Tangan Mangsa Eksperimen Mercun Buatan Sendiri Hancur, Ada Sesiapa yang Berani Mencuba?
[SH] KOTA BHARU-Padah bermain mercun! Dua remaja cedera parah dengan salah seorangnya hancur di bahagian pergelangan tangan kanan selepas terkena serpihan mercun buatan sendiri ketika menyalakan bahan letupan terbabit di padang Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjung, semalam.
Kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu berlaku ketika kedua-duanya yang dipercayai bekerja sebagai pengangkut barang di kawasan terbabit, menyalakan 20 biji mercun bola yang diubah suai dengan diletakkan dalam sebuah bekas.
Akibat tindakan mereka itu, Mohd Shahril Affendi, 20, hancur di pergelangan tangan kanan manakala Mohd Ahmad Ismail, 19, melecur di bahagian badan dan kabur kedua-dua mata kiri dan kanan.
Kedua-dua dua mangsa dikejarkan pihak ambulans dari Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan susulan.
Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata, kedua-dua mangsa dalam keadaan stabil, namun mengalami kecederaan parah.
“Kini mangsa dirujuk di unit kecemasan hospital sebelum dipindahkan ke wad biasa. Dipercayai kedua-dua mangsa berasal dari Kampung Pangkal Dalam, Pasir Mas,” katanya.
Bagaimanapun kedua-dua mangsa enggan ditemubual ketika Sinar Harian cuba mendapatkan mereka di wad kecemasan terbabit.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dari pihak hospital.
“Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda di bawah seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 selain dipenjara lima tahu atau dikenakan denda RM 10,000.
“Saya nasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati dan tidak melanggar undang-undang kerana bermain mercun bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah orang lain kerana ia bakal mengundang kejadian yang tidak diingini,” katanya.
Kejadian terbabit merupakan kes keempat di negeri ini, selepas kejadian di Gua Musang, Pasir Mas dan Rantau Panjang.

P/s: Seumur hidup cacat!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.