jelas ditegah dalam Islam dan jelas dinyatakan dalam hadis Rasulullah,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, orang Islam yang sudah bertaubat dan tidak berupaya membuang tatu boleh menyimpannya asalkan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

“Namun, sebaik-baiknya tatu berkenaan ditutup dengan kain ketika ingin mendirikan solat supaya tidak menimbulkan syak wasangka atau salah faham pada umat Islam lain,” katanya
." Harian Metro

,

MB PERAK: KEDUDUKAN ZAMBRY BELUM SELAMAT

SAYA MASIH KEPENING-PENINGAN MELIHAT DAN MEMBACA KECACAMARBAAN MANUSIA-MANUSIA MEMBUAT INTEPRITASI TERHADAP UNDANG-UNDANG CIPTAAN MEREKA. SEORANG KATA BEGINI, TIGA ORANG LAGI BERKATA BEGINI. AKHIRNYA, KATA-KATA TIGA ORANG ITU TADI DAPAT MENGALAHKAN KATA-KATA SEORANG INTEPRETOR. NAMUN, EPISOD KECACAMARBAAN INI MASIH BELUM BERAKHIR.

SELEPAS INI, EPISOD KECACAMARBAAN INI MUNGKIN AKAN DIDENGARI OLEH LIMA ORANG INTEPRETOR. ADAKAH KATA-KATA LIMA ORANG INI DAPAT MENGALAHKAN KATA-KATA TIGA ORANG INTEPRETOR ITU TADI? IKUT LOGIK SUDAH TENTULAH KATA-KATA LIMA ORANG INTEPRETOR INI DAPAT MENGALAHKAN KATA-KATA TIGA ORANG TADI SEPERTI KATA-KATA TIGA ORANG ITU TADI MENGILAFKAN KATA-KATA SEORANG INTEPRETOR TADI. ITULAH INTEPRETASI MANUSIA-MANUSIA TERHADAP PERTIMBANGAN DAN IDEA INTEPRETASI MANUSIA-MANUSIA.

SAMPAI TAHAP BEGITU PENULIS MEMBUAT KESIMPULAN TERHADAP KECACAMARBAAN YANG BERLAKU. PADA PENULIS, DALAM HAL INI, INTEPRETOR YANG TERBAIK IALAH KITA SEMUA.

"PUTRAJAYA: Episod siapa Menteri Perak yang sah nampak gayanya masih belum berakhir! Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Keputusan yang diumumkan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.

Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin ini terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Selepas keputusan diumumkan kira-kira pukul 3.50 petang semalam, Sulaiman memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bertulis bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Kami menghargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin," katanya.

Hakim Md Raus berkata, beliau akan mengusahakan perkara itu dalam masa seminggu.

Panel tiga hakim itu mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Md Raus berkata, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Selain itu katanya, tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain
."- Mstar Online

, ,

Selasa, 19 Mei 2009

PENANTI: DUA TOKOH, DUA PENDAPAT

DATUK A KADIR JASIN DALAM KIRIMAN TERBARU DI BLOGNYA MELUAHKAN PERKARA YANG BERIKUT:

"SIR WINSTON Churchill berkata: “A pessimist sees the difficulty in every opportunity; an optimist sees the opportunity in every difficulty.”

(Seorang pesimis nampak kesukaran di dalam setiap peluang, seorang optimis nampak peluang di dalam setiap kesukaran).

The Star Online berkata: “Barisan Nasional memutuskan tidak bertanding pilihan raya kecil Pananti, Pulau Pinang, 31 Mei ini.

“Pengerusi BN, Mohd Najib Abdul Razak sebagai berkata: “Kami berasa pilihan raya kecil ini tidak diperlukan; kami tidak akan turut serta dalam mainan politik pembangkang.”

“Dia berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN.”

Mahatma Gandhi berkata: “Fear has its use but cowardice has none."

(Ketakutan ada kegunaannya tetapi penakut tidak ada sebarang guna.)

Dan apa agaknya kata 5,127 pemilih yang mengundi BN di Penanti pada pilihan raya umum tahun lalu dan 3 lebih juta ahli Umno.

Saya?

Tak mahu kata apa-apa lagi!
" - http://kadirjasin.blogspot.com

NAMUN BERBEZA PULA NADA YANG DILUAHKAN OLEH DATUK RUHANIE AHMAD DALAM KIRIMAN TERBARU DI BLOGNYA YANG MEMBICARAKAN TINDAKAN BN MEMULAUKAN PILIHAN RAYA KECIL DI DUN PENANTI:

"BN tidak akan bertanding dalam PRK DUN Penanti. Ini satu keputusan yang waras, tindakan yang berani, dan strategi yang bijak. Dengan keputusan, tindakan dan strategi ini PR akan mati langkah dan hilang ghairah. Antiklimeks!

