Hudud: DAP Sedia Bermuzakarah dengan PAS
[SH] SHAH ALAM - DAP sedia bermuzakarah dengan Pas dalam usaha beri kefahaman lebih kepada ahli DAP tentang Islam, terutama hukum hudud.
Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP sentiasa bersedia bermuzakarah dalam apa juga isu.
"Komponen kita berbeza dengan Umno yang tidak hirau dengan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional (BN) sama ada MIC, MCA, mahupun parti komponen di Sabah dan Sarawak.
"Saya mahu tahu adakah persetujuan parti-parti lain diminta oleh Umno bagi mengisytiharkan negara Islam secara unilateral? Bagi saya, kenyataan (Presiden Pas) Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan pendirian Pas yang juga dihormati dan diiktiraf oleh DAP," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, walaupun berbeza pendapat mengenai sesetengah isu, perjuangan PR atas dasar bersama dan prinsip sejagat seperti kebenaran, ketelusan, kesaksamaan dan demokrasi akan terus dipertahankan.
Kelmarin, Abdul Hadi menegaskan DAP berhak menyatakan pendirian berkenaan hudud, termasuk tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum Islam itu.
Namun kata Abdul Hadi, Pas akan terus berusaha jelaskan kepada pemimpin DAP, termasuk Pengerusinya, Karpal Singh, tentang prinsip keadilan dalam undang-undang jenayah Islam itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw berkata, DAP menghormati syariah dan hudud yang dibawa agama Islam kerana ia adalah sebahagian daripada agama itu.
"Kita menghormatinya, malah nilai keamanan dan kebaikan dibawa setiap agama perlu dihormati agama lain. DAP hormati asas agama yang dibawa mana-mana agama," katanya.

P/s: Cantik!!!
Cuba fikir, DAP yang dilabel dengan macam-macam istilah oleh UMNO pun mahu bermuzakarah tentang hudud, namun UMNO yang mengaku Islam menolak hudud dan negara Islam, malah pemimpinnya yang mengaku Islam menghina hudud dan negara Islam.
Siapa yang mahu anda undi?

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.