GIMIK PILIHAN RAYA?
"Release Of ISA Detainees Not Connected To Calls To Abolish Act
PORT KLANG, May 9 (Bernama) -- The release of 13 Internal Security Act (ISA) detainees today, including the three Hindu Rights Action Force (Hindraf) leaders, had nothing to do with calls to abolish the Act, Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said today.
Instead, he said, the detainees were released based on certain situations and circumstances.
"If they are no longer seen as threats to the country, we will release them. This has nothing to do with the law that we are examining," he told reporters after attending the Chitarai Pournami celebration, here, tonight.
...The three Hindraf leaders released are Kota Alam Shah assemblyman M. Manoharan, 48, K. Vasantha Kumar, 36, and P. Uthayakumar, 47.
The other ISA detainees released are Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil, Admi Pindatun, two Indonesians -- Zainun Rasyid and Aboud Ghafar Shahril -- and five Filipinos -- Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam and Husin Alih." - BERNAMA
Petikan berita di atas merupakan antara puluhan berita tentang pembebasan tahanan ISA termasuklah 3 pemimpin Hindraf semalam. Berita gembira dan dukacita kepada pihak yang menentang akta ini. Gembira kerana jumlah tahanan akta ini semakin berkurang. Dukacita pula apabila pembebasan tahanan ini bukanlah menandakan bahawa akta ini akan dihapuskan. Walau bagaimanapun, pembebasan tahanan ISA ini merupakan kali kedua selepas PM mengambil alih tampuk pemerintahan. Suatu tindakan yang tidak dijangkakan oleh kebanyakan orang.
Namun, motif di balik pembebasan tahanan dalam jumlah yang agak besar ini mencetuskan tanda tanya. Sesetengah orang beranggapan bahawa tindakan membebaskan tahanan ISA tersebut hanyalah gimik politik bagi menghadapi pilihan raya di DUN Penanti. Ada juga yang beranggapan bahawa BN tidak mahu berhadapan dengan satu lagi pilihan raya jika Adun PKR, M. Manoharan melepaskan jawatannya sebagai Adun seperti yang diberitakan di sini. Berdasarkan pencapaian buruk BN dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang lalu, telahan ini ada juga logiknya. Namun, tidak kurang juga ada pihak yang beranggapan bahawa langkah ini merupakan perubahan positif yang cuba dibawa oleh PM seperti yang dinyatakannya dalam laporan sebuah akhbar. Walaupun Menteri Dalam Negeri beberapa hari yang lalu ada menegaskan bahawa kerajaan tidak akan tunduk terhadap sebarang ugutan (pilihan raya kecil), namun akhirnya keadaan yang berlaku bertentangan dengan kenyataan beliau.
Bagi penulis, tindakan tersebut hanyalah gimik politik dan respons pemimpin negara terhadap keputusan M. Manoharan yang mahu meletakkan jawatannya kerana tidak dapat berkhidmat secara langsung kepada pengundi di kawasannya. Jika benar kerajaan sekarang ingin melakukan perubahan, maka langkah yang sepatutnya dibuat ialah menghapuskan terus akta ini. Tanpa perlu dikaji, akta ini sebenarnya amat zalim dan tidak sepatutnya dilaksanakan dalam era manusia kian terdedah dan sedar akan kepentingan mengangkat hak asasi manusia. Bagi mengimbangi keperluan terhadap usaha menangani ancaman terhadap negara, maka usaha perlu dilakukan untuk mengemas kini mana-mana akta yang berkaitan agar tidak longgar dari segi pelaksanaannya. Tindakan menghapuskan akta ini bukan sahaja memberikan keadilan kepada tahanan, malah dapat memulihkan imej kerajaan secara amnya dan BN khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Yang diharapkan oleh majoriti rakyat ialah semua tahanan ISA dibebaskan dan jika perlu dakwalah mereka di mahkamah agar proses keadilan dapat dilaksanakan. Jika didapati bersalah, maka hukumlah mereka mengikut proses perundangan yang telah ditetapkan. Selain membebaskan baki tahanan yang lain, banyak pihak berharap agar hukum rimba ini dihapuskan bagi memastikannya tidak disalahgunakan. Janganlah tindakan tersebut bersifat "ada udang di balik batu" atau merupakan gimik bagi menarik undi dalam pilihan raya nanti. Jika begitu tujuannya, maka tidak mustahil akan lebih banyak lagi yang akan ditahan pada masa akan datang dan seterusnya mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada tahanan dan keluarga mereka. Masalah yang berkaitan dengan ketidakadilan yang berkait rapat dengan akta ini tidak akan selesai. Kita tidak mahu status akta ini hanya dimanupulasi untuk menagih undi rakyat dan pada masa yang sama lebih banyak pihak yang akan ditahan atas nama keselamatan negara.
gua suka ada udang di sebalik mi?
Comment by Ziarah76 @ Ahad, Mei 10, 2009 5:24:00 PTG