BN sebagai parti yang rasional tidak perlu terdorong dengan rentak politik kuasa oleh pihak yang sedang mengigal bak merak kayangan. BN wajar menumpu kepada soal kesejahteraan rakyat dan kelangsungan negara.

BN hanya perlu menyertai sesuatu PRK bila kerusi berkenaan kosong kerana ADUN penyandangnya meninggal dunia atau hilang kelayakan akibat sesuatu implikasi undang-undang.

Pihak yang mempermainkan mandat rakyat, walaupun demokratik, seperti di Penanti, adalah pihak yang sengaja untuk bermain politik kuasa semata-mata untuk kuasa, bukannya untuk rakyat jelata.

Memang seronok bermain politik kuasa ala-machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Tetapi, dalam soal PRK Penanti, matlamat siapakah yang telah menghalalkan cara PR untuk bertandak dan bertindak sedemikian rupa?

Adakah PRK Penanti mahu mencapai matlamat PR untuk membuktikan kepada umum kononnya ia masih didukung dan dijulang oleh rakyat jelata di Penanti?

Adakah PRK Penanti mahu mencapai matlamat untuk membuktikan kononnya BN pengecut dan mengangkat bendera putih sebelum memasukki medan tempur?

Tidak mungkinkah PRK Penanti hanya mahu mencapai matlamat seseorang individu tertentu yang kini sedang diselubungi krisis moral? Matlamat siapakah yang sebenarnya menghalalkan cara PR memanipulasikan ADUN Penanti sehingga menyebabkan kerusi DUN itu dikosongkan untuk membolehkan PRK ini diadakan?

Pastinya pengundi di Penanti dapat menghalusi seluruh pertanyaan ini dan memberikan jawapannya secara tepat. Pastinya para penyokong BN juga dapat memahami matlamat siapakah yang sebenarnya telah menghalalkan cara dalam konteks PRK Penanti.

Oleh sebab itu, kita saksikan betapakah merak yang sedang gian untuk mengigal akan mengigal di Penanti tanpa audiens yang amat dinanti-nantikan. Sesudah itu, kita nantikan dimana pula agaknya merak itu akan mengigal dan mengigal untuk membuktikan dialah mahkluk terhebat, tercantik dan terhandal dalam siasah tanah air ini
!"- http://kuda-kepang.blogspot.com/

ANTARA KEDUA-DUA PANDANGAN ITU, SAYA LEBIH BERSETUJU DENGAN PANDANGAN PAK KADIR. TINDAKAN MEMULAUKAN PILIHAN RAYA ITU BUKAN SAHAJA "MEMALUKAN" BN, MALAH MEMBERIKAN SEMANGAT MORAL KEPADA PARTI LAWAN. BIAR APA-APAPUN STRATEGI POLITIK YANG DIRANCANG, NAMUN BAGI MASYARAKAT YANG JAHIL POLITIK SEPERTI SAYA, KAMI MENGANGGAP TINDAKAN ITU SEBAGAI TINDAKAN SESEORANG YANG MENGAKU TEWAS SEBELUM BERTEMPUR. ADAKAH TINDAKAN INI MERUPAKAN SALAH SATU STRATEGI UNTUK MEMENANGI PILIHAN RAYA UMUM AKAN DATANG?

Isnin, 18 Mei 2009

PENANTI: BN MENYERAH KALAH SEBELUM BERJUANG

Akhirnya, BN membuat keputusan tidak meletakkan calon pada pilihan raya di DUN Penanti, Pulau Pinang, 31 Mei nanti. Alasan yang diberikan oleh BN ialah kekosongan di DUN tersebut bukan disebabkan oleh peruntukan dalam perlembagaan, sebaliknya hanya mainan politik pembangkang. Itulah alasan yang diberikan selepas Dewan Tertinggi BN bermesyuarat selama dua jam. Berikutan keputusan itu, calon PKR akan berdepan calon bebas, iaitu Aminah Bt Abdullah yang merupakan bekas ahli PKR.

Keputusan yang dikatakan dicapai sebulat suara itu diadakan di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan dipengerusikan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu.

Berdasarkan situasi ini, penulis percaya BN akan berusaha sedaya upaya untuk menghalang pilihan raya yang sama diadakan di Perak. Justeru, harapan untuk melihat rakyat memilih kerajaan di Perak mungkin tidak kesampaian dan penulis percaya proses mahkamah akan diteruskan untuk menghalalkan pengambilan kuasa di Perak pada Februari yang lalu.

