[Gambar] Hajah Rosmah Khatam al-Quran dengan Jambul Terdedah, Di Mana Suara Ulama Muda, Ulama Tua, Tuan Mufti?
Foto: Bernama |
Ustaz yang membimbing Hajah Rosmah dan rakan-rakan membaca ayat suci al-Quran pun tidak berani bersuara menegur isteri PM kita? Takut Hajah atau takut Allah? |
Berita Berkaitan:
[Bernama] PUTRAJAYA, 12 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri Majlis Khatam Al-Quran di Seri Perdana di sini.
Rosmah bersama lima rakannya khatam al-Quran yang dibimbing Ustaz Subki Othman.
Pada majlis yang sama, Rosmah menyampaikan sumbangan al-Quran Braille kepada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia.
Beliau turut menyampaikan duit raya, hamper dan baju raya kepada 60 anak-anak yatim dari Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat dan Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi.
Najib dan Rosmah kemudiannya berbuka puasa bersama kira-kira 500 tetamu, termasuk warga kerja Kementerian Kewangan, anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dan anak-anak Permata.
P/s: Cuma nak ingat ulama, tuan mufti...tanggungjawab anda berat di dunia ini...anda juga bakal menjawab pelbagai soalan di akhirat nanti.
Tahun lalu, Hajah Rosmah juga menunjukkan jambul dalam acara yang sama. Rasa-rasanya tidak kedengaran suara ulama atau tuan mufti yang makan gaji atau mesra kerajaan BN menegur tindak-tanduk isteri PM kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna ketika membaca ayat suci al-Quran.
Ironinya, apabila ada isu yang dikaitkan dengan DAP atau Pakatan Rakyat, mereka tanpa disuruh berlumba-lumba mengeluarkan kenyataan membela kerajaan BN dan menggunakan hujah dangkal mempertikaikan Pakatan Rakyat. Terbaru, isu mengundi DAP dan mempertahankan MCA yang kononnya tidak memudaratkan Islam.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.