Tulis nota dedah kejadian
[HM] KUALA LUMPUR: “Anak sempat memberitahu ibunya dan menulis nota kepada pemandu ambulans memaklumkan teman lelaki yang membakarnya sebelum tidak sedarkan diri,” kata bapa gadis mangsa dibakar teman lelaki, Mat Zaki Mat Hussin, 45.
Menurutnya, mangsa, Nurul Firzanah, 16, masih dalam keadaan kritikal kini dirawat di unit kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Katanya, anak keduanya itu sudah tidak bersekolah sejak tingkatan dua seorang yang cekal apabila melarikan diri dengan hanya memakai pakaian dalam untuk meminta bantuan.
“Mujur ada seorang lelaki yang membantu anak selepas melihat dia berlari meminta bantuan.
“Pada masa sama, lelaki itu melihat terdapat dua motosikal milik teman lelaki anak dan rakannya ada di situ, manakala mereka sudah melarikan diri,” katanya di sini, semalam.
Mat Zaki berkata, hari ini anak gadisnya itu akan menjalani satu pembedahan di bahagian tengkuk ekoran terbakar teruk yang mungkin akan menyebabkan anaknya itu tidak boleh bercakap.
“Saya harap anak akan sedar dan dapat menjalani kehidupan normal seperti biasa,” katanya yang mahu keadilan ditegakkan dan individu yang terbabit menerima hukuman setimpal.
Harian Metro semalam, melaporkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun sempat menghubungi ibunya memaklumkan dirinya dibakar teman lelaki di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju.
|
Suspek |
Teman Lelaki Diburu
[HM] KUALA LUMPUR: Teman lelaki Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, remaja yang dibakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi Isnin lalu, kini diburu polis kerana disyaki sebagai suspek utama yang bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam berkenaan.
Sejak kejadian berlaku, suspek yang berusia 18 tahun itu menghilangkan diri dan polis giat mengesannya bagi membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, remaja lelaki dikenali sebagai Mohd Amir Mohd Anuar (gambar) itu dikehendaki bagi membantu siasatan kes cubaan membunuh.
“Remaja terbabit dipercayai suspek utama kes bakar yang mengakibatkan seorang remaja perempuan melecur 25 peratus badan dari muka hingga perut dan kini terlantar koma di hospital.
“Suspek diminta menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Selain itu polis turut meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan suspek,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, motif sebenar kejadian belum dikenal pasti kerana polis tidak dapat mengambil keterangan daripada mangsa kerana remaja terbabit masih koma dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Orang ramai yang mengenali suspek boleh menyalurkan maklumat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di talian 03-21460522 sambungan 597 atau mana-mana balai polis berhampiran dan melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.
P/s: Pertama, lelaki yang membakar remaja perempuan yang berusia 16 tahun ini memang lahanat. Itu memang tidak dipertikaikan. Kita mengharapkan pihak polis berjaya memberkasnya secepat yang mungkin.
Kedua, orang mempertikaikan sikap penjaga remaja ini membiarkan remaja perempuan yang menurut laporan akhbar sudah tidak bersekolah keluar "bersahur" dengan teman lelaki sekitar pukul 3 pagi. Menurut laporan akhbar, keluarga angkat remaja itu tidak menghalang pasangan itu keluar bersama kerana telah lama mengetahui hubungan mereka berdua. Begitu saja! Oleh sebab mereka ada hubungan, maka anak gadis bawah umur diberi kebebasan untuk keluar bersama pada waktu orang tengah nyenyak tidur.
Harap-harap kejadian yang menimpa remaja malang ini dapat dijadikan pengajaran kepada ibu bapa yang lain. Tindakan mengawal anak-anak bukanlah kita mengongkong kebebasan mereka 100%. Tidak salah anak untuk bersosial, namun patutkah pada usia belasan tahun anak diberi kebebasan bercinta dan keluar bersama dengan teman lelaki tatkala segelintir remaja hanyut dan terjebak dalam pelbagai masalah sosial terutamanya berkaitan dengan seks bebas dan pembuangan bayi.
gila punya kerja...
Comment by BTS @ Khamis, Ogos 16, 2012 11:15:00 PGKnp pula sampai membakar ni?yg sya tak faham,apa akibat nya selepas dia membakar perbuatan tersebut?kan dah diburu polis.budak ni buat aku marah je.doa aku kpd gadis ni supaya cepat sembuh.
Comment by Unknown @ Selasa, Ogos 21, 2012 4:13:00 PGKnp pula sampai membakar ni?yg sya tak faham,apa akibat nya selepas dia membakar perbuatan tersebut?kan dah diburu polis.budak ni buat aku marah je.doa aku kpd gadis ni supaya cepat sembuh.
Comment by Unknown @ Selasa, Ogos 21, 2012 4:13:00 PGKnapa hanya blari dgn pakaian dalam..?
Comment by Tanpa Nama @ Ahad, Ogos 26, 2012 4:49:00 PTG