"BN Will Not Contest In Penanti By-election

KUALA LUMPUR, May 18 (Bernama) -- The Barisan Nasional (BN) Supreme Council Monday decided not to contest in the by-election for the Penanti State constituency in Penang.

Prime Minister and BN chairman Datuk Seri Najib Tun Razak, who made the announcement after chairing the BN Supreme Council meeting which lasted more than two hours at Menara Datuk Onn, here said the matter had been discussed 'at length' and all the BN component parties had agreed on the decision.

"The (BN) Supreme Council made the decision as the seat fell vacant not because it was due to a provision in the constitution, that is, the vacancy was because Parti Keadilan (Rakyat) wants to resolve its internal problems, and as such it is also a political ploy by the opposition and has nothing to do with the provisions of the constitution, and because the BN gives priority to service to the people and efforts to revive the country's economy, we have decided not to field a candidate to contest the Penanti by-election," he said.

On April 27, the Election Commission (EC) fixed May 23 as the nomination day for the by-election for the N.12 Penanti state constituency in Penang and May 31 as polling day.

The seat fell vacant following the resignation of the State Assemblyman for the constituency, Mohammad Fairus Khairuddin, through his letter dated March 19, 2009."
. BERNAMA

,

KRISIS POLITIK DI PERAK: APA KATA MAHFUZ OMAR?

SAYA TERTARIK UNTUK MENYIARKAN KENYATAAN INI KERANA BEBERAPA PERKARA YANG DISENTUH OLEH DATO' MAHFUZ TURUT DIPERKATAKAN DALAM BEBERAPA KIRIMAN SAYA SEBELUM INI.


"MINGGU lepas suasana politik negara kita agak aneh. Dalam suasana tegang kerana penyalahgunaan pasukan keselamatan untuk menjaga 'keselamatan' kuasa politik Umno/BN, tiba-tiba 13 tahanan ISA dibebaskan.

Saya amat kesal sekali dengan kejadian pencerobohan oleh satu kumpulan yang dikatakan 'pasukan keselamatan' ke atas Dun Perak, sedangkan di luar pejabat SUK Perak, sejumlah polis sedang menyekat kebebasan rakyat untuk bergerak, berhimpun dan berpendirian politik.

Saya rasa ini kali pertama dalam sejarah negara kita sidang Dun dicemari oleh penceroboh yang bersenjata. Hal ini tidak akan berlaku sekiranya BN tidak melakukan rampasan kuasa pada Februari 2009 lalu. Rampasan kuasa ini walaupun kelihatan seperti mendapat restu istana, tetapi rakyat telah membuat penghakiman bahawa ia adalah sesuatu yang tidak baik.

Kerana pendirian tegas rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang menolak politik ugut, culik, paksa dan rasuah yang diamalkan oleh Umno/BN, maka ketika bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairuz Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Adun Penanti, pemimpin BN mempertikaikannya. Bahkan, Najib Razak awal-awal sudah membayangkan kemungkinan BN tidak bertanding. Sebabnya hanya satu... takut kalah lagi.

Dalam keadaan politik ketakutan ini, nampaknya M Manoharan, Adun Kota Alam Shah lebih licik apabila beliau membuat ugutan untuk meletakkan jawatan jika tidak dibebaskan daripada tahanan ISA. Kerana terlalu takutkan pilihan raya kecil, Najib Razak tidak ada pilihan melain membebaskan Manoharan. Duabelas yang lain mendapat 'durian runtuh' daripada pembebasan ini. Cerita tentang Penanti dan ISA ini menyinggung hidup saya kerana saya pernah ditahan ISA dan pernah juga bertanding di Parlimen Permatang Pauh yang Dun Penanti terletak di dalamnya.

Kerana sindrom takutkan pilihan raya atau lebih tepat lagi takutkan penghakiman rakyat, BN melakukan taktik kotor untuk mendapatkan kuasa. Dulu mereka merampas kerajaan Perak, baru-baru ini mereka melakukan rampasan jawatan Speaker Dun Perak secara tidak berperlembagaan. Keadaan sudah menjadi kecoh kerana Dun Perak tidak dapat bersidang dengan baik dan sempurna, bahkan dianggap tidak sah.

