Perkembangan Kes Bunuh Eksekutif TV9, Suami Mangsa Didakwa di Mahkamah
Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.
Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.
Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai.
Kasihan
Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Ogos 10, 2012 3:30:00 PTGLihatlah wajah anak2 sebelum hilangnya pertimbangan...
Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Ogos 10, 2012 3:45:00 PTG