Umno/BN terpaksa mengadakan sidang tegesa-gesa ini untuk mengelakkan Dun terbubar dengan sendiri kerana sudah hampir enam bulan tidak bersidang. Dan mereka berusaha dengan cara yang jahat untuk menlantik Speaker haram, R Ganesan dengan tujuan membolehkan mereka mengemukakan undi tidak percaya kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Telahan mereka memang tepat kerana selepas sidang tersebut, mahkamah telah mengisytiharkan Nizar adalah Menteri Besar yang sah. Maknanya Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar haram!

Kini Umno tidak ada jalan lain kecuali memperalatkan mahkamah untuk menjatuhkan Nizar. Masalahnya kedudukan Speaker Dun masih tidak jelas. Jika Dun brsidang juga, ia akan menimbulkan keadaan politik yang lebih kecoh terutama sekiranya undi tidak percaya dibuat. Bukan soal Speaker, tetapi tentang kedudukan Zambry Abdul Kadir.

Jika BN membuat usul undi tidak percaya kepada Nizar, maka dengan sendirinya mereka memperakui bahawa tindakan mereka merampas kuasa dan melantik Zambry sebagai Menteri Besar adalah tidak sah dan haram di sisi undang-undang. Kerja buat Zambry sebagai Menteri Besar semenjak 6 Februari 2009 adalah haram juga. Gaji yang diambil oleh Zambry juga haram. Di mana maruah dan air muka Zambry sebagai Menteri Besar haram dalam isu ini. Ia bukan soal pandangan rakyat atau pendirian mahkamah, tetapi pengakuan Umno/BN sendiri yang akan dibuat melalui undi tidak percaya itu.

Undi tidak percaya hanya dibuat kepada Menteri Besar yang sah. Tidak pernah berlaku undi tidak percaya dikemukakan kepada bekas Menteri Besar atau kepada orang lain yang bukan Menteri Besar. Ini bermakna usul undi tidak percaya jika berlaku adalah satu pengiktirafan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sebenar.

Dan sekiranya Nizar berjaya disingkirkan melalui undi tidak percaya, ini bermakna Zambry kena mengangkat sumpah semula kerana sumpah yang lama itu tidak sah hukumnya. Mana mungkin seseorang Menteri Besar itu dikenakan undi tidak percaya selepas Menteri Besar baru dilantik, melainkan dilantik Menteri Besar baru sesudah Menteri Besar lama dijatuhkan. Sumpah yang lama itu tidak laku, tidak sah dan haram. Walaupun Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi, namun kedudukan Zambry tetap haram.

Sekiranya Zambry memilih untuk menjatuhkan Nizar melalui undi tidak percaya dan dia mengangkat sumpah semula, ini bermakna Zambry memilih untuk memalukan Tuanku Sultan Perak. Baginda sudah tentu berasa malu kerana tindakan baginda memanggil Zambry mengangkat sumpah dahulu dianggap tidak sah, sedangkan baginda adalah bekas Ketua Hakim Negara.

Proses mengenakan undi tidak percaya ini dalam apa keadaan pun akan memalukan Sultan Perak. Pertama, baginda akan tercemar kerana telah melantik Zambry secara haram; kedua, baginda mendapat malu kerana mahkamah telah memutuskan Nizar yang dipecat oleh baginda sebagai Menteri Besar yang sah; dan ketiga baginda akan dimalukan lagi apabila Dun tidak mengiktiraf keputusan baginda dengan membuat usul tidak percaya kepada Nizar.

Dalam apa keadaan pun, baginda akan tercemar kerana permainan politik kotor BN yang didalangi sendiri oleh Najib Razak.

Tuanku Sultan Perak hanya ada satu pilihan untuk membersihkan nama baginda dan memulihkan keyakinan rakyat kepada istana, sekali gus menamatkan krisis politik ini iaitu dengan memperkenankan permohonan membubarkan Dun.

Semua pihak sudah sepakat supaya Dun dibubarkan. Pemimpin MCA dan Gerakan sudah membuat pendirian, Tengku Razaliegh juga telah memberi pandangan. Suhakam dan pengamal undang-undang juga mahukan Dun dibubarkan sebagai jalan keluar. Yang tidak mahu kerana percaya BN akan kalah hanyalah Tun Dr Mahathir.

Pemangku Sultan Perak sudah memberitahu bahawa istana berada di atas politik. Maknanya baginda tidak memihak. Sebagai ketua negeri, sudah tentu baginda mengutamakan rakyat Perak. BN berkata mereka mendahulukan rakyat juga dan inilah masa untuk membuktikannya. Jika Sultan Perak mengikut pendapat Mahathir yang tidak mahu pilihan raya, baginda akan dilihat memihak. Tetapi jika baginda membubarkan Dun semua rakyat akan berpuas hati kerana hak memilihkan kerajaan dikembalikan kepada rakyat, bukannya dengan membeli wakil rakyat.
" - Dato' Mahfuz Omar: Harakahdaily

,

11 AKHBAR "MENANTI" PM DI LUAR NEGARA

Persoalan yang terkandung dalam artikel di bawah ialah "KENAPA NAJIB TIDAK SAMAN AKHBAR TERSEBUT. KALAU PRESIDEN (DATUK SERI HADI) BOLEH SAMAN SATU AKHBAR, NAJIB ADA 11 AKHBAR KALAU MENANG BANYAK DAPAT..."

MENGAPA?...MENGAPA?...MENGAPA?...Berani kerana benar atau takut kerana benar? Hamba pacal yang hina ini ingin benar mengetahui jawapannya.

"SHAH ALAM, 17 Mei (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyelar sikap Dato' Seri Najib Tun Razak yang sudah menjadi Perdana Menteri selama dua bulan tetapi tidak berani membuat lawatan ke luar negara kecuali Manado, Sulawesi dan Thailand.

Menurut beliau, sudah menjadi amalan Perdana Menteri sebelum ini selepas mengambil alih pentadbiran langkah pertama dilakukan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan di luar negara.

Bagaimana pun katanya, perkara itu tidak berlaku terhadap Najib kerana beliau berasa takut disebabkan isu berkaitan dengan dirinya (kes pembunuhan Altantuya) sudah didedahkan dalam 11 akhbar antarabangsa.

Beliau berkata demikian dalam ceramah perdana meraikan petugas negeri Selangor di Stadium Melawati, Shah Alam. Turut berceramah Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin serta Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohamad Ali.

Mengulas laporan akhbar terhadap Najib katanya, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah memenangi kes saman ke atas Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung kes laporan palsu ke atas beliau.

Katanya, akhbar tersebut secara terang-terangan menyiarkan gambar Dato' Seri dan mengaitkan beliau sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent.

Beliau juga telah dituduh sebagai orang ketiga dalam pertubuhan Al- Qaeda, dan sedang di tahan di Guantanamo Bay.

Menurut beliau, Daily Mirror telah mengakui kesilapan di atas laporan palsu tersebut dan telah menyiarkan permohonan maaf tersebut di akhbar dan web mereka.

"Tetapi perkara ini tidak dilakukan oleh Najib, kenapa Najib tidak saman akhbar tersebut. Kalau Presiden boleh saman satu akhbar, Najib ada 11 akhbar kalau menang banyak dapat...," katanya disambut sorakan hadirin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok tidak sabar menanti tarikh 15 Jun bermulanya sidang Dewan Rakyat kerana Nizar akan mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Bukit Gantang.

"Saya mendapat maklumat pihak Parlimen sukar untuk meletakkan tempat duduk Nizar. Sebab Nizar bukan saja Ahli Parlimen tetapi beliau juga Menteri Besar."

"Paling seronok saya hendak melihat Ahli Parlimen Kepala Batas, dulu tempat duduk Perdana Menteri sekarang jadi seperti saya Ahli Parlimen," katanya
" - Harakahdaily

,

Sabtu, 16 Mei 2009

3 PERKARA YANG PALING DITAKUTI OLEH RAKYAT MALAYSIA

1. MENINGITIS
"Malaysia quarantines 450 after meningitis outbreak
The Associated Press, Kuala Lumpur - Nearly 450 people have been quarantined at a training academy in Malaysia after meningitis killed one student and sent 1 others to the hospital, an official said Sunday.

Hasan Abdul Rahman, a senior Health Ministry official, said all 334 trainees and 115 staff were quarantined at a traffic officer training academy in southern Malacca state over the weekend.

A trainee in his 20s died from the highly contagious disease Monday, Hasan said. He said the other 19 hospitalized trainees are responding well to the treatment for bacterial meningitis.

He said the situation was under control but that everyone would remain under quarantine for at least five more days. Health officials are also checking on others who have come in contact with the trainees, he said.

Meningitis, which can be caused by a virus or bacteria, is an infection of the fluid that surrounds the spinal cord and brain. Symptoms include fever, headache and joint aches.
" The Jakarta Post


2. INFLUENZA A H1N1
"Influenza H1N1 landa Malaysia
KUALA LUMPUR - Selepas merebak ke 34 negara, mencatatkan hampir 7,300 kes termasuk 65 kematian, wabak influenza A (H1N1) akhirnya dikesan di Malaysia semalam dengan mangsa pertamanya seorang pelajar yang tiba dari New York, Amerika Syarikat pada Rabu lalu.

Pelajar lelaki berusia 21 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama 191 penumpang lain dengan pesawat MH091 Boeing B777-200 Penerbangan Malaysia.

Sewaktu tiba, dia dikatakan sihat tetapi mengalami demam dan sakit tekak selepas tiba di rumahnya. Dia kemudian dihantar untuk pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh kelmarin..
." Kosmo

"H1N1: Kes kedua dikesan, dua lagi dikuarantin
PUTRAJAYA: Kes kedua influenza A (H1N1) dikesan di Pulau Pinang dan disahkan pagi ini, yang melibatkan rakan kepada pesakit pertama yang dikesan semalam, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat hari ini.

"Pesakit ini adalah rakan kepada pesakit pertama dan sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang. Beliau kini berada dalam keadaan stabil dan tidak lagi demam," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Katanya anggota keluarga pesakit berkenaan juga telah dikuarantin di kediaman mereka untuk tempoh tujuh hari bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan virus tersebut.

"Setakat ini mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya.Mengulas lanjut, Dr Ramlee berkata kementerian telah mengenal pasti kesemua kontak yang berada dalam penerbangan yang sama dengan pesakit pertama dan kedua. Penerbangan MH091 yang merupakan destinasi terakhir pesawat terlibat, membawa 192 penumpang dan 15 anak kapal pada tarikh berkenaan, katanya...
" Mstar Online


3. PILIHAN RAYA

"Penanti: BN mungkin tak bertanding
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang.

Pengerusi BN itu berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihanraya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.

"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis `Sambutan Meraikan Perdana Menteri' peringkat Parlimen Pekan hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas, lapor Bernama.

Sehubungan itu, Najib yang juga presiden Umno berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu...
" Malaysiakini

"Tidak perlu pilihan raya di Perak - Zahid
BAGAN DATOH Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata pilihan raya negeri Perak tidak perlu diadakan dan cara terbaik untuk menyelesaikan krisis politik ialah dengan mengadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri.

"Walaupun kes (Menteri Besar Perak) telah dibawa ke Mahkamah Rayuan tetapi rakyat pada keseluruhannya tidak mahu ada kekecohan politik di negeri Perak ini sekiranya pilihan raya diadakan," katanya kepada pemberita di sini.

Desakan diadakan pilihan raya negeri dibuat oleh pembangkang yang kini tidak lagi mempunyai majoriti dalam Dewan, katanya...
" Mstar Online


"Perak: Mahathir saran undi tak percaya, pilihan raya sukar buat BN
CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.

"Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya... Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya?

"Tapi itu hanya pandangan saya, saya tak buat apa-apa survey...undian.

"Ia hanya pandangan saya selepas melihat perkembangan di Bukit Gantang dan juga cakap-cakap dengan orang," katanya selepas menyampaikan ucapan bertajuk 'Malaysia - Today Knowledge Economy' di sini, hari ini...
" Mstar Online



Daripada ketiga-ketiga perkara di atas, hanya dua perkara sahaja yang ditakuti oleh kesemua rakyat Malaysia. Meningitis dan influenza A H1N1 memang digeruni kerana wabak berjangkit ini boleh membawa maut jika dijangkiti. Terkini, H1N1 telah mengorbankan sebanyak 65 nyawa di seluruh dunia. Begitu juga bakteria meningitis yang baru-baru ini menyerang di sebuah pusat latihan di Melaka. Walaupun penularan wabak ini tidak segerun H1N1, namun wabak ini telah mencetuskan suasana panik rakyat Malaysia terutamanya di Melaka.

Namun, bagi perkara yang terakhir itu, hanya segelintir rakyat Malaysia yang takut untuk menghadapinya. Mungkin hanya 3 juta orang, mungkin ratusan ribu orang,mungkin ribuan orang, mungkin ratusan orang, ataupun mungkin beberapa orang sahaja. Buat masa ini, itulah hakikatnya.

SELAMAT HARI GURU

KITA SEMUA ADALAH GURU
KITA JUGA ADALAH MURID.
JADILAH GURU YANG IKHLAS MENDIDIK ANAK BANGSA DAN LAYAK DIANGKAT SEBAGAI SURI TELADAN.
JADILAH MURID YANG SENTIASA MENGHORMATI GURUNYA DAN SENTIASA DAHAGA AKAN ILMU PENGETAHUAN.

SELAMAT HARI GURU.

,

Jumaat, 15 Mei 2009

SIAPA DATO' RAMLY ALI?

Pendedahan ini menjawab pelbagai persoalan yang menyelubungi kes penangguhan keputusan mahkamah tinggi yang memutuskan status Menteri Besar di Perak baru-baru ini. Tatkala rakyat mula menaruh kepercayaan kepada institusi kehakiman, namun pendedahan di bawah ini menyemai semula benih-benih keraguan terhadap institusi tersebut. Bukan kerana tindakan Datuk Zambry memohon penangguhan tersebut, tetapi terhadap kredibiliti hakim yang mengendalikan kes tersebut.

"KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Hakim Dato' Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Dato' Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak, pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu.

Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham tentang Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah.

Mengikut perbualan itu kata Badrul, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim.

"Mereka adalah Dato' Heliliah Mohd Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002," katanya dalam blog peribadi beliau.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini, katanya.

Beliau membangkitkan persoalan betapa mudahnya Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry sedangkan Nizar terpaksa menunggu lima hari untuk berhadapan dengan tiga panel hakim.

"Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari tiga orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama.

"Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.

"Malangnya, kes rayuan Zambry ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK Linggam," katanya.
" - Harakahdaily

,

PM RAKYAT: JANGAN HANYA SEKADAR RETORIK

"Najib mahu dikenali sebagai Perdana Menteri rakyat

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mahu dikenali sebagai "Perdana Menteri Rakyat" yang mesra dengan rakyat dan dapat memahami kehendak rakyat.

"Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat," kata Perdana Menteri sambil menegaskan tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau merupakan anak golongan bangsawan.

"Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya," katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Majlis yang bertema "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden Cuepacs, Omar Osman...
" mSTAR Online

Penulis tidak mahu bersangka buruk. Sememangnya seorang Perdana Menteri perlu berhati dan berjiwa rakyat. Jawatan eksekutif nombor satu ini bukanlah platform untuk bermegah-megah atau digunakan untuk menjadi jutawan segera. Bukan saja Datuk Seri Najib malah sesiapapun perlu mengutamakan sikap tersebut. Rakyat memilih mereka bukan sebagai "ketua" untuk menindas atau mempergunakan mereka, tetapi sebagai "hamba" untuk berkhidmat dan mendampingi mereka ketika susah dan senang. Sebagaimana rendah diri dan mesranya seseorang pemimpin yang berkunjung dari satu rumah ke rumah yang lain pada waktu pilihan raya, maka rakyat turut mengharapkan sikap yang sama apabila pemimpin itu telah terpilih untuk menerajui negara.

Namun, kerap kali kita melihat dua perwatakan yang berbeza seseorang pemimpin ketika waktu menjelang pilihan raya dan selepas pilihan raya. Jika sebelum pilihan raya, kemesraan dan keprihatinan pemimpin itu terlalu luar biasa sifatnya. Manakan tidak, cawan yang sudah berdaki dan berkarat berisi kopi "o" yang dihidangkan oleh orang kampung sanggup dihirup sehingga habis. Rumah yang sudah uzur pun sanggup dikunjungi untuk menabur janji dan harapan. Namun, apabila selesai pilihan raya, usahkan sebulan sekali, setahun sekali pun sukar untuk menjenguk kawasan yang diwakilinya. Bukan semua pemimpin yang begitu, tetapi banyak yang begitu.

Mereka bersikap begitu kerana orang kampung mudah termakan propaganda televisyen dan surat khabar. Tidak juga mahu menyalahkan orang kampung kerana itulah sahaja sumber maklumat yang mereka ada. Walaupun begitu, orang kampung seperti Mak cik Yah dan Pak Cik Leman di kampung penulis dan di serata pelosok negara turut berasa tertipu dan marah, namun perasaan itu menjadi sejuk apabila mendengar janji-janji manis apabila menjelang pilihan raya. Malah propaganda media juga mengikis sedikit demi sedikit perasaan marah bermusim yang terpendam dalam hati rakyat kampung. Hati mereka juga mudah tersentuh oleh sedikit pemberian hadiah daripada orang yang menggelarkan dirinya sebagai pemimpin mereka. Namun, strategi itu tidak lagi berkesan untuk menawan hati orang muda seperti penulis. Sejak adanya pelbagai media alternatif dan medium untuk menyalurkan maklumat,penolakan rakyat terutamanya generasi pelapis terhadap pemimpin yang indah kata dari sikap ini semakin ketara. Malah penyaluran maklumat yang semakin berkesan ini turut mengubah paradigma masyarakat kampung. Hasilnya, dapat dilihat dalam pilihan raya umum yang lalu.

Tuntasnya, sebagai rakyat kita mengharapkan kenyataan yang dibuat itu datang dari hati yang ikhlas. Kerana niat yang ikhlas akan memastikan apa-apa yang diperkatakan itu akan dibuat sampai bila-bila. Jika kenyataan itu hanya untuk menyedapkan hati rakyat atau hanya sekadar satu daripada strategi untuk memenangi hati rakyat dalam pilihan raya umum akan datang, maka penulis yakin kenyataan itu hanya bermusim sifatnya sebagaimana projek-projek bermusim apabila menjelang sesuatu pilihan raya. Projek mi segera yang rancak dilaksanakan demi menagih undi rakyat. Malangnya, ada juga projek mi segera ini yang papan tanda projeknya silih berganti apabila menjelang sesuatu pilihan raya.

Jika benar mahu menjadi PM Rakyat, langkah pertama untuk berbuat demikian ialah memikirkan semula langkah untuk menaikkan harga petrol menjelang September nanti. Sebagai pemimpin rakyat, beliau tentu tahu betapa sengsaranya rakyat dalam menghadapi kemelut krisis ekonomi dunia. Bukanlah masa terbaik untuk menaikkan harga segala macam barangan termasuklah petrol yang menjadi 1/3 perbelanjaan bulanan majoriti rakyat. Seterusnya, PM seharusnya mencari jalan untuk membubarkan DUN di Perak supaya rakyat dapat memilih pemimpin yang dikehendaki mereka,menghapuskan ISA kerana akta itu jelas menindas rakyat, dan seterusnya...seterusnya...Jika tidak, kenyataan itu hanya dianggap sekadar retorik sahaja.

Khamis, 14 Mei 2009

PILIHAN RAYA DI PERAK?

Tiba-tiba terbaca berita terkini tentang krisis politik di Perak. Benar atau tidak belum tentu lagi. Jika benar, alhamdullilah akhirnya krisis yang tidak sepatutnya berlanjutan ini bakal berakhir selepas terbentuknya kerajaan yang akan dipilih oleh rakyat Perak nanti. BN atau Pakatan Rakyat, biarlah rakyat Perak yang menentukan. Itulah yang sewajarnya, bukan mahkamah yang sepatutnya menentukan kerajaan yang bakal menerajui negeri Perak. Jika sekadar khabar angin, sekurang-kurangnya khabar angin itu memberikan sedikit harapan kepada rakyat yang sudah mual dengan apa-apa yang berlaku di negeri Perak.

"Malaysian public.
Thursday, May 14, 2009
BREAKING NEWS: UMNO's Giving In. Will Call for By-Election in Perak

This is an info i received from my source within UMNO. It seems that UMNO has decided to give in to mounting pressure calling them to dissolve the Perak Assembly and call for fresh elections. Announcement will be made within this week or next week, according to my source.

Apparently, UMNO realizes that the more that delay this issue, the bigger the negative effect it will have on UMNO and BN. The longer this crisis continues, the worst it gets for UMNO's national profile and intra-BN relations, according to my soruce.

My source elaborates that UMNO is reeling from internal pressure within Barisan Nasional in which component parties are calling for UMNO's head. This scandal will result in them losing more of what little left of their credibility with their electorate.

The Palace is also under tremendous amount of pressure and they too are losing credibility day by day. They too would like to see this issue resolved amicably. If this persists, they will not be respected by anyone in the state or outside. And all this because of UMNO's refusal to go back to the people.

International pressure is also slowly rising. Malaysia's good name is being smeared due to the 7th May incident. Openly, the government is seen as being disrespectful to rule of law, democracy and separation of powers. It's will effect us economically in the long run as investors do not want to invest in countries whose governments are not interested in rule of law.

UMNO also wants to stop the court process from continuing. As long as the battle continues in the courts, the credibility of our courts will also suffer.

So in order to save itself from being abandoned by their allies and prevent economic catastrophy in Malaysia and not to mention a total wipe-out in the next General Election, UMNO has decided to bite the bullet and call for by elections.

My source also say that UMNO is not confident of recapturing the state should the by-election be called. The most they say they can hold on to is 15 Malay seats. But it's better than losing the entire country to Pakatan Rakyat.

I hope my source is right as so far all of the Perak Revelations that Malaysiawaves have proven to be correct i.e. Malaysiawaves was the only blog that predicted the crossing over of a DAP rep when all attentions were concentrated on the 2 PKR reps.

Let's pray that Najib Tun Razak does the right thing.

TQ

Tulang Besi
" - http://www.malaysiawaves.com

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH